Now Reading
Lelaki Extra Peramah, Gelagat Si Ayah Ajak Abang J&T Masuk Beraya Buat Ramai Terhibur

Lelaki Extra Peramah, Gelagat Si Ayah Ajak Abang J&T Masuk Beraya Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, lelaki itu hanya datang ke rumah untuk menghantar parcel sebelum ‘dipaksa’ beraya oleh tuan rumah berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, kebanyakan orang akan menyediakan makanan lebih ketika musim perayaan, khas untuk dihidangkan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung.

Tidak kira sama ada makanan berat mahupun sekadar kuih-muih, masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mesra dan keramahan terhadap tetamu walaupun baru bertemu.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang anak sempat merakam gelagat si ayah yang cukup peramah sehingga mengajak seorang penghantar barang masuk ke rumah untuk beraya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kecoh Orang Ramai Tidak Bantu Lelaki OKU Dipukul, Influencer Perjelas Apa Itu ‘Bystander Effect’

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian

Ayah Ajak Penghantar Parcel Datang Beraya

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@itsmelody003), kelihatan si anak secara diam-diam merakam ayahnya yang sedang rancak bersembang dengan seorang lelaki di ruang tamu, dipercayai dirakam dari arah dapur.

Menurut pemilik video, lelaki tersebut merupakan seorang penghantar barang yang datang ke rumah untuk menghantar pesanan milik ahli keluarga mereka.

Apa yang menarik, si ayah bukan sahaja menyapa lelaki berkenaan, malah terus mengajaknya masuk ke rumah untuk turut serta dalam suasana raya.

“Random betul ayah, orang datang hantar parcel je, boleh dipaksanya masuk beraya,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@itsmelody003/video/7492684816668691720?_r=1&_t=ZS-8vW0kUqKZPO
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Ramai Pernah Alami Situasi Sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat spontan dan peramah si ayah.

Ada yang turut berkongsi pengalaman serupa apabila ahli keluarga mereka mengajak penghantar barang masuk makan atau minum.

Sumber: TikTok @itsmelody003
Sumber: TikTok @itsmelody003

Tidak kurang juga yang sempat bergurau, mengatakan si ayah mungkin sedang ‘mengusha’ calon menantu dan menggunakan alasan beraya untuk berkenalan.

Sumber: TikTok @itsmelody003

Bukan Kali Pertama Tuan Rumah Ajak Penghantar Barang Masuk Makan Bersama-Sama

Sebelum ini, pernah tular kisah seorang wanita yang mengajak seorang penghantar barang berbuka puasa di rumahnya.

Dia dan keluarganya berasa kasihan melihat seorang rider yang masih bekerja menghantar bungkusan ketika waktu berbuka. Tanpa ragu, mereka mengajak lelaki berkenaan berbuka puasa bersama mereka.

Situasi seperti ini menunjukkan bahawa sikap prihatin, adab serta budaya menyantuni tetamu masih menebal dalam masyarakat kita, meskipun dalam keadaan yang tidak dijangka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Rider Berbuka Puasa Ketika Hantar Parcel

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Kondominium Prihatin Cari Suara Wanita Jerit Gara-gara Suami Tidak Sedarkan Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd