[Video] Tunggu Bas Lebih 2 Jam, Pemuda Tumpangkan Pasangan Warga Emas Raih Pujian
Difahamkan, pasangan warga emas berkenaan sedang menunggu bas yang tak kunjung tiba sebelum pemuda itu menumpangkan mereka ke stesen bas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin, sentiasa bersedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan kaum, agama atau status.
Sikap prihatin sebegini membuktikan bahawa nilai tolong-menolong masih utuh dalam masyarakat, di mana keikhlasan dalam membantu mampu memberi kesan besar kepada mereka yang memerlukan.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki tanpa ragu menawarkan bantuan kepada pasangan warga emas yang terpaksa menunggu bas lebih dua jam.
Baca Artikel Berkaitan: “Respect Angkat Imej Malaysia” – Tindakan Lelaki Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Vlogger Taiwan Terharu Penduduk Kampung Di Sabah Bantu Bawa Ke Bengkel Tukar Tayar
Baca Artikel Berkaitan: Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan
Bantuan Ikhlas Seorang Pemuda Tumpangkan Warga Emas Ke Bandar
Menerusi perkongsian di TikTok (@m_sy4h), seorang pemuda berkongsi pengalaman bertemu dengan pasangan warga emas yang sedang menunggu bas di tepi jalan.
Difahamkan, dia pertama kali melihat pasangan tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari berjoging sekitar jam 8 pagi. Namun, apabila keluar semula dua jam kemudian, mereka masih berada di tempat yang sama.
Tanpa berfikir panjang, pemuda itu menghampiri mereka dan bertanya ke mana arah tujuan mereka sebelum menawarkan tumpangan dengan penuh hormat.
“Boleh naik dengan saya, saya pun nak ke bandar juga,” pelawa pemuda itu.
Menurut coretan di kapsyen video, pemuda itu menyatakan bahawa bukan pasangan itu yang sedang diuji, tetapi sebenarnya Allah sedang menguji diri kita sejauh mana kita sanggup membantu mereka yang memerlukan.
@m_sy4h Kadang² bukan mereka yang diuji.. tapi Allah sedang uji kita.. pagi tadi saya pergi jogging dekat tasik raub.. masa otw tu nampak dua pasangan ni tu tengah tunggu bus dekat tepi jalan dalam 8am begitu.. saya balik rumah nak keluar balik saya masih nampak lagi pasangan ni jam 10am.. jadi saya pun tumpangkan mereka ke bus station bandar.. hebat pakcik ni dari semalam dia teruskan perjalanan dia untuk berjumpa adik beradik dia.. semalam dari Ipoh ke melaka ke raub sekarang ke bentong.. saya doakan semoga perjalanan pasangan ini di permudahakan segala urusan.. selamat hari raya
♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC
Perjalanan Jauh Demi Bertemu Keluarga
Lebih mengagumkan, warga emas itu sebenarnya dalam perjalanan jauh untuk bertemu adik-beradik mereka. Bermula dari Ipoh ke Melaka, kemudian ke Raub, dan kini meneruskan perjalanan ke Bentong.
Lebih sayu apabila tiba di stesen bas, lelaki warga emas tersebut dengan penuh sopan bertanya, “Kena bayar tambang ke?”
Dengan pantas, pemilik video menjawab, “Eh, tak perlu lah pakcik,” sebelum menghulurkan salam dan mengucapkan Selamat Hari Raya.
Pemilik video turut mendoakan agar perjalanan pasangan itu dipermudahkan dan mereka selamat tiba ke destinasi di kapsyen video.
“Saya doakan semoga perjalanan pasangan ini dipermudahkan segala urusan. Selamat Hari Raya,” tulisnya.
Bercakap kepada The Rakyat Post, dia turut menegaskan bahawa video seperti ini dihasilkan untuk memberi nilai murni kepada masyarakat.
“Harap boleh bantu dan mengajar generasi muda serta generasi akan datang daripada content-content saya ni.”
Netizen Puji Sikap Prihatin Pemuda Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda itu yang tidak teragak-agak untuk membantu pasangan warga emas tersebut.


Pemilik video juga menjelaskan bahawa tujuannya merakam dan berkongsi kisah ini bukan untuk menunjuk, tetapi sebagai peringatan kepada masyarakat.
“Saya rekod bukan sekadar content untuk populariti. Saya perlu gunakan cara ini untuk jentik hati orang sekarang, sebab manusia ramai yang lalai dengan media sosial.”

Cucu kepada pasangan warga emas itu turut meninggalkan komen, menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana kereta mereka mengalami masalah dan tidak dapat digunakan seperti biasa.

Bantuan Sentiasa Dibalas Dengan Kebaikan
Tindakan lelaki ini sejajar dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan membantu sesama manusia. Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.
Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.
Riwayat Muslim, No. 2699
Hadis ini mengingatkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas, menjadikan sikap prihatin sebagai satu amalan yang penuh keberkatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.