“Rindu Suasana Kampung Macam Ni” – Ramai Teruja Keluarga Ini Tidur Bergelimpangan Di Kampung
Tradisi ini semakin jarang dilihat, terutama apabila ramai yang kini memilih untuk menyewa ‘homestay’ atau tinggal di hotel ketika pulang beraya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui bahawasanya pulang ke kampung sempena Hari Raya bukan sekadar tentang makanan dan baju baru, tetapi turut menjadi simbol kekeluargaan yang meriah dan penuh kenangan.
Salah satu suasana paling klasik yang sering dikaitkan dengan sambutan Aidilfitri adalah ‘tidur bergelimpangan’ di rumah atuk nenek apabila semua ahli keluarga besar berkumpul.
Baru-baru ini, sebuah video mencuri perhatian ramai apabila suasana tidur bersesak dalam satu rumah sempena Hari Raya Aidilfitri menjadi tular dan menyentuh perasaan ramai netizen yang rindukan suasana kampung.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Keluarga Tampil Sedondon Dengan Baju Raya Tema ‘Hello Kitty’ Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buat Trend Lagu Raya, Pemilik Pakaikan Anjing Husky Baju Melayu & Baju Kurung Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kampung Tak Nak Kiss” – Keluarga Hanya Ketawa & Tak Tegur Adab Si Kecil Ketika Salam Raya Jadi Perhatian
Tidur Merata-Rata, Rumah Atuk Nenek Jadi Penuh
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@1khairimohd), pemilik akaun telah berkongsi suasana lucu namun penuh nostalgia di rumah keluarganya ketika musim perayaan.
Kelihatan ruang tamu rumah dipenuhi ahli keluarga yang masih nyenyak tidur berselimut, manakala bahagian hadapan rumah turut dijadikan ruang tidur tambahan kerana jumlah mereka yang ramai.
Lebih mencuit hati, pemilik video sempat bergurau di ruangan kapsyen, “Bila semua anak-anak balik, rumah nenek dah tak muat nak susun jasad-jasad semua orang.
“Sampai ibu bapa kena tidur luar berselimutkan angin malam dan raungan nyamuk-nyamuk yang ‘merempit’ di pinggir cuping telinga. Inilah suasana raya tahun 2025, buat tatapan korang di tahun 2100 nanti.”
@1khairimohd bila semua anak anak balik, rumah nenek korang dah tak muat nak susun jasad2 korang sampai mak bapak korang kena tidur luar berselimutkan angin malam dan raungan nyamak nyamak yang merempit di pinggir cuping telinga. Inilah suasana raya tahun 2025, buat tatapan korang di tahun 2100 nanti. Masa tu mungkin korang beraya sama robot2 atau et. #raya2025 #khairimohd #fypppp #rayaaidilfitri
♬ original sound – Khairi Mohd – Khairi Mohd
Netizen Rasa Terharu & Terhibur Lihat Ahli Keluarga Tidur Beramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan tersentuh melihat suasana itu yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika beraya di kampung.
Ada yang turut berkongsi pengalaman manis ketika tidur bersesak, antaranya termasuklah “pernah diberak ayam di kepala” serta berebut selimut dengan ahli keluarga tengah malam.


Tidak kurang juga yang memuji pemilik video kerana masih mengekalkan suasana tradisi lama yang penuh nilai kekeluargaan.
Ada juga pengguna TikTok yang menyifatkan ia sebagai kenangan indah yang patut diteruskan untuk generasi mendatang.

4 Tradisi Raya Yang Masih Diteruskan Sampai Sekarang
Hingga ke hari ini, tradisi turun-temurun yang diwarisi sejak dahulu masih segar dalam ingatan setiap insan yang menyambut Aidilfitri. Malah, amalan-amalan ini terus hidup dan diamalkan dengan penuh makna setiap kali Syawal menjelma.
Antara amalan yang masih dilakukan ialah:
#1. Bagi Duit Raya

Walaupun zaman berubah, budaya memberi duit raya masih diamalkan. Ia jadi salah satu cara menggembirakan kanak-kanak dan meraikan amalan bersedekah.
#2. Tukar Barang Rumah

Menjelang raya, ramai yang mula kemas rumah dan tukar langsir, sarung kusyen, atau perabot. Walaupun bukan setiap tahun, tradisi ini masih kekal sebagai persiapan menyambut tetamu.
3. Ziarah Kubur

Ramai keluarga akan luangkan masa sebelum atau selepas solat raya untuk menziarahi kubur ahli keluarga. Ia jadi ruang untuk mengenang dan mendoakan insan tersayang yang telah pergi.
4. Beli Baju Raya Baharu

Setiap kali Syawal menjelang, membeli baju raya jadi salah satu aktiviti utama. Sama ada sedondon sekeluarga atau sekadar sepasang, ia tetap sebahagian daripada kemeriahan menyambut Aidilfitri.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Amalan Tradisi Yang Tak Wajib Buat Semasa Raya, Kalau Nak Buat Pun Tiada Masalah
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Main Terjah Rumah Orang” – Ini Senarai Nasihat Berguna Sempena Aidilfitri 2024
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.