Sistem ‘Kyushoku’ Di Sekolah Rendah Jepun: Murid Hidang Makanan Buat Rakan Sekelas
Menerusi sistem kyushoku di sekolah rendah di Jepun, murid-murid terlibat dalam pengagihan makanan kepada rakan sekelas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap sekolah di Malaysia mempunyai tempat makannya yang tersendiri, sama ada di kantin ataupun Dewan Makan.
Kebiasaannya, murid dilarang daripada makan di dalam kelas dan perlu mengosongkan bilik tersebut semasa waktu rehat.
Namun lain pula buat murid-murid di sekolah rendah di Jepun, apabila bilik darjah mereka turut menjadi ruang makan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makcik Kantin Sekolah Ajar Murid Cara Guna Duit Untuk Beli Makanan Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Dedah Murid Sekolah Kini Guna Kad Debit Untuk Beli Makanan Di Kantin
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Harini Abang Belanja” – Peniaga Kantin Sekolah Halalkan Sepinggan Nasi Kepada Murid
Lelaki Malaysia Kongsi Tentang ‘Kyushoku’ Di Sekolah Rendah Jepun
Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Coordinator for International Relations (CIR) di Bandar Hioki, Kagoshima, Jepun.
Menerusi hantaran di akaun TikTok (@tinggai.kat.jepun) yang dikendalikan olehnya, dia berkongsi tentang program makan tengah hari di sekolah rendah di Jepun yang dikenali sebagai ‘kyushoku’.
Di ruangan komen, lelaki yang digelar sebagai Yuza-san itu berkata waktu kyushoku di sekolah adalah antara 12pm hingga 12.45pm yang termasuk masa untuk makan dan mengemas.
Dia juga menerangkan bahawa dia telah meminta izin daripada pihak sekolah serta ibu bapa untuk merakamkan situasi murid-murid ketika kyushoku di kelas itu.
Murid Dibahagikan Kepada Kumpulan Dengan Tugas Berbeza
Menurut Yuza, para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan termasuk yang bertanggungjawab mencuci meja dan mengagihkan makanan.
Kumpulan yang mengagihkan makanan juga ditugaskan untuk mengambil hidangan daripada tempat penyediaan makanan.
Menerusi video, dapat dilihat seorang murid telah mengenakan apron dan topi ala-ala cef kerana terlibat dalam proses menghidang makanan.

Sekembalinya mereka ke kelas, cikgu akan memantau saat mereka mengagihkan makanan kepada rakan-rakan sekelas.
Malah, portion setiap hidangan juga akan dibahagikan oleh kumpulan terbabit dengan sendiri mengikut bilangan murid di dalam kelas.

Setiap murid juga kelihatan memakai pelitup muka sewaktu mengagihkan dan mengambil hidangan dalam keadaan yang tertib.
“Kalau tengok kan, tak ada berebut-rebut pun,” kata Yuza.
Murid-Murid Berus Gigi Selepas Makan
Murid-murid juga dibekalkan dengan sekotak susu dan turut menyediakan berus gigi berserta cawan di meja untuk digunakan bagi membersihkan gigi selepas makan.
Bukan setakat itu sahaja, kelihatan setiap murid juga membersihkan sendiri meja masing-masing seusai makan.
Walaupun pinggan mangkuk serta perkakas tidaklah dicuci sendiri, tetapi kesemuanya disusun mengikut kategori sebelum dihantar ke ruang penyediaan makanan.

Kotak Susu Tak Dibuang, Tetapi Dicuci Untuk Dikitar Semula
Malah, lebih menarik lagi apabila kotak susu yang telah dihabiskan bukan sekadar dibuang, tetapi dicuci pula untuk dikitar semula.
Kotak susu tersebut dicuci di ruangan sinki yang terletak di luar kelas sebelum dikoyakkan mengikut kaedah ditetapkan.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Pengurusan Sampah Di Jepun, Ada 4 Kategori Wajib Diikut
Kelihatan murid-murid turut mencuci dan mengeringkan dulang makanan masing-masing.

Akhirnya, kumpulan yang sama tadi akan menghantar segala bekas makanan kembali ke ruang penyediaan.
Yuza berkata, kumpulan tersebut akan dirombak setiap minggu agar murid-murid dapat menggalas tanggungjawab berbeza sepanjang tempoh persekolahan mereka.
Dia juga telah memberitahu kepada salah seorang murid tersebut bahawa Malaysia tidak mempunyai kyushoku, menyebabkan kanak-kanak itu berasa amat terkejut.
@tinggai.kat.jepun Best Gila!!! My Life in Japan Ver. Sekolah (Part 3) #Hioki #Kagoshima #JAPAN #MALAYSIA
♬ original sound – Tinggal Kat Jepun – Tinggal Kat Jepun
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Puji Sistem Kyushoku Di Sekolah Rendah Jepun, Harap Boleh Dibuat Di Malaysia
Program kyushoku yang diterapkan di sekolah rendah di Jepun itu sememangnya menarik perhatian orang ramai yang memuji akhlak murid-murid berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Sistem sekolah rendah di Jepun memang fokus ke atas pendidikan moral. Di sekolah menengah baru fokus dengan pendidikan,” kata seorang individu.
Beberapa pengguna media sosial turut berharap agar sistem sedemikian turut diterapkan dalam sesi persekolahan di Malaysia.
Namun dalam masa sama, ada yang berpendapat waktu rehat hanya 20 minit yang diberikan pasti tidak mencukupi untuk menjalankan perkara itu.
Pun begitu, seorang guru memaklumkan bahawa sekolah antarabangsa swasta tempat dia bertugas ada mempraktikkan sistem sedemikian.
Di samping itu, melihat murid yang terkejut apabila diberitahu Malaysia tidak mempunyai sistem kyushoku, seorang wanita merasakan mereka pasti ‘pengsan’ melihat situasi kantin sekolah di negara ini!











Baca Artikel Berkaitan: “Jujur Tu Budaya Dekat Sana” – Wanita Tak Sangka Jumpa Semula iPad Tercicir Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.