Now Reading
“Sejuk Telinga Dengar” – Konten Sambung Bacaan Al-Quran Sebelum Terima Duit Raya Curi Perhatian

“Sejuk Telinga Dengar” – Konten Sambung Bacaan Al-Quran Sebelum Terima Duit Raya Curi Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan anak saudara kepada Akem berjaya menyambung surah Al-Ala sehingga ayat ke-9 sebelum menerima duit raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemeriahan Hari Raya pada tahun ini boleh dilihat apabila banyak budaya Aidilfitri di Malaysia masih diterapkan sehingga sekarang sebagai contoh pemberian duit raya.

Namun dengan pelbagai idea luar kotak oleh ahli keluarga, terdapat banyak kaedah pemberian sampul raya yang anda boleh lihat. Sebagai contoh, ada yang menggunakan aplikasi ‘Spin the Wheel’ untuk memilih individu secara rawak dan juga jumlah duit diterima.

Malah ada juga seorang datuk yang menyediakan kad berbentuk roda (spinning wheel) manual bagi menentukan berapakah nilai yang diperolehi cucu-cucunya selepas membuat putaran tersebut.

Lebih menarik lagi, nilai duit raya yang bakal diterima bukanlah sedikit sebaliknya nilai paling rendah adalah sebanyak RM50 dan RM500 untuk paling tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Macam Main Roda Impian! Cara Kreatif Datuk Beri Duit Raya Kepada Cucu Buat Ramai Teruja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2025: BSN, ZUS Coffee & 7 Lagi ‘Design’ Sampul Raya Eksklusif Tahun Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kampung Tak Nak Kiss” – Keluarga Hanya Ketawa & Tak Tegur Adab Si Kecil Ketika Salam Raya Jadi Perhatian

Lelaki Tebuk Al-Quran Sebelum Beri Duit Raya Kepada Anak Saudara

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Akem (@encik.akem89) tampil dengan satu lagi kaedah berbeza sebelum memberikan duit raya kepada anak-anak saudaranya.

Menerusi video tersebut, Akem telah membacakan potongan surah al-Ala ayat satu dan meminta anak saudara lelakinya bernama Rayyan untuk menyambung ayat tersebut.

Alhamdulillah, kanak-kanak berumur 11 tahun itu berjaya menyambung bacaan al-Quran itu hingga ayat ke-9. Selepas itu, Akem menyerahkan sampul raya kepada budak lelaki berkenaan.

Anak saudaranya seterusnya pula ‘ditebuk’ dengan surah al-Baqarah. Sama lancarnya, Alya yang berusia 13 tahun itu juga tidak terlepas menyahut bacaan kitab suci itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Beri Apam Balik Free Lepas Pelanggan Wanita Berjaya Tebuk Al-Quran

Perkara sama turut dilakukan oleh Akem kepada dua anak buahnya yang lain. Semua berjaya tanpa gagap!

“Ramai buat joget (sebelum dapat) duit raya kan, tapi kita buat lain daripada yang lain. Kite tebuk al-Quran duit raya dekat anak buah saya insya-Allah,” kata Akem di ruangan kapsyen.

@encik.akem89 Ramai buat Joget Duit Raya kannn, tp kite buat lain drpd yg lain. Kite tebuk alquran duit raya dkt anak buah sy insyaAllah #tebukalquran #duitraya #duitrayadance #fyp ♬ original sound – ENCIK AKEM

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Inisiatif Tebuk Al-Quran Sebelum Hulur Duit Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat lebih menggemari konsep pemberian duit raya oleh Akem itu berbanding dengan yang lain.

“Ni baru betul cara kita orang Islam yang penuh dengan adab dan sopan. Sejuk dengarnya,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga memuji ibu bapa kepada anak-anak tersebut kerana berjaya mendidik mereka menghafal al-Quran sejak kecil.

“Berapa kerat yang boleh macam ni! Joget je yang ramai boleh. Terbaik ajaran mak dan bapak diorang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga warganet berharap agar trend sedemikian menjadi ikutan untuk Aidilfitri akan datang dan bukannya konten menari yang tular seperti baru-baru ini.

“Konten yang baik. Lantak la orang cakap apa. Ngaji dan sedekah. Dua-dua perkara baik. Apa salahnya kita buat. Daripada menari terkinja-kinja. Kalau tak hafal, amalan kebaikan sedekah masih berjalan,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@encik.akem89)

Mufti Terengganu & Ustazah Asma Tegur Individu Sertai Trend Joget Sebelum Terima Duit Raya

Terdahulu, tular di laman sosial menyaksikan sesetengah para Muslim yang menyertai satu trend di mana mereka perlu menari dahulu sebelum menerima duit raya. Aksi tersebut kemudiannya telah ditegur oleh pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Ia bukan sahaja diikuti oleh Gen Alpha atau Gen Z, bahkan individu lebih tua termasuk golongan warga emas juga sama-sama tidak terlepas menyertai trend yang berlatarkan lagu ‘Hej Muzycko’ itu.

“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget. Lepas tu rakam dan muat naik (di media sosial). Ramai wanita Islam tua dan muda buat (benda) sama. Syawal ibarat mereka yang balik Haji,” kata beliau.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Joget Sebelum Terima Duit Raya Jadi Trend, Ustaz Asma’ Harun Tampil Beri Teguran

Dalam pada itu, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun turut menjelaskan bahawa tarian tersebut boleh jatuh hukum haram khususnya kepada wanita beragama Islam yang melakukan tarian berkenaan secara berlebihan hingga menampakkan aurat.

Dr Mohamad Sabri dalam masa sama meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir umat Islam yang mudah terikut-ikut dengan trend terkini hingga melupakan batas agama.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Menari Untuk Terima Duit Raya Boleh Jatuh Haram – Mufti Terengganu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd