[Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian
Difahamkan, lelaki tersebut sedang dalam perjalanan menuju destinasinya dengan muatan penuh di belakang sebelum terjumpa seorang penunggang yang tersadai di tepi jalan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan dan kebajikan sesama pengguna jalan raya.
Kadangkala dalam tugasan harian, seseorang perlu berdepan situasi tak dijangka yang memerlukan sedikit pengorbanan masa, tenaga dan kemudahan sendiri demi bantu orang lain.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia bukan sahaja menurunkan tempat duduk belakang sebaliknya sanggup menanggalkannya demi membantu seorang penunggang motosikal yang terkandas di tepi jalan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kecoh Orang Ramai Tidak Bantu Lelaki OKU Dipukul, Influencer Perjelas Apa Itu ‘Bystander Effect’
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian
Lelaki Cabut Seat Kereta Untuk Masukkan Motosikal
Menerusi perkongsian di TikTok (@transportposmotor8380), lelaki yang dipercayai menyediakan perkhidmatan towing motosikal sedang memandu sebuah Toyota Hilux yang sudah pun dipenuhi dengan tiga motosikal di bahagian belakang.
Dalam perjalanan ke lokasi yang dituju, dia terlihat seorang penunggang motosikal terkandas di tepi jalan kerana kenderaan rosak dan telah menunggu selama dua jam tanpa bantuan.
Walaupun ruang keretanya sudah penuh dengan motosikal pelanggan, dia tetap mahu membantu.
Demi memberi ruang kepada motosikal tambahan itu, dia bertindak mencabut tempat duduk belakang kenderaan dan ‘menambatnya’ pada papan tanda di tepi jalan dengan harapan tiada siapa yang mengambilnya.
Lelaki itu sempat bergurau di kapsyen, “Nak tinggal rasa bersalah jadi tolong la macam mana sekali pun. Harapnya seat tu jangan orang curi lah, kita tinggal sekejap.”
@transportposmotor8380 Nak tinggal rasa bersalah , tolong la mcm mne skli pun , jgn curi seat kito tu tggal sekejap 🤣 #Brekdown ♬ original sound – Antonio Altiparmak
Ramai Terhibur Dengan Tindakan Lelaki Cabut Seat Kereta
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat spontan lelaki itu. Mereka turut memuji sikap prihatin dan usaha gigihnya membantu orang yang tidak dikenali.


Malah, ada yang bergurau kononnya mereka telah ‘kebas’ seat yang ditinggalkan itu.
“Terima kasih bang seat lembut dan selesa,” tulis seorang pengguna TikTok dengan nada jenaka.

Seat Sudah Kembali Pada Owner
Dalam satu perkongsian lain, pemilik video memaklumkan bahawa tempat duduk tersebut telah diambil semula oleh rakannya.
Rakannya turut sempat bergurau dalam video, “Saya curi dulu ya seat ni” membuatkan penonton sekali lagi terhibur dengan gelagat bersahaja mereka.
Walaupun kisah ini ringkas, ia membuktikan bahawa nilai kemanusiaan masih tinggi dalam kalangan masyarakat dan kadangkala sedikit pengorbanan boleh menjadi contoh yang baik untuk diingati ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Kondominium Prihatin Cari Suara Wanita Jerit Gara-gara Suami Tidak Sedarkan Diri
Baca Artikel Berkaitan: “Prihatin Dengan Rakyat” – Lelaki Dipuji Bersihkan Longkang Tersumbat Sekitar Johor
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Trafik Dipuji, Sanggup Berkaki Ayam Demi Bersihkan Longkang Tersumbat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.