“Emas Ni Je Harta Selamat” – Mangsa Kebakaran Putra Heights Cuci Barang Kemas Raih Perhatian
Difahamkan, mangsa tersebut telah menyimpan barang kemas di dalam kotak aluminium yang menyebabkan ia tidak lebur dalam kebakaran di Putra Heights itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semasa hari ke-2 Syawal (1 April).
Sebanyak 237 rumah kediaman, 88 bangunan dan 331 kenderaan persendirian mengalami kerosakan teruk disebabkan haba terlalu panas.
Siapa sangka dalam sekelip mata, mangsa mengalami kerugian yang sangat besar akibat kejadian tersebut. Ramai di kalangan mereka yang kehilangan tempat tinggal serta aset yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Kebakaran Putra Heights: Sumbangan Solidariti Penjawat Awam Selangor Menerusi Potongan Gaji Bulanan
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Jumlah Mangsa Di PPS Meningkat Namun Tiada Mayat Ditemui
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Penduduk Terjun Ke Sungai Kerana Bahang Api Terlalu Panas
Hanya Emas Yang Terselamat Semasa Insiden Kebakaran Di Putra Heights
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kedaiemasmunawara) apabila pihak kedai emas berkongsi kisah tentang salah seorang pelanggan yang juga merupakan mangsa insiden kebakaran tragis di Putra Heights.
Menurut pihak mereka, wanita tersebut kehilangan tempat tinggalnya dan hanya mempunyai beberapa keping wang kertas bersama barang kemas sahaja.
Dengan harta yang tinggal, wanita itu telah datang ke kedai berkenaan untuk mencuci emas-emas yang terselamat daripada kesan kebakaran terbabit.
“Hanya ini sahaja harta yang terselamat. Pelbagai kisah sedih yang diceritakan oleh penduduk di sekitar Putra Heights. Mereka masih mampu tersenyum walaupun ada dugaan yang menimpa.
“Ini proses mengembalikan warna asal emas dan membersihkan kesan letupan pada barang kemas. Alhamdulillah sedikit sebanyak kami dapat membantu apa yang mampu,” kata pihak Kedai Emas Masmunawara.

Emas Kembali Cantik Seperti Asal
Selepas proses cucian yang teliti, barang-barang kemas milik mangsa dilihat bersih dan berkilau seperti emas yang baharu.
“Salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam letupan gas di Putra Heights. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” kata pengendali akaun TikTok di ruangan kapsyen.
@kedaiemasmunawara Salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam letupan gas di Putra Heights 🤲🏻 Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan . #putraheights #kedaiemasmunawara #kebakaran #kebakaranpaip #paipgas #foryou #foryoupage #fyp #fyp ♬ Very Sad – Enchan
Tonton video penuh [DI SINI].
Difahamkan, wanita berkenaan telah menyimpan berang kemasnya di dalam kotak aluminium sekaligus menyebabkan ia tidak cair dek bahang panas.
Untuk info, ketinggian api 30 meter (m) semasa kebakaran berlaku mencecah suhu 1,000 darjah Celsius.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Proses Cucian Emas Milik Mangsa Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat nasib penduduk yang terkesan dengan kebakaran itu.
“Ya Allah kesiannya. Semoga semua mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sedih weh rumah harta benda semua licin tak ada serpihan yang tinggal hanya abu. Nak mulakan semula bukannya mudah,” kata seorang wanita.
Malah segelintir individu turut mengambil iktibar daripada perkongsian ini dan berhasrat untuk membeli emas sebagai simpanan masa hadapan.
“Nampak tak? Jadi tahu kan kenapa orang suka beli emas? Sebab emas la satunya-satunya yang boleh kita gadai balik bila susah. Jadi tolong jangan merungut bila golongan wanita nak beli emas,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga sempat menitipkan doa buat mangsa keadaan.
“Semoga dipermudahkan urusan mangsa yang kehilangan harta benda akibat kebakaran di Putra Heights dan Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik selepas ini. Semoga ada pelangi selepas hujan,” kata seorang lelaki.






Antara Bantuan Disalurkan Kepada Mangsa
Terdahulu, syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 buah kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama satu bulan.
Menurut Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, antara keperluan penting adalah urusan ke tempat kerja dan anak yang masih lagi bersekolah bagi menghadapi peperiksaan.
Selain itu, Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) juga menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 bagi menzahirkan keprihatinan dan solidariti kepada mangsa terjejas dan mengharungi kesukaran akibat tragedi ini.
Syarikat terkemuka lain yang turut mengemukakan sumbangan kepada para mangsa adalah seperti berikut:
- Berjaya Corporation – Sumbangan berjumlah hampir RM1 juta bagi 300 keluarga terkesan.
- Panasonic Malaysia – Sumbangan e-voucher RM120,000 kepada 240 keluarga terkesan.
- QSR Brands – Mengagihkan 500 set KFC dan 300 set Pizza Hut.
- Zus Coffee – Sumbangan 400 botol Buttercreme dan Kopitiam Latte.
- Tan Chong Motor Holdings (TCMH) dan Warisan TC Holdings (WTCH) – Menyediakan 30 kenderaan Nissan, GAC Motor, dan Renault sebagai pinjaman.
- Carro – Sumbangan 30 kenderaan bagi kegunaan sementara.
Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights
Baca Artikel Berkaitan: Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta
Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Sebabkan Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.