“Mesti Melatah!” – Gelagat Abang J&T Menari Lepas Dengar Alarm CCTV Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video tular, kelihatan staf J&T Express itu secara tiba-tiba menari berhadapan CCTV ketika sedang betugas di sebuah pangsapuri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai sebenarnya di kalangan masyarakat yang cepat stres dan cepat burn out apabila bekerja. Seperti dilaporkan sebelum ini, 67% daripada rakyat Malaysia sering keletihan dari segi fizikal dan mental, tidak bermotivasi serta tidak produktif di tempat kerja.
Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Kedua Di Asia Tenggara Sebagai Negara Paling Ramai Pekerja Tidak Gembira
Pun begitu, masih ramai antara kita yang masih pandai mengawal rasa letih itu dengan cara menghiburkan diri sendiri kita sedang bertugas. Tular sebelum ini tentang seorang rider penghantar barangan yang sedang main berkejaran dengan seekor anjing.
Dalam klip video sama, anda boleh lihat anjing itu seolah-olah terkejut dan takut dengan aksi mengejut rider berkenaan. Walaupun agak rawak, namun ia sedikit sebanyak menceriakan hari rider itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Lawan Hukum Alam Ni” – Gelagat Rider Kejar Anjing Bikin Ramai Terhibur
Staf Kurier Terkejut Dengar Penggera CCTV Tiba-tiba Berbunyi
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@zrysrzaa) menyaksikan satu situasi dipercayai sekitar sebuah pangsapuri.
Menerusi video perkongsian, penghuni rumah dikenali sebagai Zira telah berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.
Dalam klip sama, kelihatan seorang penghantar barangan dari syarikat J&T Express sedang berada di tingkat tersebut bagi menghantar parcel ke alamat pelanggan.
Ketika lelaki itu sedang mencari rumah, penggera CCTV dari rumah Zira secara tiba-tiba berbunyi dengan kuat. Namun perkara yang mencuri perhatian adalah reaksi abang kurier itu ketika kejadian berlaku.
Kelihatan lelaki yang terkejut itu dengan rawaknya menari di hadapan CCTV berkenaan. Lebih menghiburkan, dia mengulangi tarian yang sama sebanyak dua kali.
Tidak lama kemudian, abang kurier itu terus melarikan diri dari situ. Ada-ada sahaja! Sekali pandang, macam tarian Mr Bean pun ada.
“Dah Whatsapp dah, dia (pekerja J&T) tak marah pun. Terkejut sikit je sampai menari 😂,” kata Zira di ruangan kapsyen.
@zrysrzaa Dah whatsapp dah, dia tak marah pun. Terkejut sikit je sampai menari 😂
♬ suara asli – eka
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Berdekah Lihat Reaksi Random Abang J&T
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai cuit hati melihat gelagat pekerja yang secara bersahaja joget dengan CCTV.
“Dalam diam abang J&T ada bakat terpendam,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga yang berkata banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan oleh individu untuk menghiburkan diri semasa bekerja tanpa perlu stres.
“Nampak tak lelaki senang sahaja terhibur? Dengan alarm pun boleh joget,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu turut berseloroh melihat situasi yang tidak dijangka itu.
“Terlalu lapang selepas berhempas pulas settle kan barang (parcel) raya kitorang ya. Jangan seronok sangat bang, raya Haji dah nak dekat,” jenaka seorang wanita.
Segelintir individu berpendapat staf berkenaan sedang melatah selepas terdengar bunyi penggera secara mengejut.









Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Rider Makanan Selamba Minta RM100 Dari Vincent Tan Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Kenapa Tu” – Gelagat Rider Tampar Mannequin Di Butik Buat Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.