[Video] Wanita Luah Rasa Geram, Ramai Pemandu Tidak Tahu Fungsi Fog Lamp
Difahamkan, lampu kabus yang dinyalakan kenderaan belakang menyilaukan mata pemilik video menyebabkan dia tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, lampu kabus ataupun “Fog Lamp” biasanya tersedia sebagai ciri tambahan dan juga tujuan keselamatan.
Lampu yang kebiasaannya terang dan berada di posisi agak rendah pada bahagian hadapan kereta bertindak sebagai lampu yang membantu penglihatan pada waktu-waktu tertentu.
Namun, masih ramai keliru dengan penggunaan dan fungsinya yang juga menjurus kepada gangguan kepada pemandu-pemandu lain ketika ia dinyalakan. Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang permandu berasa silau dek kerana Fog Lamp yang dihidupkan pada waktu siang.
Baca Artikel Berkaitan: Lampu DRL Dan Fog Lamp, Bila Anda Perlu Guna?
Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Puji Sifat Pemandu Terima Teguran Kerana Hidupkan Enjin Di Parkir Kedai Mamak
Pemandu Tidak Puas Hati, Lampu Fog Lamp Dinyalakan Tanpa Sebab
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@yukieamal), seorang pemandu berasa terganggu dengan nyalaan lampu kabus dari kenderaan yang berada di belakangnya.
Dia sempat merakam kenderaan tersebut yang dilihat menggunakan lampu kabus dalam cuaca cerah sebelum mempersoalkan tindakan pemandu itu di media sosial.
Wanita itu turut meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan menulis di video, “Tak faham lah. Kalau tak hujan dan tak jerebu, tak perlulah buka fog light tu,” luahnya.
@yukieamal Penyebab .. x paham la
♬ Serumpun – Mimifly
Ramai Berang Tindakan Pemandu Nyalakan Fog Lamp Dalam Cuaca Cerah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan segelintir pemandu menyalakan lampu kabus kenderaan miliknya tanpa sebab.
Ada juga diantara mereka yang meluahkan rasa geram melihat lampu yang mengganggu penglihatan ketika memandu itu.

Mengenali rakyat Malaysia yang mesra dengan gurauan, ada pengguna TikTok yang turut tidak melepaskan peluang untuk berjenaka di ruangan komen.

Menurut seorang pengguna, hal ini perlu ditularkan bagi mengelak pemilik kenderaan tidak melakukan kesalahan sewaktu menggunakan lampu kabus.

Waktu Sesuai Gunakan DRL Dan Lampu Kabus (Fog Lamp)
Kadang-kadang, ramai yang keliru mengenai bila masa yang tepat untuk menghidupkan Fog Lamp atau DRL.
Kami sediakan tips serta waktu sesuai menggunakan lampu kabus dan Day Running Light (DRL) untuk mengelak kesilapan dalam penggunaannya.
Jika cuaca baik, biarkan Fog Lamp dalam keadaan mati. Hanya gunakannya ketika visibiliti terhad. Baru betul fungsinya.
Sebaliknya, untuk DRL, biarkan ia terpasang semasa memandu di siang hari kerana ia meningkatkan keselamatan anda tanpa perlu mengganggu sesiapa.
Bagi mereka yang mempunya fungsi pengaktifan DRL menggunakan ‘sensor’ peka cahaya, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana sistem elektronik kereta akan jalankan tugas tersebut. Mudah bukan?
Jadi, pastikan anda tahu bila dan bagaimana untuk gunakan kedua-dua lampu ini dengan betul. Keputusan yang bijak di jalan raya bukan sahaja untuk keselamatan anda, tapi juga pemandu lain.
Baca Artikel Berkaitan: Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?
Baca Artikel Berkaitan: Lampu DRL Dan Fog Lamp, Bila Anda Perlu Guna?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â