Now Reading
“Nak Kasi Mama Pakai” – 2 Anak Lelaki Tukar Duit Raya Kepada Cincin Emas Raih Pujian

“Nak Kasi Mama Pakai” – 2 Anak Lelaki Tukar Duit Raya Kepada Cincin Emas Raih Pujian

Menerusi video tular, kelihatan dua orang anak lelaki kepada wanita dikenali sebagai Ijah sedang memilih cincin emas untuk ditukar dengan duit raya diterima.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara budaya atau tradisi popular yang anda boleh lihat semasa berlangsungnya musim Aidilfitri adalah pemberian duit raya.

Selalunya, individu yang lebih muda akan mendapat jumlah duit raya lebih banyak. Maklumlah, masih bersekolah atau pun masih belajar di insitusi pengajian tinggi.

Sebelum ini, sekumpulan budak kecil telah menerima duit raya dari pengguna jalan raya yang tersangkut trafik sesak.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Untuk Tujuan Simpanan Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Urus Duit Raya Anak Sama Rata? Ini Penjelasan Tentang Hukum Sebenar

2 Orang Anak Tukar Duit Raya Kepada Cincin Emas

Selepas selesai mengutip duit raya, kebanyakan anak kecil akan terfikir untuk membeli permainan baharu. Tetapi lain pula buat dua orang kanak-kanak ini.

Tular satu hantaran di laman TikTok (@ijahahmad90) apabila seorang ibu dikenali sebagai Ijah berkongsi gelagat dua orang anak lelakinya yang sedang memilih reka bentuk cincin emas di sebuah kedai emas.

Menurut Ijah, kedua-dua anak kecil itu mahu menukar duit raya yang diterima dengan emas tersebut. Lebih mengharukan apabila mereka meminta si ibu untuk memakai cincin emas itu.

Selepas seketika, kedua-dua si kecil dilihat mengukirkan senyuman seolah-olah berpuas hati dengan pilihan cincin itu.

“Duit raya tukar kepada emas. Anak-anak kata nak pilih sendiri biar mama pakai. Hari mendatang nanti tak mustahil jumlahnya (bertambah) lima kali ganda,” ujar si ibu.

Sumber: TikTok (@ijahahmad90)

Si Ibu Bangga Dengan Pilihan Anak-anak

Melihat telatah dan tindakan mereka, Ijah berkata dia sangat terharu serta berbangga dengan niat baik anak yang memikirkan tentang si ibu daripada kepentingan diri sendiri.

“Suka tuan kedai tengok gelagat mereka pilih (emas). Saya bangga dengan kedua-dua anak lelaki saya,” kata Ijah.

@ijahahmad90

Duit raya tukar kepada emas🩷 Anak2 kata nk pilih sendiri biar mama pakai🥹 Kedepan hari nanti xmustahil jumlahnya 5 kali ganda🥰 Suka tuan kedai tgk gelagat sekyo duk milih sakni🥰 Im so proud both of you my sons😘👏🏻

♬ Beautiful Moments – Musik Relaksasi ID

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Tindakan 2 Anak Tukar Duit Raya Kepada Cincin Emas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan si kecil berkenaan kerana tidak membazirkan duit raya untuk perkara tidak berfaedah.

“Tak pernah terfikir nak buat macam ni ya. Bagus juga esok umur dah 18 tahun. Alhamdulillah dah ada simpanan,” kata seorang warganet.

Malah, ramai juga kagum dengan sikap anak yang memikirkan tentang ibu mereka ketika mahu menukar duit raya kepada emas itu.

“Rasa aircond (sejuk) perut mama yang melahirkan awak dik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir para ibu turut berkongsi hasil anak menabung duit raya selama ini.

“Anak-anak saya semua saya belikan jongkong emas. Tahun-tahun sebelum ni, setiap tahun beli emas. Alhamdulillah simpanan setiap seorang dah banyak dah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ijahahmad90)

3 Tabung Untuk Menyimpan Duit Raya Anak

Seorang wanita sebelum ini telah berkongsi tips menyimpan duit raya anak yang akan memberi pulangan lumayan untuk kegunaan di masa akan datang.

Menerusi hantaran video di laman TikTok @directlendingmy, terdapat tiga tabung simpanan yang paling menguntungkan untuk dijadikan tempat menyimpan duit raya.

Berikut adalah tiga tabung yang dinyatakan:

Sumber: Pexels/Sharifah Nur Syafiqah
1. SSPN-i Plus

SSPN-i Plus adalah simpanan Pendidikan bulanan yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Matlamat utama tabung ini adalah untuk memupuk ibu bapa melakukan simpanan anak-anak secara konsisten.

Deposit yang dikenakan untuk membuka tabung ini pula hanyalah RM20 sahaja. Kadar dividen yang akan diperolehi pula adalah 4% setahun.

2. ASB 3 Didik

Tabung simpanan ASB 3 Didik diuruskan sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhab (ASNB). Untuk membuka akaun ASB 3 Didik ini, deposit RM100 akan dikenakan.

Jika anda memilih untuk menyimpan duit di dalam ASB 3 Didik ini, duit simpanan di dalam akaun ini akan ditukarkan menjadi akaun ASNB sekirannya umur anak telah mencecah 18 tahun. Dalam masa sama, sebanyak 4% hingga 6% dividen setiap tahun yang akan diperolehi.

3. Tabung Haji

Akaun simpanan Tabung Haji (TH) hanya dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam, dan boleh dibuka dengan deposit serendah RM10 sahaja.

Kelebihan menyimpan di TH ini adalah nilai dividen dan juga bonus yang akan diperolehi setiap tahun adalah tinggi.

Sekiranya simpanan di dalam Tabung Haji ini melebihi RM1,300, anda boleh mendaftar anak-anak untuk menunaikan ibadah haji nanti. Selain itu, jika umur anak sudah melebihi 17 tahun, wang simpanan boleh dikeluarkan untuk menanggung kos pendidikan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak? Ini 3 Tabung Simpanan Paling Menguntungkan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd