[Video] Perkongsian Wanita Ini Tentang Rumah Peninggalan Arwah Pakciknya Bikin Ramai Sebak
Menurut wanita tersebut, mereka sudah 16 tahun tidak menjejakkan kaki ke dalam rumah berkenaan selepas bapa saudaranya kembali ke Rahmatullah pada tahun 2009.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Di sebalik sebuah rumah yang ditinggalkan sehingga usang, pasti menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan mereka yang melihatnya.
Ada yang berasa sedih melihat rumah yang elok dibiarkan tidak diguna, ada juga yang berasa tidak sedap mata memandang rumah usang yang dibiarkan tanpa penghuni.
Namun di sebalik itu, setiap rumah yang ditinggalkan sudah tentu mempunyai kisahnya yang tersendiri dan mengapakah ia dibiarkan sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: Bangunan Bersejarah Di KL Tak Terjaga, Ramai Minta Pihak Berkuasa Pelihara Semula
Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Faraid Perabot & Barangan Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Tanah Berdekatan KLCC Dijual Dengan Harga RM69 Juta Bikin Ramai Terkedu
Wanita Pertama Kali Jejak Dalam Rumah Usang Selepas 16 Tahun
Itulah yang diceritakan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nabila, menerusi satu video TikTok (@nabila.othman) apabila dia dan kakaknya berkunjung ke sebuah rumah kampung lama yang tidak lagi didiami sesiapa.
Menurutnya, rumah tersebut telah menjadi usang selepas kedua-dua ibu dan bapa saudaranya yang menetap di situ meninggal dunia.
Walaupun mereka sentiasa pulang ke kampung terbabit sebelum ini, Nabila berkata mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam rumah itu.
Namun pada kali ini, dia berhasrat untuk masuk ke rumah itu kerana perasaan rindu.

Kalendar Di Dinding Terhenti Pada Tahun 2009
Bercerita sedikit tentang pasangan suami isteri yang mendiami di sana sebelum itu, Nabila berkata pakcik dan makciknya merupakan orang kampung yang mengajar mengaji al-Quran setiap petang.
Tanpa sebarang kenderaan, mereka hanya menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan. Malah tambahnya lagi, lantai di rumah tersebut cuma diperbuat daripada tanah.
Wanita itu turut menunjukkan kalendar yang masih terlekat pada dinding rumah dengan tahun 2009 iaitu tahun kematian arwah pakciknya.
Senarai Nama Pelajar Mengaji Masih Elok Walau Selepas 16 Tahun
Di suatu sudut pula, terletak sebuah buku yang menyenaraikan nama kanak-kanak yang datang belajar mengaji di rumah tersebut.
Walaupun sudah terbiar selama 16 tahun, namun buku itu masih kelihatan utuh tanpa digigit anai-anai mahupun berubah warna menjadi kuning.
“Tengok buku senarai nama ni, macam baru. Tak ada kesan anai-anai. Buku tak kuning langsung. Padahal dah 16 tahun berlalu,” katanya.
Di ruangan kapsyen, Nabila memetik hadis daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Al-Quran & Kitab Agama Milik Pemuda Tidak Basah Walau Rumah Ditenggelami Banjir
Baca Artikel Berkaitan: “Selagi Tak Runtuh, Selagi Itulah Pahala Mengalir” – Lelaki Hasilkan Replika Al-Quran Gergasi Dengan Tulisan Tangan
Orang Ramai Sebak Lihat Senarai Nama Pelajar Mengaji
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat keadaan rumah usang yang ditinggalkan itu. Ada di antara mereka yang baru benar-benar memahami mengapakah wujudnya rumah yang ditinggalkan sedemikian.
Seorang individu pula berkata setiap kali melintasi rumah usang, dia yakin terdapat banyak memori yang terkandung di dalamnya.
Di samping itu, orang ramai turut berasa sebak melihat buku senarai nama pelajar mengaji masih tersimpan dalam keadaan elok walaupun setelah sekian lama.
“Nama-nama dalam buku tu mesti dah besar,” kata seorang individu.
Seorang wanita pula berkata dia merupakan salah seorang kanak-kanak yang telah belajar mengaji di rumah tersebut bersama arwah yang digelar sebagai Tok Wa.
Ada juga yang turut mengaitkan perkongsian itu dengan pengalaman sendiri apabila rumah di kampung dibiarkan tidak berpenghuni lagi.
Dalam pada itu, tidak kurang juga pengguna media sosial yang meminta agar rumah tersebut dibaiki supaya dapat digunakan semula.















Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah
Rumah Pusaka Mungkin Ditinggalkan Atas Sebab Tertentu
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak rumah pusaka yang ditinggalkan tanpa dihuni sehingga mengalami kerosakan. Pun begitu, mungkin terdapat sebab-sebab tertentu ia dibiarkan sebegitu.
Antara sebab lain rumah pusaka ditinggalkan sehingga usang adalah:
- Berlaku pertikaian dalam keluarga tentang pembahagian harta.
- Waris tidak berminat atau tiada keupayaan menguruskannya.
- Waris faraid telah meninggal dunia seperti dalam kematian berlapis, menjadikan masalah pusaka lebih rumit.
Sesetengah rumah pusaka juga mungkin dijual demi mendapatkan tunai untuk diagihkan kepada waris faraid.
Dalam masa sama, sesetengah keluarga mungkin enggan menjual rumah pusaka kepada orang lain atas sebab nilai sentimental.

Baca Artikel Berkaitan: Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.