Now Reading
Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm

Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm

Menerusi video yang tular, kaki mangsa dilihat telah diikat serta tubuhnya dilibas dengan tali pinggang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekolah asrama penuh sering menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar yang menginginkan suasana pembelajaran lebih kondusif serta pencapaian akademik cemerlang.

Namun begitu, kehidupan berasrama tidak terlepas daripada insiden-insiden yang kurang menyenangkan. Antara yang sering menjadi perhatian umum adalah isu buli yang berlaku secara tersembunyi mahupun terbuka.

Terbaharu, tular sebuah video yang mengundang kemarahan ramai apabila aksi dua pelajar ‘menindih’ seorang lagi rakan dalam sebuah dorm telah mencetuskan perdebatan di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar UPNM Dipijak Senior Hingga Cedera Parah, Kementerian Pertahanan Serah Siasatan Pada PDRM

Baca Artikel Berkaitan: “Berani Sebab Besar Ke?” – Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan, Kena Himpit Dengan Trak Pikap

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kes Arwah Yang Terakhir” – Bapa Zulfarhan Ulas Insiden Pelajar UPNM Didakwa Ditekap Seterika

Bertindak Kasar Terhadap Rakan Satu Dorm

Menerusi video berdurasi seminit 31 saat yang dikongsi di laman Facebook Utara Kini, mangsa dilihat diperlakukan secara kasar oleh beberapa individu yang dipercayai rakan seasrama.

Kakinya diikat, tubuhnya dilibas dengan tali pinggang, malah salah seorang daripada dua orang pelajar berkenaan tanpa segan silu ‘menghenyak’ mangsa dari atas.

Pelajar berkenaan bukan sahaja dihenyak, malah kedua-dua pelaku juga melakukan perbuatan tidak bermoral seperti mencuit dan melibas bahagian sensitif tubuh mangsa.

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada pihak berwajib yang memandang serius perkara ini.

Netizen Gesa Ambil Tindakan Tegas

Rata-rata netizen berang melihat tindakan dua pelajar yang berani melakukan jenayah tanpa memikirkan akibat dan kesannya.

Ramai yang mengecam tindakan mereka dan menggesa agar pihak pentadbiran asrama mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Tidak kurang juga yang menyeru agar pihak berwajib menjalankan siasatan menyeluruh agar perkara seperti ini tidak berulang.

Sumber: Facebook Utara Kini
Sumber: Facebook Utara Kini
Sumber: Facebook Utara Kini

Pihak Berwajib Ambil Maklum, Siasatan Dijalankan

Dalam pada itu, pihak bertanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan akan menyiasat insiden ini dengan kadar segera. Tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti berlaku salah laku di pihak pelajar yang terlibat.

Kejadian seperti ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua pihak, terutama pelajar, agar lebih beretika dan menghormati antara satu sama lain dalam kehidupan berasrama.

Buli bukan budaya yang harus diterima atas alasan ‘tradisi’ atau ‘gurauan’.

3 Saluran Disediakan Oleh KPM Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli di sekolah, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kieda Crepe Titip Nasihat Buat Anak Yang Dibuli Di Sekolah Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Adalah Kegilaan” – Anwar Ibrahim Ulas Dakwaan Kes Buli Di UPNM

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Motif Sebenarnya” – Gurauan Melampau Dipercayai Punca Pelajar UPNM Ditekap Seterika


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd