Now Reading
“Nak Lari Tak Boleh, Jadi Gelak Je Lah,” – Dua Lelaki Ini Reda Diserang Lebah Ketika Hiking

“Nak Lari Tak Boleh, Jadi Gelak Je Lah,” – Dua Lelaki Ini Reda Diserang Lebah Ketika Hiking

Difahamkan selepas kedua-dua lelaki itu sampai ke puncak bukit dalam sesi hiking, mereka tiba-tiba diserang satu koloni lebah dan hanya mampu reda dengan keadaan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti hiking memang jadi pilihan ramai, terutama pada hujung minggu. Selain menyihatkan badan, ia juga jadi ruang untuk rapatkan hubungan sesama kawan sambil nikmati keindahan alam.

Namun, bila berkongsi habitat dengan flora dan fauna, ada ketikanya kita perlu berdepan dengan tetamu tak diundang seperti serangga dan haiwan liar.

Itulah yang terjadi pada dua orang lelaki baru-baru ini apabila mereka berdua diserang sekumpulan lebah liar. Walaupun begitu, ketenangan mereka berdepan dengan perkara itu berjaya meraih pujian ramai.

Baca Artikel Berkaitan: 31 Individu Cedera Disengat Tebuan Tanah Di Sungai Lepoh, Hulu Langat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sarang Lebah Jatuh Di Atas Jalan Raya, Sekumpulan Lelaki Bantu Selamatkan Ratu Lebah

Reda Diserang Lebah, Hanya Mampu Ketawa

Menerusi satu video yang tular di laman TikTok (@ouja._), dua lelaki dilihat berada di puncak selepas selesai mendaki, namun situasi berubah bila mereka tiba-tiba diserang koloni lebah.

Menyedari tiada jalan untuk lari, kedua-duanya hanya mampu kehulur-kehilir dan tertawa. Pemilik video sempat merakam gelagat mereka yang pasrah sambil cuba bertahan tanpa melawan.

Dia juga menambah gurauannya di ruangan kapsyen dengan menulis, “Patah hati dua orang lelaki. Masa ni tengah fikir nak biar kena sengat atau terjun sahaja.”

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Siap Puji Ketenangan Dua Lelaki Berkenaan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan reaksi spontan dua lelaki tersebut yang tetap tenang dan tidak panik.

Ada yang puji sikap mereka yang ‘cool’ meskipun diserang, malah ada juga yang sempat berkongsi tips jika berdepan situasi serupa.

Sumber: TikTok @ouja._
Sumber: TikTok @ouja._

Tidak kurang juga yang menceriakan suasana dengan pelbagai jenaka dan ulasan bersahaja.

Sumber: TikTok @ouja._

Sebab-Sebab Lebah Serang Manusia

Lebah bukan sahaja menyengat manusia, malah segala jenis haiwan sekitar sarangnya. Namun, lebah tidak akan menyerang sekiranya ia tidak diganggu dan berasa terancam.

Lebah merupakan haiwan yang sangat “territorial”. Selalunya, mereka akan menyerang sebagai bentuk perlindungan diri dan koloninya dari ancaman pemangsa. Lebih-lebih lagi dalam melindungi ratu lebah.

Malang sekali dalam kitaran hidup seekor lebah, mereka akan mati tidak lama selepas melakukan serangan dan menggunakan penyengat.

Ketika menyengat, mereka akan cuba menusuk penyengat sedalam mungkin. Sesudah itu, proses menarik penyengat keluar akan menyebabkan perut mereka terobek serta terbuka yang menjurus kepada kecedaraan yang mematikan.

Apa Perlu Buat Bila Disengat Lebah?

Memetik laporan Metro, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan jika disengat lebah. Lebih-lebih lagi diserang dalam kuantiti lebah yang banyak. Antaranya:

#1. Cabut Penyengat Yang Tertinggal Di Tempat Sengatan

Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin menerusi sebarang kaedah yang dibolehkan. Kajian menunjukkan tiada perbezaan pada jumlah racun yang masuk ke dalam tubuh sekiranya penyengat dikeluarkan secara mencubit atau dikikis.

Kelewatan mengeluarkan penyengat (walaupun beberapa saat) boleh mengakibatkan lebih banyak racun masuk ke tubuh.

#2. Tekap Ais Pada Bahagian Terkena Sengatan

Cara ini adalah untuk mengurangkan kesan bengkak setelah disengat lebah.

#3. Rehat & Tinggikan Anggota Badan Yang Terkena Sengat

Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. 2% individu yang disengat boleh mendapat kejutan anafilatik terhadap protein tertentu dalam racun sengatan. Ia boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan.

#4. Satu Suntikan Adrenalin Diperlukan Individu Yang Alami Tindak Balas Renjatan

Suntikan steroid juga boleh diberikan kepada anda. Doktor kadangkala akan menyuntik adrenalin, atau epinefrin.

#5. Imunisasi Tetanus Disarankan

Bahagian yang disengat mungkin terasa sakit untuk beberapa jam. Bengkak dan gatal mungkin berterusan selama seminggu. Elak menggaru kerana ia akan meningkatkan lagi rasa gatal dan bengkak.

Sekiranya anda sudah tidak lama mendapatkan suntikan tetanus, sebaiknya dapatkan dos penggalak.

Sekiranya individu terkena lebih 10 sengatan atau sengatan di dalam hidung, mulut dan tekak, mereka berisiko mengalami sesak nafas akibat tindak balas anafilaktik atau pembengkakan di tempat sengatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Gatal Tangan Pegang Belon Biru Ni” – Lelaki Tegur Elak Sentuh Obor-Obor Api Di Pantai

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perancis Maut Disengat Ubur-ubur Di Pulau Pangkor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd