“Dapat Protein Extra” – Doktor Berang Jumpa Ulat Beluncas Dalam Mi Segera Goreng
Doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kho itu telah menjumpai ulat beluncas di dalam hidangannya sewaktu menjamu selera di kedai makan mamak sekitar Johor Bahru.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Aspek kebersihan merupakan perkara yang paling penting semasa menyediakan makanan. Namun semakin ramai pula peniaga yang tidak menitikberatkan isu ini dan menyebabkan ramai pelanggan menerima makanan tidak berkualiti.
Seperti sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Nadia berasa geli selepas melihat terdapat lipas di dalam bungkusan nasi putih lauk ayam kicapnya. Menerusi klip tular, kelihatan dua ekor serangga perosak bersaiz besar dalam bungkusan terbabit.
Sindir Nadia, dia akan mendapat ‘tenaga’ yang lebih jika termakan lipas tersebut. Wanita itu bagaimanapun berkata dia sempat menyedari kewujudan lipas itu sebelum menelannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Meremang Aku!” – 2 Ekor Lipas Dalam Bungkusan Nasi Ayam Kicap Bikin Ramai Loya Tekak
Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Lembut & Manis” – Lelaki Ini ‘Kembang Tekak’ Jumpa Ulat Dalam Kurma Premium
Baca Artikel Berkaitan: “Craving Tapi Dapat Macam Ni” – Pelanggan Beli Ayam Bakar Dapat ‘Percuma’ Telur Lalat
Doktor Jumpa Ulat Beluncas Dalam Mi Segera
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kho (@khomathedevarajan) berkongsi situasi semasa di bersama rakan sekerjanya menjamu selera di sebuah kedai makan mamak sekitar Johor Bahru.
Ujar beliau dia telah memesan hidangan mi segera goreng dan berkongsi dengan rakannya itu. Namun lain pula yang terjadi apabila Dr Kho terjumpa seekor ulat beluncas pada pinggannya.
Lebih parah lagi, doktor terbabit berkata dia telah makan separuh daripada hidangan tersebut sebelum menyedari kewujudan ulat sepanjang lebih kurang 3 centimeter (cm) itu.
“Restoran bagi extra protein percuma, maggi goreng edisi trauma,” ujarnya.
Doktor Ingatkan Pelanggan Periksa Keadaan Makanan Dahulu
Bagi mengelakkan orang ramai melalui nasib yang sama, doktor itu memberi peringatan agar sentiasa memeriksa makanan yang diterima di mana-mana kedai makan sebelum menjamahnya.
“Saya jumpa ulat beluncas dalam maggi saya. Jadi korang yang nak pergi makan tu, jaga-jaga sikitlah. Tengok dulu apa yang ada dalam makanan korang sebelum makan,” kata Dr Kho.
@khomathedevarajan Restoran Habib bagi extra protein percuma, maggi goreng trauma edition 🐛🐛🐛🤮!! #fyp #fy #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #viral #viralvideo #viraltiktok #maggibeluncas #tampoi #tampoiindahjb #restoranhabib #habib #foodfail #ulatdalammaggi #malaysiatiktok #makanapahariini #foodie #foodienightmare #viralforyou #viralfood #caterpillar ♬ original sound – Deno
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ulat Beluncas Dalam Makanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geli melihat ulat beluncas dalam pinggan mi segera goreng itu.
Malah, ramai juga berkongsi pengalaman mereka ketika makan di restoran mamak yang sama.
“Maaf la memang dah tak pergi kedai mamak ni sejak jumpa bulu tangan dalam roti canai. Adoi terus tak jadi makan dah,” dakwa seorang wanita.
Sementara itu, rakan kepada Dr Kho yang turut menjamu selera di sana telah menyindir restoran berkenaan.
“Terima kasih chef sebab bagi maggi istimewa perisa alam semula jadi,” sindir doktor itu.






Pelanggan Jumpa Banyak Telur Lalat Pada Ayam Bakar
Terdahulu, turut tular insiden seorang lelaki yang menjumpai telur lalat yang begitu banyak pada bahagian ayam bakar di dalam hidangan nasi kerabu yang dibeli di bazar Ramadan.
“Kitonyo craving tapi dapat macam ni,” kata pembeli itu.
Bukan sahaja pada satu bahagian, tetapi telur lalat itu dilihat berada di beberapa tempat juga. Menurut individu berkenaan, perkara itu sekaligus membuatkannya hilang selera dan mood untuk berbuka puasa.
“Promosi Ramadan beli nasi percuma telur lalat,” sindir pembeli tersebut.

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.
- Facebook BKKMHQ.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.

Sumber: Pexels
Baca Artikel Berkaitan: “Hilang Selera!” – Lelaki ‘Kembang Tekak’ Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.