Now Reading
Caj Extra RM5 Dikenakan Oleh KTMB Bagi Pembelian Di Kaunter, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Caj Extra RM5 Dikenakan Oleh KTMB Bagi Pembelian Di Kaunter, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati

Sebaliknya, penumpang KTMB perlu membuat pembelian tiket menerusi aplikasi bagi mengelakkan bayaran tambahan RM5 tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan salah satu medium pengangkutan awam yang sering digunakan oleh orang ramai, lebih-lebih lagi bagi tujuan merentas negeri.

Walaupun pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian, masih ramai yang memilih untuk membeli secara manual di kaunter stesen keretapi atas sebab tertentu.

Pun begitu, satu langkah baharu oleh pihak KTMB telah menerima kritikan rata-rata pengguna media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna KTM Boleh Guna Kad Kredit & Kad Debit Mulai November Ini

Baca Artikel Berkaitan: KTMB Perkenal ETS Ekspres Mulai 1 Ogos, Perjalanan Lebih Jimat Masa

Baca Artikel Berkaitan: KTMB Tawar Perkhidmatan Koc Mewah Kepada Penumpang. Siap Ada Karaoke & Tandas Peribadi!

Bayaran Tambahan RM5 Dikenakan Jika Beli Tiket KTMB Di Kaunter

Baru-baru ini, KTMB telah mula mengenakan caj tambahan sebanyak RM5 kepada penumpang yang membeli tiket secara manual di kaunter stesen keretapi.

Malah, golongan warga emas serta orang kurang upaya (OKU) juga turut terkesan dan perlu membuat bayaran tambahan yang sama.

Sebaliknya, penumpang perlu melakukan pembelian tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile untuk mengelakkan daripada dikenakan caj tambahan tersebut.

Pun begitu, perkara ini mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai memandangkan ia boleh menjadi satu kesukaran buat mereka yang kurang mahir dalam teknologi.

Orang Ramai Kritik Langkah KTMB Kenakan Caj RM5

Sehubungan itu, orang ramai telah meninggalkan komen pada hantaran di platform X milik BFM (@NewsBFM) dan mengkritik KTMB kerana gagal dalam perkhidmatan asas pelanggan dan menyebabkan pengasingan dalam pangkalan penumpangnya.

Ramai berpendapat bahawa bayaran RM5 itu sepatutnya dikecualikan daripada warga emas dan OKU kerana mereka tidak sepatutnya dipaksa menggunakan aplikasi sedangkan telah selesa dan biasa membeli tiket di kaunter.

Sebaliknya, seorang individu berkata KTMB sepatutnya memberi diskaun RM5 bagi pembelian menerusi aplikasi jika syarikat itu benar-benar mahu menggalakkan penggunaanya dalam kalangan penumpang.

Dalam erti kata lain, KTMB mungkin akan menerima respon yang lebih bagus jika menggunakan pengukuhan positif (positive reinforcement) dengan ‘memberi insentif’ kepada penumpang berbanding ‘menghukum’ mereka.

TRP bagaimanapun telah cuba menghubungi Kementerian Pengangkutan bagi mendapatkan komen berkenaan caj tambahan tersebut, namun tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini.

Sumber: @NewsBFM/ X

Penggunaan Aplikasi Akan Mengetepikan Golongan Rentan

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Dr Marimuthu Nadason, turut mengkritik keputusan yang dilakukan oleh KTMB itu.

Dia mempersoalkan bagaimana seseorang yang cacat penglihatan boleh menggunakan aplikasi KTMB Mobile. Tambahnya lagi, aplikasi tersebut menghalang orang lain untuk bantu membelikan tiket bagi warga emas dan OKU.

“Kenapa begitu sukar untuk membantu kumpulan warga Malaysia ini, yang tidak terdiri daripada jumlah yang besar? Ini sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dari golongan paling rentan,” katanya.

Marimuthu mendakwa dia diberitahu bahawa KTMB melaksanakan langkah ini bagi menutup kerugian modal yang dibelanjakan dalam meningkatkan infrastruktur dan servis dalam talian.

Tambahnya lagi, justifikasi itu tidak boleh diterima memandangkan KTMB merupakan sebuah entiti kerajaan yang didanai oleh pembayar cukai.

Tambang Konsensi & Diskaun Bagi Golongan Tertentu Kekal

Bercakap mengenai isu ini kepada Free Malaysia Today, K Dinesh Menon yang cacat penglihatan memaklumkan caj tambahan juga dikenakan apabila dia cuba membeli tiket bagi keluarganya.

Dia mempersoalkan berapa banyak keuntungan yang boleh diterima oleh pihak KTMB daripada komuniti OKU yang merangkumi hanya kurang 10% daripada keseluruhan jumlah penumpang servis rel.

Jurucakap KTMB memaklumkan kepada FMT bahawa pihaknya telah melaksanakan sistem tanpa tunai pada tahun ini dan menggalakkan penumpang untuk membeli tiket secara dalam talian atau di kiosk perkhidmatan diri bagi mendapatkan harga tambang lebih murah.

Tambahnya lagi, tambang konsensi dan diskaun untuk golongan yang layak termasuk warga emas, pesara dan OKU masih dikekalkan.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Naik Pengangkutan Awam Untuk Ke Pusat Beli-Belah? Rujuk Peta Transit Yang Dihasilkan Individu Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Akses Special” – TikToker Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd