“Mak Dia Tunggu Je Situ” – Lelaki Selamatkan Anak Kucing Jatuh Longkang Terima Pujian
Menerusi video tular, kelihatan terdapat lubang besar yang menyebabkan anak kucing gebu itu terperangkap dalam longkang terbabit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti yang kita tahu, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib haiwan terbiar. Sebagai contoh sebelum ini, tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu bertungkus-lumus menyelamatkan beberapa ekor kucing di dalam sangkar di sebuah kawasan yang sedang terbakar.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok (@karlzidane), kedengaran bunyi kucing mengiau seakan sedang meminta bantuan dari dalam sangkar berdekatan api yang sedang marak.
Dalam klip sama, kelihatan seorang lelaki memberanikan diri memanjat pagar untuk mengalihkan kucing-kucing yang terkurung di dalam sangkar terbabit. Tidak lama kemudian, datang pula beberapa individu lain menghulurkan bantuan membantu lelaki terbabit untuk melepaskan haiwan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: “Hero Tak Beruniform” – Sekumpulan Lelaki Selamatkan Kucing Dari Kebakaran Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian
Lelaki Turun Ke Longkang Untuk Selamatkan Anak Kucing
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@yourjiranstory) apabila seorang lelaki menunjukkan situasi dirinya bersama-sama rakan yang lain sedang menyelamatkan anak kucing berwarna putih yang terjatuh ke dalam longkang.
Menerusi video perkongsian, kelihatan terdapat lubang besar yang menyebabkan anak kucing gebu itu terperangkap dalam longkang terbabit. Mujur tiada air bertakung di dalamnya.
Menurut lelaki dikenali sebagai Shah Iskandar, ibu kepada si bulus itu kerap kali menunjukkan longkang berkenaan seolah-olah meminta bantuan mereka untuk menyelamatkan anaknya.
“Patutlah mak dia beria tunjuk longkang ni,” kata Shah di ruangan kapsyen.
Tanpa membuang masa, salah seorang daripada kumpulan lelaki terbabit, turun ke dalam longkang dan mengangkat si bulus keluar daripada tempat kotor itu. Anak kucing itu kemudian dipulangkan semula ke pangkuan ibunya.
@yourjiranstory #fyp #fypage #foryoupage #xybca #catlover #cat ♬ i love you in every universe – ourfeelings🪐
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bangga Dengan Sikap Baik Hati Lelaki Selamatkan Anak Kucing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki tersebut kerana pantas menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan itu.
Malah, ramai juga tidak terlepas untuk menitipkan doa yang baik kepada pemuda yang menghulurkan bantuan.
“Semoga Allah SWT merahmati setiap perjalanan hidupmu. Semoga rezeki berlumba-lumba mengejarmu adik,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu berkata ibu kepada kucing tersebut pandai menjaga dan membersihkan bulu anaknya meskipun berwarna putih.
“Comelnya anak dia, putih gebu pulak tu. Maknya tak terurus tapi pandai jaga anak,” kata seorang wanita.






Rider Foodpanda Bantu Selamatkan Anak Kucing Tersadai Tepi Jalan
Terdahulu, turut tular kisah seorang rider penghantar makanan Foodpanda dikenali sebagai Aus (@_aus99) yang menyelamatkan seekor anak kucing comel semasa dalam perjalanan menuju ke sebuah bazar Ramadan sekitar LRT Jelatek, Ampang Jaya.
Semasa berada di atas jalan raya, Aus telah terserempak dengan anak kucing tersebut yang tersesat di bawah tembok jejambat (flyover).
Dalam video itu, kelihatan si bulus sedang duduk dalam kedudukan seperti loaf, kerana berasa takut dengan lalu lintas yang sibuk itu.

Prihatin dengan keselamatan anak kucing berwarna hitam dan putih tersebut, Aus dengan segera menghentikan motosikal dan melintasi jalan bagi mengambil anak kucing berkenaan.
Sehingga kini, Aus masih membela kucing itu dan memberikan nama Popcorn kepada si bulus. Alhamdulillah, terima kasih orang baik.
@_aus99 suka betul ocorn main bola dalam box tu😂 #petlovers #meow ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pantas Rider Selamatkan Anak Kucing Comel Bawah Flyover Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.