Now Reading
“Dengan Ekzos Sekali Berkelip Kasi Signal” – Kereta Diubah Suai Penuh LED Jadi Tumpuan

“Dengan Ekzos Sekali Berkelip Kasi Signal” – Kereta Diubah Suai Penuh LED Jadi Tumpuan

Lampu LED yang begitu banyak dipasang pada kereta jenis Hyundai itu membuatkan kenderaan tersebut bercahaya sepanjang jalan raya sekitar Pulau Pinang tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu pastinya mempunyai minat yang berbeza. Buat kaum Adam, segelitir daripada golongan ini sangat suka untuk mengubah suai kenderaan mereka termasuklah kereta dan juga motosikal.

Seperti sebelum ini, tular kisah seorang pakcik apabila kereta Proton Saga miliknya dihiasi dengan begitu meriah. Kelihatan banyak aksesori menarik dilekatkan pada setiap sudut kereta termasuklah pada bahagian enjin.

Ada kerongsang, butang baju, rantai, gelang, manik, bunga tiruan, rantai kunci, bendera, patung haiwan dan banyak lagi. Menurut pakcik yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, mengumpul dan menghiasi kereta merupakan hobinya. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum

Kereta Hyudai Dipenuhi Lampu LED, Siap Ada Signal Pada Ekzos

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@rieymegahholding) apabila seorang lelaki menunjukkan satu situasi semasa berada di atas jalan raya dipercayai sekitar Pulau Pinang.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta jenis Hyundai yang telah diubah suai ke ‘next level’.

Kalau anda lihat sendiri, kelihatan bahagian belakang kereta itu dipenuhi dengan lampu LED yang begitu banyak. Bukan setakat dua ke tiga lampu, tetapi kami percaya ia lebih daripada 10.

Lampu LED tersebut bukan sahaja dipasang pada cermin belakang, malah kelihatan juga pada ekzos bahagian kiri dan kanan. Lebih mencuri perhatian adalah ekzos sebelah kiri dilihat berkelip semasa pemandu memberi signal untuk membelok.

“Padu jentera abang ni. Belok kiri kalau yang (kereta) belakang tak perasan lagi tak tahu la,” kata pengendali akaun TikTok.

Hobi pemandu tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia turut memasang logo Perodua pada bahagian bawah bumper. Ya, ada dua logo jenama pada satu kereta.

@rieymegahholding Padu jentera abg ni…turn left kalau yang belakang tak perasan lagi tak tahu laa tu…😪 #modified #pineng #gurauje #signal #fyp ♬ suara asli – Sound MeMe

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kereta ‘Modify’ Penuh LED

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tercengang melihat kereta yang dipenuhi dengan lampu LED itu.

“Dah macam UFO nak mendarat,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga berseloroh melihat ekzos kereta yang turut menunjukkan signal ke kiri.

“Patutlah tadi ada kereta nak masuk simpang tak bagi signal. Rupanya kereta ni dah ambil signal dia,” jenaka seorang warganet.

Sementara itu, segelintir individu berpendapat bahawa pencahayaan daripada lampu yang begitu banyak akan membuatkan pengguna jalan raya silau.

“Harapnya aku tak terserempaklah dengan dengan orang yang ada hobi unik macam ni. Sebab aku ni rabun silau. Tak nampak apa dah,” kata seorang wanita.

Segelintir individu turut berkata kereta itu menyerupai taman tema i-City, Shah Alam.

Sumber: TikTok (@rieymegahholding)

Pemandu Guna LED Untuk Nasihat Rakan Jangan Pecut Di Jalan Raya

Semakin hari, penggunaan lampu LED pada kereta dilihat semakin menjadi-jadi. Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Alip telah berkongsi aksesori milik rakannya yang terletak pada bahagian cermin belakang kereta.

Pemilik Proton Saga tersebut memasang lampu LED di mana anda boleh mengubah suai sebarang ayat atau perkataan yang ingin dipaparkan.

Menggunakan teknologi itu, si rakan telah memberi nasihat kepada Alip untuk memandu dengan berhati-hati semasa berada di jalan raya tersebut menerusi paparan LED terbabit.

Sumber: TikTok (@alipgelis)

Walaupun ia agak ‘rare’, namun si rakan dilihat memanfaatkan LED itu dengan memberi peringatan kepada Alip tentang undang-undang jalan raya.

“Perlahan-lahan je dekat sini. Banyak haiwan lintas jalan. Jangan bawa jiwa racing (memecut) kau tu. Simpang ni kau ambil kanan. Ingat, signal bagi,” tulisan yang terpapar pada belakang cermin.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Bawa Jiwa Racing Kau” – Pemandu Saga Nasihat Rakan Guna LED Pada Cermin Kereta Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Tular Orang Jepun ‘Convert’ Daihatsu Mira Jadi Kelisa, Siap Tukar Plat Nombor Gaya Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd