Now Reading
[Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula

[Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula

Difahamkan, si isteri panik apabila melihat dua buah kenderaan di hadapannya hampir berlanggar menyebabkan dia tidak lagi yakin untuk memandu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, suami selalunya lebih cenderung mengambil alih tugas memandu terutama demi keselamatan keluarga.

Dalam situasi tertentu seperti terlalu penat atau mengantuk, barulah si isteri diminta membantu mengendalikan kenderaan. Namun, tidak semua para isteri dapat menjalankan tugas memandu dengan sempurna seperti yang diminta.

Begitulah yang berlaku dalam video ini apabila si suami yang baru ingin melelapkan mata terpaksa kembali memandu selepas isterinya panik hanya beberapa minit memegang stereng.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Lelaki Tertipu Dengan Bayang Disangka Ikan Ketika Naiki Kapal Terbang Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Para Suami Berlumba Pakai Tudung Nak Menang Kontes Hiburkan Orang Ramai

Suami Belum Sempat Lena, Terus Tersedar Bila Isteri Jerit Dalam Kereta

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@paliiiiiiiiiiiiiiiiii), satu kejadian lucu berjaya dirakam menerusi kamera dashcam yang memaparkan gelagat seorang suami yang terkejut daripada tidur apabila isterinya menjerit semasa memandu.

Menurut pemilik video, dia meminta isterinya mengambil alih tugas memandu kerana terlalu mengantuk. Namun tidak lama selepas itu, dia kembali terjaga selepas berlaku situasi cemas di jalan raya.

“Tak sampai lima minit aku nak lelap mata… Betul lah orang kata kalau mengantuk bagi bini drive, auto segar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@paliiiiiiiiiiiiiiiiii/video/7489109960115358994?_r=1&_t=ZS-8vEvuCK9RAu
Tonton video penuh [DI SINI].

Kenderaan Di Hadapan Punca Isteri Panik

Ketika isterinya memandu di lorong tengah, sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat cuba memotong lori di hadapannya dengan berdikit-dikit memasuki lorong tengah.

Dalam masa yang sama, sebuah lagi kereta dari lorong kanan turut masuk ke lorong sama, menyebabkan mereka hampir berlanggar.

Tindakan itu mengejutkan isterinya yang panik lalu menjerit, sekali gus membuatkan si suami yang baru ingin memejamkan mata terus tersedar.

“Sayang, apa ni sayang!” tegur si suami yang terkejut dengan keadaan tersebut.

Isterinya yang ketawa menjawab, “Kereta tu nak berlanggar tadi,” sebelum bertanya, “Sayang nak bawak kereta semula tak?”

Tanpa berfikir panjang, si suami terus menjawab, “Ya Allah, nak, nak, nak,” seolah-olah pasrah kerana rancangan untuk berehat telah terbantut.

Netizen Terhibur Lihat Kerenah Pasangan Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan. Ada yang menyifatkan reaksi isterinya sebagai comel, manakala tindakan suami yang sabar dan pasrah pula turut dipuji.

Beberapa pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman memandu bersama-sama pasangan masing-masing, terutama yang mudah panik apabila berada di jalan raya.

Sumber: TikTok @paliiiiiiiiiiiiiiiiii
Sumber: TikTok @paliiiiiiiiiiiiiiiiii
Sumber: TikTok @paliiiiiiiiiiiiiiiiii

Walaupun mencuit hati, perkongsian ini turut mengingatkan orang ramai tentang pentingnya memastikan pemandu benar-benar bersedia sebelum memegang stereng, demi keselamatan semua pengguna jalan.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Pasrah Terima Dugaan Tak Henti-Henti Di Atas Jalan

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd