Now Reading
“Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian

“Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian

Jamuan raya berkonsep bufet itu tersedia untuk 1100 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SKTHO), Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada setiap tahun, sudah tentu sekolah akan menganjurkan jamuan raya di mana para murid akan membawa pelbagai juadah makanan dan dihidangkan di setiap kelas.

Walaupun membawa sebarang makanan bukan satu kewajipan, ada juga pelajar yang rasa terbeban jika tidak membawa sesuatu pada hari istimewa itu.

Dalam sesetengah kes, ada pelajar yang terasa hati apabila makanan yang sudah disediakan oleh ibu bapa tidak dijamah atau diusik oleh rakan lain. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sebuah sekolah telah tampil dengan idea jamuan raya berbeza yang sekaligus tidak membebankan murid.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kelas

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Buat Open House Raya Untuk Yang ‘Malas’. Tak Renyah Sangat! [Video]

Sekolah Tampil Dengan Jamuan Raya Berkonsep Bufet

Tular satu hantaran di laman TikTok (@mimijklmnopqrst) apabila seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SKTHO) dikenali sebagai Cikgu Wan Mimi berkongsi suasana Sambutan Hari Raya di sekolahnya.

Kebiasaannya, jamuan raya akan dilakukan secara berasingan bagi setiap kelas yang mana setiap murid dan guru perlu membawa juadah untuk rakan sebaya masing-masing seperti konsep potluck.

Mengikut senarai yang telah ditetapkan bagi setiap murid, ibu bapa pula akan menyediakan juadah makanan atau minuman tersebut untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.

Namun lain pula kali ini apabila SKTHO tampil dengan jamuan raya berkonsepkan bufet. Setiap makanan yang dihidang ditaja oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) buat 1100 orang pelajar.

Sumber: TikTok (@mimijklmnopqrst)

Kemeriahan Jamuan Raya Sekolah Seperti Food Festival

Setiap menu diasingkan mengikut kiosk, dan dihidang oleh para guru. Sekali pandang macam festival makanan pun ada! Sumbangan ikhlas makanan daripada golongan ibu bapa turut dihidangkan di atas meja.

Menerusi video perkongsian, kelihatan bermacam-macam makanan dan minuman tersedia di sana sebagai contoh, roti jala, air balang, lemang, ketupat, rendang, aneka manisan, nasi lemak, roti john dan banyak lagi.

Bukan sahaja makanan raya, malah hidangan western juga disediakan oleh pihak sekolah.

“Kami sendukkan murid (makanan) cakap je nak apa. Kalau berlebihan kami bahagikan kepada anak-anak,” kata Cikgu Wan.

@mimijklmnopqrst

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 🤍 Zaman cikgu jamuan dalam kelas je dik 😅

♬ Serumpun – Mimifly

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kagum Dengan Idea Luar Kotak Guru Untuk Anjurkan Jamuan Raya Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji inisitiaf pihak sekolah yang menyediakan jamuan raya sebegitu.

“Cikgu yang kreatif. Tak ada murid berebut-rebut. Makanan pun tak bersepah. Elok je tersusun rapi. Ada macam-macam kiosk, takdelah murid tertumpu dekat satu tempat je,” kata seorang warganet.

Malah ada yang berkata murid yang kurang berkemampuan tidak akan rasa rasa tersisih apabila tidak berpeluang membawa makanan.

“Bagus idea macam ni. Tak semua murid mampu bawa makanan. Bila ada majlis macam ni, tibalah masa diorang untuk merasai setiap juadah,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga ibu bapa yang berkongsi kisah jamuan raya yang diadakan di sekolah anak mereka.

“Sekolah anak saya cikgu minta RM10 bagi setiap pelajar. Lepas tu cikgu cakap boleh juga bawa makanan lain. Memang sekarang macam tu ya? Dulu cikgu hanya suruh bawa makanan je. Tak ada pula minta duit. Bukan berkira tapi entahlah,” luah seorang ibu.

Sumber: TikTok (@mimijklmnopqrst)

25 Menu Di Majlis Kenduri Kahwin Dihidangkan Di Kiosk Berbeza

Sebenarnya semakin banyak majlis yang tampil dengan kiosk-kiosk aneka makanan bagi menghidangkan makanan.

Sebelum ini, tular di platform TikTok apabila tuan rumah menyediakan sebanyak 25 menu makanan untuk setiap tetamu kenduri kahwin. Makanan berat, snek, manisan dan pelbagai lagi jenis hidangan ditawar kepada para tetamu yang hadir ke hari istimewa para mempelai itu.

Sumber: TikTok (@mimiyuxx)

Antaranya adalah rojak, laksam, cucur jawa, nasi ayam madu, kebab, putu buluh, cucur udang, ayam goreng, laksa, soto nasi, bihun sup, cakoi, apam balik, nasi kerabu, apam lenggang, keropok lekor, putu mayam, roti jala, pau, cendol, pulut panggang dan banyak lagi.

Susunan booth gerai makanan juga kelihatan seperti di pasar malam. Dalam klip yang sama, kelihatan para tetamu dilihat berjalan-jalan sepanjang lorong khemah sambil memilih makanan untuk dijamah.

Sumber: TikTok (@mimiyuxx)

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam” – Tuan Rumah Sediakan 25 Menu Makanan Di Kenduri Kahwin Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Untung Budak Sekarang” – Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 Dibuat Di Hotel Undang Pelbagai Reaksi [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd