[Video] Cubaan Jadi Independent Gagal, Wanita Salah Step Buka Tayar Buat Ramai Terhibur
Menerusi video tersebut, usaha gigih wanita berkenaan memijak spanar L untuk melonggarkan nat hanya sia-sia dek kerana arah pusingan yang salah iaitu mengikut arah jam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada zaman kini, semakin ramai wanita menunjukkan keupayaan untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang dahulunya sinonim dengan kaum lelaki.
Sebagai contoh, urusan harian seperti mengangkat barang berat, memindahkan perabot atau memperbaiki kebocoran paip kini turut dilakukan oleh wanita tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaum lelaki.
Namun begitu, masih terdapat beberapa tugasan harian tertentu yang memerlukan kekuatan fizikal lebih, yang lazimnya dimiliki oleh kaum lelaki, menjadikan ia sedikit sukar untuk dilakukan secara bersendirian oleh wanita.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Baru Nak Jadi Independent” – Cubaan Pam Tayar Gagal, Gadis Ini Dibantu Kaum Adam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Persoal Tindakan Wanita Ini Guna Kain Sebagai Penghalang Matahari Semasa Memandu
Wanita Salah Step Buka Tayar Kereta
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ily4evertt), kelihatan beberapa wanita yang bergaya dengan baju kurung sedang berusaha menggantikan tayar kereta yang pancit.
Salah seorang daripada mereka dilihat mencuba membuka nat tayar menggunakan spanar L. Demi menambah tekanan, dia turut berdiri dan memijak-mijak hujung spanar tersebut.
Malangnya, arah putaran yang digunakan sebenarnya salah. Usaha gigihnya itu tidak membuatkan nat semakin longgar, tapi makin ketat. Situasi itu membuat ramai terhibur.
Pemilik video turut menambah gurauannya dengan kapsyen bersahaja, “Independent woman tukar tayar sendiri, hujungnya bukan longgarkan tayar, tapi kasi lagi ketat.”
Gelagat Lucu Undang Tawa Ramai
Rakaman berdurasi pendek itu bukan sahaja menghiburkan, malah mencuit hati ramai dengan aksi spontan para wanita yang tetap bersemangat walaupun agak ‘salah langkah’.
Beberapa pengguna TikTok turut bersikap prihatin dan meninggalkan beberapa tips ketika proses mengganti tayar kereta yang pancit.


Ada juga yang berkongsi pengalaman ketika pertama kali cuba menukar tayar kereta yang pancit. Menurutnya, dia dan keluarga yang tersadai mengambil masa yang sangat lama hanya untuk menukar sebiji tayar.

Apa Perlu Buat Jika Tayar Kereta Pancit Ketika Memandu?
Tidak dinafikan, situasi di mana tayar kereta pancit atau pecah secara tiba-tiba boleh berlaku tanpa dijangka ketika sedang memandu di jalan raya.
Sekiranya anda berdepan keadaan seperti ini, berikut adalah panduan seperti yang dikongsikan di laman web Carsome:
- Kekal bertenang.
- Kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan.
- Berhenti di lokasi yang selamat dan rata.
- Hidupkan lampu kecemasan.
- Letakkan segi tiga amaran atau warning triangle sekurang-kurangnya 45 meter dari belakang kereta.

Selepas selesai melakukan perkara di atas, anda boleh menggantikan tayar baharu dengn cara seperti berikut:
- Menyediakan alatan yang diperlukan seperti jack kereta, spanar, tayar ganti dan kunci nat tayar.
- Pastikan brek tangan diaktifkan.
- Longgarkan nat tayar menggunakan spanar melawan arah jam.
- Letakkan jack kereta di kedudukan yang berhampiran dengan tayar.
- Keluarkan nat kereta dengan melawan arah jam dan tarik keluar tayar daripada kereta.
- Gantikan dengan tayar baharu dan ketatkan semula nat tayar.
- Kemudian, turunkan kereta dan pijak spanar untuk berikan tekanan maksimum agar memastikan cengkaman skru kuat dan selamat.
Selepas menukar tayar ganti, anda disarankan untuk menukar tayar baharu di bengkel dengan segera kerana tayar ganti hanya boleh bergerak dalam lingkungan 80 hingga 113 kilometer sahaja dengan kelajuan maksimum 80km/j.
Baca Artikel Berkaitan: “The Real Dominic Toretto” – Pemandu Bawa Myvi Secara ‘Reverse’ Bikin Ramai Terbeliak Mata
Baca Artikel Berkaitan: 60% Pengguna Rel Di Malaysia Adalah Wanita, Betul Ke?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.