“Lain Daripada Lain!” – Tuan Rumah Hidang Chicken Chop Kepada Tetamu Datang Beraya Raih Perhatian
Hidangan Chicken Chop itu turut tersedia dengan side dish seperti kentang goreng, gravy dan juga salad Coleslaw.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tibanya musim Aidilfitri ini, sudah tentu ramai di kalangan masyarakat menanti-nantikan jemputan rumah terbuka daripada kenalan terdekat. Majlis tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah ia juga boleh melepaskan rasa kempunan orang ramai terhadap juadah raya.
Sebagai contoh lemang, nasi impit, lontong, rendang daging serta ayam dan banyak lagi.
Pun begitu, apabila menjamah hidangan yang sama di setiap rumah dikunjungi sudah tentu anda akan mula berasa muak. Bak kata orang, ‘food coma’.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah
Baca Artikel Berkaitan: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Rebut KFC Di Rumah Terbuka Dataran Merdeka Buat Netizen Kesal
Tuan Rumah Jamu Tetamu Chicken Chop Semasa Musim Aidilfitri
Bagaimananapun, ada juga tuan rumah yang menyediakan hidangan yang ‘rare’ untuk para tetamunya.
Tular satu hantaran di laman TikTok (@nuek_), menyaksikan lelaki dikenali sebagai Ahmad Anwar bersama keluarganya sedang menziarahi rumah seseorang untuk beraya.
Tampil dengan sedikit kelainan, tuan rumah telah menghidangkan sepinggan Chicken Chop buat setiap seorang. Dalam pinggan tersebut, turut tersedia side dish seperti salad Coleslaw, kentang goreng, dan gravy.
Memang ‘sebiji’ seperti yang anda pesan di restoran! Hidangan western itu dalam masa sama membuatkan para tetamu gembira, mungkin kerana mendapat juadah yang lain daripada yang dijamu di rumah-rumah sebelumnya.

“Hebat tuan rumah ni lain macam hidangannya 🤣,” kata Ahmad di ruangan kapsyen.
Menurut Ahmad, tuan rumah merupakan pekerja di restoran western. Alang-alang bekerja di sana, si tuan rumah pun mengambil ilham menu dari kedai makan untuk menjamu para tetamu.
@nuek_ Hebat tuan rumah ni lain mcm hidangan nya 🤣 #raya #raya2025 #rayacore @eikafika6 @Sya Dieda ♬ QKThr – Aphex Twin
Tonton video penuh [DI SINI].
Hidangan Chicken Chop Semasa Beraya Curi Perhatian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan kegigihan tuan rumah bagi menyediakan makanan barat untuk tetamunya yang datang beraya.
“Dekat luar (restoran) sahaja dah berapa ringgit sepinggan Chicken Chop macam tu. Tetamu yang datang ni dapat jackpot meal. Sedap tu,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga yang berasa ‘cemburu’ dengan hidangan yang mengiurkan itu.
“Mana boleh hidang Chicken Chop masa raya kalau tak jemput saya,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka disaji dengan hidangan sama semasa sesi rumah terbuka raya.
“Teringat datang raya rumah kawan kolej, dia akan hidang Chicken Chop. Boleh tambah sampai kenyang,” kata seorang lelaki.







Idea Menu Untuk Rumah Terbuka Raya
Memandangkan sekarang pun kita masih berada di bulan Syawal dan minggu kedua Aidilfitri 2025, pasti ramai di antara anda yang merancang untuk menganjurkan rumah terbuka atau majlis makan-makan bersama insan tersayang.
Di sini kami kongsikan beberapa idea menu buat mereka yang buntu untuk menyediakan juadah apa bagi para tetamu. Yang penting, pilihlah yang sesuai untuk dihidangkan bagi sesi bersarapan, makan tengahari, atau makan malam. Antaranya:
- Nasi goreng kampung.
- Bubur kacang hijau.
- Roti jalan bersama kari ayam.
- Pulut kuning dan sambal ikan bilis.
- Lempeng kelapa dan sambal tumis.
- Laksa Johor.
- Soto ayam.
- Popia goreng.
- Bubur lambuk.
- Kek batik.
- Nasi beriyani ayam.
- Nasi tomato dan ayam masak merah.
- Ketupat palas pulut hitam.
- Mee Bandung Muar.
- Kek lapis Sarawak.
- Agar-agar santan.
- Nasi hujan panas.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.