Dah Kahwin Atau Bakal Berumah Tangga? Ini 7 Ciri Suami ‘Red Flag’ Yang Wanita Wajib Tahu
Antara ciri ‘red flag’ bagi seorang suami adalah sering menggunakan kata-kata ugutan seperti menyifatkan isteri seorang yang derhaka jika meminta cerai dan sebagainya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu yang sedang bercinta pasti ingin mengakhirinya dengan satu perhubungan yang sah iaitu berkahwin.
Namun bagi setiap individu khususnya wanita kita pastinya tidak mahu salah memilih pasangan untuk hidup bersama-sama sehingga ke akhir hayat
Ini kerana, sebuah perhubungan bukan sekadar bersandarkan kasih sayang sebaliknya seorang suami perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan betul.
Baru-baru ini, seorang peguam syariah yang dikenali sebagai Dhalia Shah telah berkongsi beberapa ciri-ciri lelaki atau suami ‘red flag’ (tak sesuai) yang perlu setiap wanita tahu.
Ini kerana, ciri-ciri ini mungkin akan membuatkan sesebuah perkahwinan yang dibina berada dalam keadaan tertekan, tidak seronok atau bahagia dan sebagainya.
Tanpa berlengah lagi, jom kami kongsikan ciri lelaki ‘red flag’ perlu dielakkan:
#1 Pasangan tak nak daftar nikah

Tak dinafikan ada segelintir daripada pasangan yang memilih untuk berkahwin di luar negara seperti Thailand dan sebagainya.
Namun perkahwinan itu perlulah didaftarkan dengan segera sebaik mereka pulang ke Malaysia.
“Nanti-nanti je… kita sah dah dekat Thailand,” kata peguam memberi contoh antara ayat digunakan oleh pasangan yang berkahwin di luar negara.
Sekiranya perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia, ia akan membuatkan isteri sukar untuk menuntut hak mereka seperti nafkah dan perceraian kelak.
Malah lebih teruk lagi, sekiranya mempunyai cahaya mata pasti sukar untuk mendapatkan dokumen seperti sijil kelahiran dan lain-lain.
#2 Sering menggunakan ayat agama untuk memberi ugutan
Seorang yang bergelar isteri sememangnya perlu taat kepada suami dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mendatangkan dosa.
Namun sebagai hamba pastinya setiap individu mempunyai tahap kesabaran yang berbeza di mana akan menyebabkan mereka melakukan satu tindakan yang kurang baik sebagai contoh meminta cerai dan sebagainya.
Akan tetapi seorang suami tidak sewajarnya menggunakan ayat agama untuk memberi ugutan kepada isteri.
Antara ayat memberi ugutan dengan menggunakan ayat agama seperti:
“Kalau kau minta cerai, kau derhaka” atau “suami boleh kawin lain tanpa minta izin pun, kan sunnah Nabi SAW.”
Tindakan ini menunjukkan seorang suami cuba untuk memanipulasikan agama serta cara kepimpinan yang tidak betul dengan memberi ugutan dan sebagainya.
#3 Tak pernah beri nafkah tapi tak mengaku salah

Nafkah merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu diberi oleh seorang suami kepada isteri seperti nafkah zahir dan batin.
Antara perkara yang termasuk dalam nafkah adalah:
- Makanan
- Pakaian
- Tempat tinggal
- Alat atau bahan untuk membersihkan diri dan sebagainya.
- Rawatan kesihatan seperti ubat dan sebagainya.
Oleh itu, seorang suami tidak boleh mengatakan mereka hanya perlu membayar perkara tertentu dan selebihnya membiarkan isteri untuk menanggungnya.
“Aku bayar rumah dan kereta tu dah cukup,” kata peguam itu memberi contoh.
Katanya perkara itu menunjukkan suami yang berkata seperti itu adalah ‘red flag’ kerana nafkah isteri kena dikhususkan. Bukan campur dengan harta kongsi.
#4 Halang isteri tuntut hak di mahkamah
Jelasnya, mahkamah syariah merupakan tempat untuk seseorang termasuk isteri mendapatkan pengadilan.
“Kau aibkan aku bila bawa kes ke mahkamah,” atau “Selesaikan dalam keluarga je, jangan libatkan orang luar.”
Oleh itu, seorang isteri tidak sepatutnya termakan kata-kata seperti itu kerana mahkamah adalah tempat yang betul untuk semua orang mendapatkan pengadilan, serta rujukan dan bukan untuk mengaibkan.
#5 Abaikan anak lepas cerai

Mereka yang bergelar seorang bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak mereka seperti memberi nafkah, melayani anak dan banyak lagi.
Namun seorang lelaki yang tidak mengendahkan mengenai nafkah mahupun mengambil tahu mengenai anak merupakan seorang yang red flag.
Bukan hanya itu, ada yang masih mahukan hak lawatan, kerana ingin mempengaruhi anak.
#6 Suka ugut cerai ketika marah
Apabila pasangan bergaduh, ia bukanlah alasan untuk seseorang suami mengugut ingin menceraikan isteri.
Malah ada segelintir yang mengatakan mereka tidak mempunyai niat dan sebagainya apabila sudah berbaik.
Isu cerai atau lafaz yang dibuat bukanlah sesuatu perkara yang boleh dijadikan sebagai mainan.
Ini kerana, kata-kata yang dilafazkan mungkin boleh menjadi sah dan menyebabkan hubungan itu terlerai.
Lebih teruk lagi sekiranya lafaz itu dilakukan berulang kali sehingga mendorong kepada perceraian hingga ke talak ba’in besar iaitu talak yang tidak boleh dirujuk lagi.
#7 Suka sorok harta atau pendapatan
Sebagai pasangan adalah sebaiknya untuk suami berkongsi info mengenai harta kerana isteri mempunyai hak untuk mengetahui.
Ini juga adalah antara ciri lelaki yang red flag, kerana dalam undang-undang isteri sebenarnya boleh menuntut harta sepencarian bila bercerai nanti.
Sekiranya terdapat ciri-ciri red flag ini, wanita dinasihatkan untuk tidak berdiam diri serta mendapatkan nasihat dari peguam syarie.
Ini kerana terdapat undang-undang Islam yang ada untuk melindungi hak isteri.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.