Now Reading
[Video] Penduduk Di Terengganu Beri Tembikai Free Buat Pengguna Jalan Raya Sangkut Trafik

[Video] Penduduk Di Terengganu Beri Tembikai Free Buat Pengguna Jalan Raya Sangkut Trafik

Pemberian tembikai secara percuma kepada para perantau itu berlokasi sekitar Kampung Penarik, Setiu, Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu kedua Syawal, sudah tentu ramai di kalangan masyarakat mula pulang ke rumah dan meneruskan pekerjaan hakiki seperti biasa selepas meluangkan masa beraya dengan keluarga di kampung.

Seperti yang dijangkakan, keadaan trafik sememangnya sesak terutamanya dari arah Pantai Timur. Memetik Berita Harian, aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, setakat 9 malam tadi (6 April).

Ini menyebabkan orang ramai terpaksa berada dalam kenderaan masing-masing dengan tempoh masa yang sangat lama. Ada juga segelintir individu berkata mereka menghabiskan masa selama setengah hari di dalam kereta sahaja.

Penduduk Terengganu Baik Hati Kongsi Tembikai Dengan Pengguna Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aimansauti_) apabila lelaki dikenali sebagai Aiman berkongsi suasana jalan raya sekitar Kampung Penarik, Setiu, Terengganu.

Difahamkan, jalan raya tersebut sesak dengan individu yang mahu ke arah bandar selepas seminggu beraya dengan keluarga tercinta di kampung halaman.

Meskipun perlu menghadap trafik sesak yang begitu lama, mereka berpeluang mengalas perut dan menghilangkan bosan dengan menikmati snek buah-buahan yang diberikan secara percuma oleh penduduk kampung.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa orang lelaki sedang menghulurkan sepinggan tembikai yang sudah siap dipotong kepada setiap kereta yang melalui jalan raya terbabit.

Sumber: TikTok (@aimansauti_)

Dalam masa sama, beberapa individu lain dilihat sedang menyediakan potongan tembikai yang banyak di bawah khemah kanopi untuk diberikan kepada orang lain. Sekali pandang macam konsep tol pun ada.

“Selamat pulang semua. Semoga selamat sampai. Hati-hati di jalan raya. Terima kasih orang baik sudi belanja tembikai dan timun Cina,” kata Aiman yang turut berada di lokasi tersebut.

@aimansauti_ Selamat Pulang Semua . Semoga Selamat Sampai . Hati-hati Di Jalan Raya. Terima Kasih Orang Baik Sudi Belanja Tembikai/Timun Cina . #raya #selamathariraya #jalanjem #setiu #pantaipenarik ♬ bunyi asal – takdir & waktu

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Kebaikan Pemberi Tembikai Kerana Berkongsi Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai, rata-rata orang ramai memuji tindakan individu yang menyedekahkan tembikai kepada pengguna jalan raya.

“Saya sangkut trafik enam jam. Tiga tempat bagi timun Cina. Terima kasih orang baik. Semoga dimurahkan rezeki seperti air zam-zam yang mengalir,” kata seorang warganet.

Malah, ada individu yang berkata di mahu beraya di Pantai Timur pada tahun hadapan untuk merasai suasana sebegitu.

“Baiknya orang Pantai Timur. Teringin nak jalan-jalan belah sana. Nanti ada rezeki saya nak bawa la anak pergi jalan belah sana. Sebab tak pernah lagi sampai ke situ,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa syukur kepada insan-insan yang tidak berkira berkongsi rezeki walaupun dengan orang tidak dikenali.

“Terima kasih bagi tembikai semalam. 12 jam dari Kelantan ke Terengganu,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@aimansauti_)

Tawar Tandas Percuma Untuk Golongan Perantau

Kebaikan rakyat Malaysia bukan sahaja boleh dilihat dari pemberian makan dan minum sahaja, malah ada juga penduduk kampung yang menawarkan perkhidmatan tandas secara percuma kepada pengguna jalan raya yang tersangkut dalam trafik.

Menerusi video hantaran dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Eshu (@r.nissss) kelihatan satu papan tanda dicacakkan di hadapan rumah yang tertera dengan ayat, “Tandas free! Masuk je.”

@r.nissss Tandas Free 3.0 / 2025 #jemdalamkampung #jemraya #jalanshortcut #terengganu ♬ original sound – Zul.haiqal

Tonton video penuh [DI SINI].

Difahamkan seorang penghuni rumah di kawasan yang sama iaitu sekitar Setiu, Terengganu memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk menggunakan tandasnya.

Hal ini kerana, tempoh yang lama di atas jalan raya mungkin menyebabkan mereka tidak tahan bagi menggunakan tandas di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Menurut Eshu, ini merupakan tahun ketiga rumah berkenaan menawarkan perkhidmatan sebegitu. Alhamdulillah, terima kasih orang baik!

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tandas Free, Masuk Je’ – Tuan Rumah Sediakan Tandas Percuma Buat Perantau Tarik Perhatian Warganet

Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaiklah”- Caprice Peruntuk RM10,000 Belanja Orang Ramai Isi Minyak Petrol Percuma [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd