Now Reading
[Video] KPDN Melaka Gempur Restoran Tak Papar Harga Makanan

[Video] KPDN Melaka Gempur Restoran Tak Papar Harga Makanan

Menerusi video tular, peniaga di sebuah restoran sekitar Melaka itu tidak memaparkan harga makanan kepada pelanggan sebaliknya hanya menunjukkan senarai menu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menjamu selera di sesebuah restoran, terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pelanggan sebagai contoh lokasi, tempat parkir, menu yang ditawarkan, kebersihan premis makanan, harga dicaj dan sebagainya.

Namun antara masalah yang sering dilalui pengguna adalah makanan yang dikenakan adalah tidak sama pada setiap hari terutamanya jika anda membeli nasi campur.

Kadangkala, lauk yang dipilih bersama sukatan nasi adalah sama namun harga dikenakan berbeza mengikut staf yang mengira kos makanan anda pada hari tersebut.

Ini sekaligus membuatkan para pelanggan berasa keliru dengan harga sebenar makanan itu. Sama ada pekerja tersalah kira atau sengaja mengaut keuntungan secara licik.

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Makan Selamba Caj Pelanggan 10 Sen Jika Bayar Guna QR Kini Dicekup KPDN Melaka

Baca Artikel Berkaitan: KPDN Selangor Dedah Peniaga Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Tidak Pamer Resit Lengkap

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Perak Terjah Kiosk Makanan, Caj Bekas Oden Tanpa Paparkan Tanda Harga

KPDN Melaka Dedah Restoran Tak Papar Harga Makanan Dijual

Baru-baru ini, tular satu hantaran di TikTok apabila penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menerjah sebuah kedai makan di negeri tersebut.

Selepas melakukan siasatan, pihak berkuasa mendapati tiada paparan harga pada papan tanda yang diletakkan di kedai itu. Yang ada hanyalah senarai menu makanan tanpa harga yang dikenakan bagi setiap satu.

Pihak berkuasa juga menegur pekerja-pekerja di sana kerana seorang sahaja daripadanya yang tahu mengenai setiap harga makanan.

Pelanggan Lama Tahu Harga Makanan Ditetapkan

Berbalik kepada konteks asal iaitu harga makanan, pihak berkuasa menegaskan bahawa info tentang harga sesuatu makanan yang dijual merupakan hak sebagai seorang pengguna.

“Ni tak ada harga. Buat open house ke apa ni? Macam mana kira makanan?” tanya penguatkuasa itu lagi.

Menurut staf kedai makan berkenaan, pelanggan tetap atau lama sudah tahu harga-harga makanan di sana.

“Bukan cerita pelanggan lama atau baru. Macam mana dia lama hidup pun, dah berabad ke harga kena letak. Macam mana berniaga tak ikut undang-undang? Ni saya ambil tindakan la,” kata pihak KPDN di akhir perkongsian.

@kpdnmelaka Dimana-mana tetap ada undang², ikut undang². Utamakan pengguna. Ingat tu kalau tak KITA GEMPUR. #kitagempur #kpdnkita #kpdnmelaka #tiktokchallenge @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @Ab Rauf Yusoh @allexseah @yb.tuminah @KPDN @KERAJAAN NEGERI MELAKA ♬ original sound – KPDN Melaka

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Tindakan Anggota KPDN Yang Tegas Menjalankan Tugas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana ambil tindakan sewajarnya.

“Tahniah KPDN. Saya sokong tindakan tuan-tuan. Sekarang banyak penyelewengan,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ada yang berkata ketegasan pihak KPDN bagi memastikan setiap peniaga mengikuti undang-undang perlu diteruskan.

“Kena ada ramai lagi anggota KPDN macam tuan ni. Saya suka follow, jangan sampai rakyat dah tak hormat pada badan beruniform. Kena tegas, kita dah jauh sangat dah ni,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@kpdnmelaka)

Peniaga Tidak Papar Harga Adalah Satu Kesalahan

Sekadar info, peniaga yang gagal memaparkan harga makanan atau produk kepada pelanggan merupakan satu kesalahan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Bagi mengelakkan masalah ini daripada berleluasa, orang ramai boleh membuat laporan kepada kementerian tersebut sekiranya terdapat peniaga yang tidak memaparkan tanda harga pada mana-mana barangan.

Bagi memudahkan urusan mengemukakan aduan, pengguna boleh melakukannya menerusi aplikasi ezAdu.

Sumber: Amanz

Selain daripada aplikasi ezAdu, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Asing Ditegur & Dihalang Kerana Beli 6 Paket Minyak Masak, Tarik Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam Ceramah” – Cara Pegawai KPDN Melaka Tegur Peniaga Ketika Serbuan Curi Tumpuan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd