Now Reading
“Perangai Gen Z” – Ramai Terhibur Lihat Lelaki Tenang Hari Nikah, Siap Boleh Bergurau Senda

“Perangai Gen Z” – Ramai Terhibur Lihat Lelaki Tenang Hari Nikah, Siap Boleh Bergurau Senda

Menerusi video yang dikongsi, pengantin lelaki berkenaan dilihat amat tenang dan santai sepanjang proses pernikahannya berlansung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya majlis besar dan pesta keramaian akan menyebabkan seseorang itu berasa gugup. Lebih-lebih lagi untuk satu hari istimewa seperti majlis pernikahan yang hanya sekali seumur hidup.

Majoriti lelaki akan berdebar menantikan detik akad nikah, apatah lagi apabila segala tumpuan terarah kepada mereka. Detik itu selalunya penuh emosi, ada yang sebak, ada yang gugup, dan ada juga yang mengalirkan air mata.

Namun lain pula ceritanya dengan seorang pemuda ini apabila sikapnya yang begitu tenang dan bersahaja pada hari pernikahan membuat ramai tidak sangka. Malah, sempat pula bergurau seolah-olah sedang menghadiri majlis biasa.

Baca Artikel Berkaitan: Coach Taaruf Kongsi Tips Untuk Tahu Sama Ada Anda ‘Ready’ Nak Kahwin Atau Tidak

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]

Pengantin Lelaki Tenang & Bersahaja Sepanjang Proses Akad Nikah

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@banananiel), lelaki berkenaan berkongsi kompilasi suasana pada hari majlis akad nikahnya.

Pada awal video, dia sudah kelihatan ceria sewaktu berjalan masuk ke dalam dewan diiringi dua orang lelaki. Dengan melambai ke kiri dan kanan sambil tersenyum serta tergelak kecil, jelas kelihatan dia benar-benar tenang.

Setibanya di meja akad bersama tok kadi, suasana menjadi lebih menghiburkan apabila setiap jawapan yang diberi oleh pengantin lelaki itu bernada jenaka.

Si ayah yang duduk di sisi juga tidak mampu menahan tawa sepanjang proses pernikahan berlangsung.

Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila tok kadi turut ‘masuk’ dalam mood bergurau dan memeriahkan keadaan.

Sesudah selesai akad, tok kadi sempat berjenaka dengan mencadangkan agar pengantin lelaki berkenaan untuk menukar nombor pendaftaran kereta miliknya kepada waktu dia sah bergelar suami, iaitu 3:30 secara tiba-tiba.

Lelaki itu pula membalas selamba, “Tak apa, nombor kereta saya 914. Sama macam Pelangi FM,” merujuk kepada stesen radio di Brunei.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Spontan Pengantin Lelaki

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat reaksi spontan pengantin lelaki ini yang santai dan kelakar di hari penuh bermakna itu.

Sumber: TikTok @banananiel
Sumber: TikTok @banananiel

Ada juga pengguna TikTok yang bergurau mengatakan gayanya sangat ‘profesional’ seakan-akan sudah berkahwin berkali-kali.

“Dia punya relax tu dah macam ada pengalaman kahwin 20 kali,” tulis seorang pengguna.

Sumber: TikTok @banananiel

Rata-rata kagum dengan ketenangan dan ‘sense of humour’ yang ditampilkan. Situasi itu berjaya menceriakan ramai orang yang menonton, berbeza daripada kebiasaan yang selalunya penuh sebak dan air mata.

Cara Hilangkan Rasa Gugup Untuk Berkahwin

Buat anda yang masih ada rasa gugup menjelang hari perkahwinan, boleh cuba cara ini untuk bantu tenangkan diri. Antaranya:

  • Bakar Semangat Diri Sendiri – Cakap benda positif dekat diri, tenangkan hati dan yakin anda boleh laluinya dengan baik.
  • Jaga Badan, Kuatkan Minda – Pastikan badan sihat, cukup rehat dan top-up ilmu tentang akad nikah supaya lebih bersedia.
  • Belajar Dari Yang Dah Lalui – Tanya orang yang dah kahwin, mungkin ada tips berguna yang boleh bantu kurangkan gemuruh.
  • Buat Latihan, Biar Yakin – Cuba lafaz akad nikah beberapa kali, supaya bila hari sebenar tiba, anda lebih tenang dan yakin.
  • Kuatkan Hati Bila Jadi Tumpuan – Belajar kawal rasa gugup depan ramai orang, tanamkan keberanian sebab semua mata akan tengok anda waktu tu.

Baca Artikel Berkaitan: “Acik Nak Juga” – Wanita Dipercayai Tetamu Minta Tapau Lauk Walaupun Kenduri Belum Mula [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Nasihat Kewangan Buat Mereka Yang Bakal Berkahwin

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd