“Buatan China” – Kilang OEM Dedah Produk Jenama Mewah Sebenarnya Dihasilkan Di China, Bukan Eropah
Pemilik-pemilik video berkenaan mendakwa produk jenama mewah seperti Hermes dibuat keseluruhannya di China.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak beberapa minggu lalu, banyak video daripada akaun TikTok China menjadi tular selepas beberapa kilang Original Equipment Manufacturer (OEM) mendakwa merekalah sebenarnya yang menghasilkan produk jenama mewah terkenal seperti Hermes, Chanel dan Dior.
Video-video ini bukan sahaja mencuri perhatian pengguna TikTok di China, malah telah sampai ke Malaysia dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.
Antara yang mencuri tumpuan ialah akaun TikTok SEN Bags (@senbags) yang mendakwa kebanyakan jenama mewah hanya membeli produk yang hampir siap dari kilang mereka sebelum ditambah logo beserta pembungkusan eksklusif.
Baca Artikel Berkaitan: Tarif AS Ke Atas China Dikenakan Trump Meningkat Kepada 104%
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Malaysia Pun Kena Tempias” – Tengku Zafrul Jelaskan Isu Kenaikan Tarif Dikenakan Trump
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan
“Kami Tukang Sama, Kulit Sama, Zip Pun Sama”
Dalam salah satu video, seorang lelaki dari SEN Bags mendakwa pekerja-pekerja di kilang mereka merupakan kumpulan sama yang menghasilkan beg butik untuk jenama mewah.
Dia turut menunjukkan jenis kulit, logam, zip dan perinciannya yang didakwa setanding dengan apa yang digunakan oleh jenama terkenal. Bezanya cuma tiada logo pada produk tersebut.
Malah, dia turut menggesa orang ramai untuk membeli terus dari mereka pada harga jauh lebih murah, sambil menyindir pengguna yang terus “tertipu” dengan harga pasaran barangan mewah.
@senbags Focus on high-quality leather and high-quality craftsmanship.
♬ 原聲 – SEN bag
Akaun Dikecam, Tapi Kilang Tetap Jalan Terus
Selepas video-video tersebut menjadi tular, terdapat cubaan untuk menyekat akaun SEN Bags daripada terus beroperasi di TikTok.
Namun pihak kilang mendakwa mereka sudah menyediakan akaun sandaran dan akan terus menghasilkan beg berkualiti selagi boleh.
Dalam masa yang sama, akaun TikTok Luna Sourcing China (@lunasourcingchina) turut berkongsi video dari kilang lain yang mendakwa mereka menghasilkan aksesori rambut untuk jenama seperti Chanel, Dior, Shu Uemura, MAC, Bobbi Brown, La Prairie dan L’Occitane.
Menurut wakil kilang dalam video tersebut, mereka juga merupakan pembekal kepada Rosewood Hotel dan beberapa jenama mewah lain.
Luna turut mendakwa barangan seperti pakaian sukan Lululemon, pakaian Ralph Lauren dan Brooks Brothers juga sebenarnya dihasilkan di kilang China.
@lunasourcingchina Who made those hair pin hair claw for TARGET, CHANEL and many more big brands???! #chinasourcing #sourcingtips #sourcingagent #yiwuagent #yiwuminigoods #yiwumarkets #Lunasourcingchina #chinasource #hairaccessories #hairpin #hairclaw #hairband #comb #luxury #luxuryevent #giveaways #eventgift #giftset #factory#chinashipping #wholesale #clothfactory #jewelryaccessories #beddingfactory #alibaba #directfactory #chinasupplier
♬ original sound – LunaSourcingChina
Ramai Terhibur, Tapi Ada Yang Ragu-Ragu
Reaksi netizen terhadap dakwaan ini bercampur-campur. Ada yang skeptikal dan menganggap video-video tersebut hanya strategi pemasaran kilang untuk menjual barangan mereka memandangkan tuduhan itu melibatkan jenama-jenama gah.

Namun bagi sesetengah pengguna, pendedahan ini membuka mata. Ada yang terus bertanya bagaimana untuk membeli terus dari kilang, terutama sekali mereka yang tidak kisah soal jenama, tetapi lebih menitikberatkan kualiti.
Segelintir pengguna turut melihat ini sebagai tindakan “Uno reverse card” dari China terhadap tarif tinggi yang dikenakan Amerika Syarikat sejak era pentadbiran Trump.
Jenama Mewah Belum Tentu Tergugat, Tapi Nilai Pelaburan Boleh Tercalar
Walaupun dakwaan ini mengejutkan ramai, ia dijangka tidak akan menjejaskan sepenuhnya pasaran mewah kerana peminat tegar jenama-jenama ini masih setia dan mempercayai kredibiliti jenama.
Sebagai contoh, laman rasmi Louis Vuitton menyatakan koleksi barangan kulit mereka hanya dihasilkan di bengkel khusus di Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat, manakala kasut dan pakaian pula dari Itali dan Perancis.
Namun begitu, kemasukan produk tiruan ke pasaran boleh menjejaskan nilai jualan semula sesetengah barangan mewah.
Seperti yang pernah terjadi kepada Gucci dan Louis Vuitton, nilai beg tangan mereka menjunam akibat lambakan tiruan yang menyerupai produk sebenar.
Disebabkan itu, beberapa jenama termasuk Burberry dan Chanel dilaporkan sanggup membakar lebihan stok supaya ia tidak dijual murah atau jatuh ke tangan kumpulan pembeli yang salah demi mengekalkan eksklusiviti dan nilai jenama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Curi Perhatian, Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton
Baca Artikel Berkaitan: Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.