“Stuck Sebab 2 Bonggol Je” – Trafik Sesak Hadapan IOI City Mall Putrajaya Undang Perhatian
Menurut penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran IOI City Mall Putrajaya, kesesakan trafik itu berlaku pada setiap hari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masalah jalan sesak di Malaysia ini dilihat semakin menjadi-jadi. Tambah pula dengan musim Aidilfitri sekarang, memang susah betul orang ramai nak elakkan kesesakan trafik terutamanya di kawasan bandar.
Banyak punca sebenarnya jalan sesak ini berlaku sebagai contoh individu yang memandu dengan perlahan di laluan kanan, jalan raya yang mempunyai lopak atau lubang, kemalangan, cuaca dan banyak lagi.
Ia kemudian menyebabkan aliran trafik semakin teruk daripada kebiasaannya. Sehinggakan ada yang terpaksa berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) buat sementara waktu bagi menunggu jalan sedikit lengang.
Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?
Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman
Trafik Sesak Berhadapan IOI City Mall Putrajaya Disebabkan 2 Bonggol
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@masmellow2020), apabila seorang wanita dikenali sebagai Lala menunjukkan situasi jalan raya sekitar waktu malam berhadapan IOI City Mall Putrajaya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak kenderaan tersangkut dalam trafik sesak. Bukan setakat 100 ke 200 meter (m) panjangnya namun kami percaya trafik itu mencecah hingga 1 kilometer (km) atau lebih.
Dalam video sama, kelihatan terdapat dua buah bonggol (bumper) sebelum wujudnya simpang empat. Difahamkan, keberadaan bonggol itu adalah untuk memperlahankan kenderaan sebelum membelok.
Namun siapa sangka, bumper berkenaan menjadi punca trafik sesak yang dikatakan berlaku pada setiap hari.
“Jam disebabkan dua bonggol ni je tau. Tapi jam dia tu macam satu Putrajaya (terkesan) jam. Setiap hari ya macam ni sesak, kesian tau yang sangkut dekat hujung dunia tu,” kata wanita tersebut.
Penduduk Sekitar Elak Pergi Ke IOI City Mall Pada Waktu Malam
Menurut Lala, dia yang merupakan penduduk di kawasan berhampiran berasa hairan dengan keberadaan bonggol di sana. Tambahnya, situasi itu menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di sana perlu ‘hidup’ dan pasrah dengan trafik sesak terbabit.
Bagi mengelakkan trafik itu, Lala berkata dia hanya mengunjungi IOI City Mall pada waktu siang sahaja dan bukannya pada waktu malam.
@masmellow2020 Hari2 jem macam ni depan IOI #raya #fyp #foryou #balikkampung ♬ original sound – Antonio Altiparmak
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kesesakan Depan IOI City Mall
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Sesetengah individu tidak menyangka bonggol mampu menyebabkan trafik sesak begitu sekali.
“La bonggol punya hal ke? Jam tak boleh bawa bincang,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada yang berkata dua buah bonggol itu tidak sesuai diletakkan di kawasan sibuk sedemikian.
“Bonggol ni kalau buat dekat kawasan taman okay la. Ni buat di kawasan bandar memang dari lima minit perjalanan terus jadi 30 minit,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu berkata dua buah bonggol berkenaan mampu menyelamatkan orang ramai meskipun ia menyebabkan jalan raya sesak.
“Okay la tu daripada orang bawa laju-laju lepas tu terlibat kemalangan. Biar lambat asal selamat,” kata seorang lelaki.
Bagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa bonggol bukanlah punca utama semata-mata, seorang individu menyifatkan simpang empat itu juga mengakibatkan trafik sesak di kawasan terbabit.






Tips Memandu Di Jalan Raya Sesak
Mesti ramai yang bersetuju bahawa trafik sesak membuatkan pengguna jalan raya stres. Banyak aspek yang perlu difikirkan sebagai contoh minyak kereta, masa perjalanan, penat badan dan banyak lagi.
Ada juga sesetengah daripada kita akan mengalami rasa mual atau loya akibat mabuk perjalanan. Bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku, di sini kami kongsikan beberapa tips memandu ketika berdepan dengan trafik sesak. Antaranya:

- Rancang dan kaji dahulu ‘corak trafik’ jalan yang anda akan lalui.
- Lalu di lorong yang betul dan posisikan kenderaan anda dengan baik jika perlu membelok.
- Kawal kelajuan anda untuk mengelakkan pelanggaran dengan kereta lain.
- Kekal fokus dan elak menggunakan telefon bimbit.
- Menekan pedal minyak sedikit sahaja.
- Jaga jarak selamat dengan kereta di hadapan.
- Semak keadaan jalan raya melalui aplikasi trafik pada telefon atau menerusi laporan di radio.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penduduk Di Terengganu Beri Tembikai Free Buat Pengguna Jalan Raya Sangkut Trafik
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.