Kebakaran Putra Heights: Seluruh Rumah Hampir Musnah, Ramai Terpegun Bilik Solat Seolah Tak ‘Tersentuh’
Dalam satu lawatan ke kawasan berhampiran insiden kebakaran paip gas, pihak kerajaan Selangor menemui sebuah bilik solat dalam sebuah rumah yang langsung tidak terjejas dalam kejadian itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden letupan paip gas di Putra Heights beberapa minggu lalu telah menggemparkan rakyat Malaysia. Letupan tersebut menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan pelbagai harta benda milik penduduk setempat.
Ramai yang terjejas teruk akibat kejadian ini, termasuk kehilangan rumah, kenderaan dan peralatan harian yang hangus terbakar atau cair sepenuhnya akibat bahang api yang luar biasa.
Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang mengejutkan ramai apabila memaparkan sebuah bilik solat dalam rumah terjejas yang kekal sempurna walaupun ruang lain musnah teruk.
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Jumlah Mangsa Di PPS Meningkat Namun Tiada Mayat Ditemui
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca
Bilik Solat Tak Terjejas Walau Bahang Api Musnahkan Seluruh Rumah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok ADUN Kota Anggerik, Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi (@najwanhalimi), beliau memuat naik rakaman sewaktu pihaknya melakukan lawatan ke beberapa kediaman yang terlibat dalam insiden kebakaran itu.
Dalam salah satu rumah yang dilawati, pihaknya terkejut melihat sebuah bilik solat yang kelihatan utuh, tanpa sebarang kesan kebakaran.
Apa yang lebih menghairankan ialah kawasan sekeliling rumah tersebut yang sebahagian besarnya sudah musnah akibat api marak.
Walaupun ada juga ruang lain seperti dapur dan ruang tamu yang tidak terbakar sepenuhnya, namun kesan kerosakan seperti cermin pecah, tingkap retak dan struktur hangus jelas kelihatan.
Menurut salah seorang anggota yang berada di lokasi, bilik solat itu benar-benar kelihatan seperti terlindung daripada segala musibah yang berlaku, dan dianggap sebagai sesuatu yang sangat luar biasa.
@najwanhalimi KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah
♬ original sound – Najwan Halimi – Najwan Halimi
Ramai Terpegun, Anggap Sebagai Kuasa Tuhan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terpegun melihat keadaan bilik solat tersebut yang kekal sempurna walaupun kebakaran besar telah memusnahkan rumah berkenaan.
Ramai meluahkan rasa kagum terhadap kebesaran Allah SWT dan menganggap ia sebagai satu tanda serta perlindungan daripada-Nya.


Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian ini mengingatkan bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah SWT, dan tiada satu pun perkara yang berlaku secara kebetulan tanpa izin-Nya.

Bantuan-Bantuan Yang Disalurkan Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights
Terdahulu, syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 buah kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama satu bulan.
Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, antara keperluan penting adalah urusan ke tempat kerja dan anak yang masih lagi bersekolah bagi menghadapi peperiksaan.
Selain itu, Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) juga menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 bagi menzahirkan keprihatinan dan solidariti kepada mangsa terjejas dan mengharungi kesukaran akibat tragedi ini.
Syarikat terkemuka lain yang turut mengemukakan sumbangan kepada para mangsa adalah seperti berikut:
- Berjaya Corporation – Sumbangan berjumlah hampir RM1 juta bagi 300 keluarga terkesan.
- Panasonic Malaysia – Sumbangan e-voucher RM120,000 kepada 240 keluarga terkesan.
- QSR Brands – Mengagihkan 500 set KFC dan 300 set Pizza Hut.
- Zus Coffee – Sumbangan 400 botol Buttercreme dan Kopitiam Latte.
- Tan Chong Motor Holdings (TCMH) dan Warisan TC Holdings (WTCH) – Menyediakan 30 kenderaan Nissan, GAC Motor, dan Renault sebagai pinjaman.
- Carro – Sumbangan 30 kenderaan bagi kegunaan sementara.
Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights
Baca Artikel Berkaitan: Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Sebabkan Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.