Hampir Bertembung, Ramai Geram Lihat Myvi Nak Buat U-Turn Lepas Plaza Tol
Pemandu Myvi tersebut bagaimanapun telah dimarahi oleh pemandu kereta yang hampir dilanggar olehnya, menyebabkan dia tidak jadi membuat pusingan U tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Konflik jalan raya merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dielakkan selagi mana terdapat pengguna yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang sekeliling.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah melakukan pusingan U (U-turn) dalam keadaan yang berbahaya atau di tempat yang tidak sepatutnya.
Seperti pada tahun lalu, sebuah lori yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya telah menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Rider Terbabas Bikin Ramai Berang
Baca Artikel Berkaitan: “Panas Hati Aku” – Perodua Viva Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Kemalangan Buat Ramai Berang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]
2 Kereta Hampir Bertembung Lepas Keluar Dari Plaza Tol
Dalam satu video yang tular di akaun TikTok milik Qayyum (@_qayyumsz) baru-baru ini, kelihatan hampir berlakunya pertembungan antara dua buah kereta selepas melalui Plaza Tol Taman Rimba Templer di Rawang, Selangor.
Video yang merupakan rakaman dashcam itu menunjukkan kereta dipandu oleh Qayyum melalui bahagian paling kanan plaza tol yang menggunakan fungsi Smartag.
Dalam masa sama, sebuah kereta Myvi berwarna merah pula dilihat keluar daripada pondok tol dengan fungsi Touch n Go yang terletak dua laluan di sebelah kirinya.
Myvi Tiba-Tiba Pusing Ke Kanan Untuk Buat U-Turn
Difahamkan Qayyum telah memperlahankan kenderaannya apabila melihat Myvi itu seperti hendak masuk ke jalan sebelah kanan.
“Saya ingat dia nak masuk laluan kanan sebab dia nak laju. Jadi saya perlahanlah dahulu,” katanya.
Namun sebaik sahaja dia bergerak ke hadapan, tiba-tiba Myvi tadi membelok ke arah kanan, difahamkan mahu membuat pusingan U.
Tindak balasnya yang pantas berjaya mengelakkan daripada berlakunya pertembungan antara kedua-dua kenderaan itu.
Myvi Tak Jadi U-Turn Lepas Hampir Berlanggar
Qayyum kemudiannya menghentikan kereta dan keluar dari kenderaannya. Dia telah memberi isyarat tangan kepada pemandu Myvi tadi yang seolah-olah memberi maksud, “Otak letak kat mana?”
Mungkin terkejut dengan situasi itu, Myvi terbabit tidak jadi membuat U-turn dan terus dipandu lurus ke hadapan.
Video berkenaan telah mencecah 1.3 juta tontonan dan menerima lebih 70 ribu tanda suka.
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Terhibur Lihat Pemandu Myvi Seolah Merajuk Tak Jadi U-Turn
Melihat situasi yang dirakamkan di atas, orang ramai berasa geram terhadap pemandu Myvi yang cuba melakukan pusingan U secara berbahaya sehingga hampir berlakunya kemalangan.
Beberapa individu turut mengkritik kegagalan pemandu itu yang tidak memasangkan lampu signal sebelum membelok ke kanan.
Pun begitu, orang ramai turut berasa terhibur melihat keadaan kereta Myvi itu yang tidak jadi membuat pusingan U selepas dimarahi seolah-olah merajuk.
Ada juga yang berasa cara Qayyum memarahi pemandu kereta tersebut terlalu lembut.
Dalam kekecohan orang ramai, seorang individu tampil dengan pendapat berbeza apabila merasakan situasi itu mungkin menjadi asbab kedua-dua pemandu tadi terselamat daripada kemalangan lain.











Amalkan 4 Langkah CITO Semasa Memandu
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial berkongsi tips untuk membelok dengan selamat menerusi akronim CITO.
CITO bermaksud ‘Cermin, Isyarat, Titik Buta, Olah Gerak’ yang penting bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran.
Menurut Institut Memandu Sinar Sdn. Bhd., Rutin Selamat Memandu atau CITO menggariskan perkara yang perlu dilakukan semasa memandu bagi melepasi hazard atau melakukan olah gerak seperti mula bergerak memotong dan membelok.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil:
- Cermin – Pandang belakang dan sisi untuk melihat keadaan sekeliling.
- Isyarat – Beri isyarat sesuai seperti menerusi signal untuk memberi maklumat kepada pengguna jalan raya lain.
- Titik buta (Blind Spot) – Toleh kepala hingga ke paras bahu bagi menyemak hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.
- Olah gerak – Pandu kenderaan dengan betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung kepada hazard.

Di samping itu, orang ramai turut diingatkan bahawa pusingan U hanya boleh dilakukan di kawasan yang dibenarkan dan kebiasaannya mempunyai papan tanda atau tanda di atas jalan raya.
Pusingan U dilarang sama sekali untuk dibuat di kawasan selekoh, hadapan sekolah dan hospital, di dalam terowong serta di atas jalan raya dengan garisan putih berkembar padanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 8 Kenderaan Buat ‘U-turn’ Berjemaah Di Jalan Raya. Seragam Pula Tu!
Baca Artikel Berkaitan: “Skill Mahal Ni” – Ramai Puji Cara Pemandu Lori Treler Buat U-Turn Nampak ‘Smooth’
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.