Letupan Gas Putra Heights – Harga Bidaan Rumah Mewah RM6.7 Juta Berdekatan Lokasi Dibuka Bermula RM3.33 Juta
Difahamkan, jarak antara hartanah dan lokasi letupan gas dianggarkan sekitar 635 meter.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebuah hartanah berprestij di kawasan elit Putra Heights, Selangor, kini memasuki pusingan ketujuh lelongan dengan harga bidaan bermula dari RM3.33 juta.
Hartanah yang sebelum ini dinilai mengikut harga pasaran RM6.7 juta ini terletak di kawasan yang baru-baru ini menjadi tumpuan awam susulan insiden letupan paip gas yang berlaku.
Kediaman Luas Dengan Kemudahan Mewah
Hartanah ini menawarkan ciri-ciri premium yang mencerminkan gaya hidup mewah, dengan keluasan tanah pegangan bebas seluas 15,604 kaki persegi, dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan kemudahan moden yang lengkap.
Agen pelelong turut menyertakan imej satelit dari udara untuk menunjukkan kedudukan hartanah berkenaan berbanding insiden infrastruktur yang berlaku baru-baru ini.
Perbincangan Tentang Keselamatan Komuniti Jadi Pengaruh Pasaran
Senarai lelongan hartanah yang dikongsi oleh “Klang Valley Property Auction” di Facebook telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pemerhati pasaran dan penduduk setempat.
Lelongan ini kebetulan berlangsung ketika orang ramai sedang hangat membincangkan isu keselamatan infrastruktur, sekali gus mengundang perhatian netizen di media sosial.
Menurut pemerhati pasaran, penilaian hartanah biasanya dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk keadaan semasa pasaran, masa, dan perubahan kehendak pembeli.
Lelongan yang akan berakhir hujung bulan ini, memberikan peluang kepada pelabur untuk memiliki hartanah di kawasan yang sebelum ini sangat diminati.
Namun, para pembeli yang berminat disarankan untuk melakukan pemeriksaan teliti, mendapatkan nasihat profesional, dan menyemak semua dokumen rasmi sebelum membuat keputusan pelaburan.
[PENAFIAN: Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja. Laporan mengenai lelongan ini dan perbincangan pasaran tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan atau penilaian hartanah. Segala rujukan kepada sentimen pasaran atau perbincangan komuniti hanya berdasarkan pemerhatian umum dan tidak boleh dianggap sebagai indikasi (penunjuk) mengenai nilai hartanah atau trend pasaran sebenar. Tiada hubung kait antara peristiwa tempatan dan nilai hartanah yang ditetapkan. Penerbitan ini tidak membuat sebarang jaminan mengenai nilai hartanah, keselamatan, atau hasil pelaburan di kawasan tersebut.]Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Paip Gas Putra Heights: CIDB Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Selepas Dedah Siasatan Awal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.