“Dah Letak Kon Pun Parking” – Tuan Rumah Stres Jiran Letak Kereta Depan Pagar
Menurut penghuni dikenali sebagai Rahman, dia sudah banyak kali menegur namun si jiran masih meletakkan kenderaan di luar rumahnya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sudah membuat keputusan untuk tinggal di kawasan taman perumahan dan hidup berjiran, adalah penting bagi setiap penghuni mengamalkan sikap toleransi.
Pun begitu, masih ramai individu hanya mementingkan diri sendiri dan menyusahkan penduduk lain. Seperti sebelum ini, tular di TikTok sebuah kereta Proton Saga milik seorang jiran diletakkan di hadapan pagar sehingga menghalang laluan tuan rumah.
Bukan sahaja di depan rumah, malah ada juga kereta yang parkir di sekitar kawasan kediaman tanpa mendapatkan kebenaran.
Berasa kecewa dengan sikap penduduk setempat, Azim yang juga penghuni rumah berkenaan berkata dia kadangkala menyesal membeli kediaman sekitar kawasan itu yang dipercayai di Puchong, Selangor.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan
Lelaki Stres Jiran Letak Kereta Depan Rumah Walau Sudah Letak Kon
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@tuanrahmanshop05) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Rahman berkongsi perangai jirannya yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang selamba diparkir di hadapan rumah meskipun Rahman sudah meletakkan dua biji kon sebagai tanda larangan parkir di situ.
Jiran berkenaan telah meletakkan keretanya berhadapan kon itu namun masih mengganggu laluan Rahman untuk mengeluarkan kenderaan daripada kediamannya.

Menurut lelaki tersebut, aksi itu sudah berulang kali dilakukan oleh jirannya walhal sudah ditegur sebelum ini.
“Kena fikirlah kalau dah letak kon tu wahai jiran-jiran (maksudnya dilarang parkir). Tegur sikit gaduh pulak jadinya,” kata lelaki terbabit di ruangan kapsyen.
Tambah Rahman, si jiran juga akan cepat-cepat cop tempat itu untuk meletakkan kenderaan sekiranya dia tidak ada di rumah.
Tonton video penuh [DI SINI].
Rahman Bunyikan Hon Dengan Kuat Supaya Jiran Alihkan Kereta
Walaupun bergelut dengan jiran tentang masalah terbabit, Rahman telah mendapat satu penyelesaian iaitu dengan membunyikan hon dengan lama sehingga si jiran mengalihkan kenderaannya.
Dalam satu hantaran lain, kelihatan Vios itu tidak lagi berada di hadapan rumah Rahman.
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Kongsi Pengalaman Hadap Perangai Jiran
Menjengah ke ruangan komen, ramai berkata masalah jiran tetangga yang tidak bertanggungjawab sering berlaku.
“Dia (jiran) saja je buat-buat tak faham. Dah masak (faham) sangat dengan manusia jenis macam ni,” ujar seorang wanita.
Malah, segelintir individu turut berkongsi masalah sama yang dilalui oleh mereka apabila tinggal di taman perumahan.
“Sama macam rumah saya. Anak jiran keretanya seorang satu. Bila parkir tak muat dia letak depan rumah kita. Bila ditegur katanya tak reti hidup berjiran. Bila kita parking rumah dia boleh pula dia sound (tegur),” luah seorang lelaki.






Parkir Depan Rumah Jiran Adalah Satu Kesalahan
Untuk pengetahuan semua, terdapat akta dan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengelakkan jiran-jiran meletakkan kenderaan sesuka hati di hadapan rumah anda.
Seorang peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri sebelum ini ada berkongsi tiga tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya jiran suka meletakkan kereta di hadapan pagar rumah walaupun sudah ditegur dengan baik.
Antaranya:

#1. Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)
Menurut Seksyen 48(1) APJ 1987, pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara menyusahkan atau menghalang pengguna lain adalah satu kesalahan.
Jika individu didapati bersalah, individu boleh didenda minimum RM1,000 dan maksima RM5,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya.
#2. Seksyen 22, Akta Kesalahan Kecil (AKK 1955)
AKK 1955 turut menyebut tentang kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah orang. Mengikut Seksyen 22 AKK 1955, individu yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda sehingga RM50.
#3. Seksyen 48 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Sekiranya jiran anda masih lagi suka parking sesuka hati, anda boleh maklumkan kepada jiran anda bahawa pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ dan pegawai majlis perbandaran boleh tunda kenderaan mereka di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987.
Bagi Akta APJ 1987, undang-undang ini tidak terhad kepada kawasan perumahan sahaja. Ia boleh diguna pakai di mana-mana sahaja jalan jika pemandu meletakkan kenderaan dalam kedaaan menyusahkan dan menghalang orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Fed Up Dengan Jiran Yang Suka Parkir Depan Rumah Anda, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Patut Anda Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.