[Video] Suasana Sayu Penduduk Setempat Lambai Perantau Kembali Ke ‘Realiti’ Buat Ramai Sebak
Difahamkan, penduduk setempat membawa ‘banner’ serta bendera dan mengibarkannya pada pengguna yang melalui lebuh raya tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia dengan sikap prihatin sememangnya tidak dapat dipisahkan, apatah lagi bila melibatkan perasaan sesama insan. Ada sahaja usaha dan inisiatif dilakukan demi menceriakan hati-hati yang sedang berduka atau beremosi.
Begitu juga ketika waktu perantau bergerak pulang ke bandar selepas beraya di kampung. Suasana sayu sememangnya tidak dapat dielak apabila ramai yang terpaksa meninggalkan keluarga, tanah kelahiran serta kenangan manis Syawal.
Bagi mengubat rasa sayu, sekumpulan penduduk setempat mengambil inisiatif untuk menceriakan suasana dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang sedang dalam perjalanan pulang ke bandar selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaiklah”- Caprice Peruntuk RM10,000 Belanja Orang Ramai Isi Minyak Petrol Percuma [Video]
Lambaian & Highbeam Dari Pemandu Bikin Sebak
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@syfqikhmll._), kelihatan pemilik video berada di atas jejambat dan merakam suasana kenderaan yang menghala pulang ke kota.
Apa yang menarik perhatian ialah penduduk dilihat melambai dari atas jejambat dan ramai pemandu membalas lambaian itu dengan membunyikan hon, mengangkat tangan dan memberi isyarat lampu tinggi (highbeam).
Video itu disertai dengan muzik latar bernada sayu, menambahkan lagi rasa hiba yang turut dikongsi oleh para penonton video tersebut.
Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencapai hampir 5 juta jumlah tontonan dan ribuan komen daripada netizen yang turut tersentuh.
Penduduk Siap Bawa Banner & Bendera
Dalam satu perkongsian lain, dirakam dari pandangan pemandu yang melalui kawasan tersebut, kelihatan ramai penduduk berkumpul di tepi jejambat sambil melambaikan tangan.
Antara yang mencuri perhatian ialah banner bertulis “Rasau Mari” yang dibentang sebagai tanda semangat dan sokongan buat perantau.
Seorang individu turut dilihat mengibarkan bendera Terengganu, manakala beberapa yang lain melambai sambil tersenyum ke arah kamera.
Ramai Netizen Sebak, Puji Pemandu Yang “Sporting”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terharu melihat usaha penduduk kampung itu.
Ada yang turut mengakui mereka menangis ketika menonton video tersebut kerana terlalu merindui suasana kampung dan keluarga.
Dalam masa sama, ramai yang memuji sikap para pemandu yang tidak lokek untuk membalas lambaian dengan membunyikan hon atau menggunakan highbeam.



Tips Memandu Di Highway Ketika Waktu Puncak
- Bersedia dengan kesesakan: Ketika melalui waktu puncak, kesesakan adalah biasa. Pastikan anda bersabar dan perhatikan keadaan jalan.
- Jaga jarak selamat: Pastikan jarak antara kenderaan anda cukup jauh bagi mengelakkan kemalangan, terutamanya apabila kesesakan mula reda.
- Berhenti jika penat: Jika merasa mengantuk atau lesu, berhenti di RnR untuk rehat. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk kerana ia boleh membahayakan diri dan orang lain.
- Fokus di jalan: Elakkan menggunakan telefon semasa memandu dan pastikan perhatian sepenuhnya diberikan kepada pemanduan.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tandas Free, Masuk Je’ – Tuan Rumah Sediakan Tandas Percuma Buat Perantau Tarik Perhatian Warganet
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penduduk Di Terengganu Beri Tembikai Free Buat Pengguna Jalan Raya Sangkut Trafik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.