Now Reading
[Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur

[Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur

Menerusi video tersebut, ahli keluarga kelihatan tidak mempedulikan kehadiran burung hantu berkenaan di dalam rumah dan menganggapnya seperti tiada apa-apa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, manusia berkongsi habitat dengan pelbagai spesies haiwan, termasuk burung yang kadangkala muncul di kawasan penempatan. Kehadiran mereka selalunya berkait dengan perubahan cuaca, pencarian makanan, atau sekadar tersesat masuk ke dalam rumah.

Burung hantu misalnya, lebih aktif pada waktu malam dan biasanya menghuni kawasan yang sunyi. Namun, ada masanya mereka singgah ke tempat yang dihuni manusia, sama ada untuk berteduh atau kerana tertarik dengan persekitaran baru.

Begitulah yang terjadi dalam satu kejadian apabila seekor burung hantu bertenggek di dalam rumah ketika suasana Hari Raya, mencuri tumpuan ahli keluarga yang sedang beraya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ketam Hidup Sesat Dalam Tandas Rumah Orang Bikin Ramai Hairan

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah

Burung Hantu ‘Bertenggek’ Di Rumah Ketika Raya

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@jazli.ai), video tersebut memaparkan suasana kemeriahan keluarga sedang beraya.

Ketika kamera menghala ke bahagian atas bingkai langsir, kelihatan seekor burung hantu bertenggek di situ tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

Malah, burung itu hanya memerhati keadaan sekeliling, sesekali menggerakkan kepalanya seperti kamera litar tertutup (CCTV). Menariknya, selain burung hantu, terdapat juga haiwan lain dalam rumah tersebut yang dapat dilihat dalam video itu.

Seorang kanak-kanak kelihatan memegang seekor kura-kura, manakala di tengah ruang tamu kelihatan seekor kucing lengkap berbaju raya warna kelabu.

https://www.tiktok.com/@jazli.ai/video/7487892113548430600?_r=1&_t=ZS-8vDUH3wBsKm
Tonton video penuh [DI SINI].

Cubaan Usir Burung Hantu Keluar Gagal

Dalam satu perkongsian lain, salah seorang ahli keluarga dilihat sedang cuba mengalihkan burung itu menggunakan batang mop, mungkin bagi mengusirnya keluar dari rumah.

Namun, burung itu sekadar terbang ke tempat lain tanpa menimbulkan sebarang kekecohan, dan kemudiannya sambung bertenggek di situ pula.

https://www.tiktok.com/@jazli.ai/video/7488127708237483282
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Dengan Suasana Raya Bersama Haiwan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kehadiran burung hantu yang seakan-akan ‘menumpang’ suasana raya.

Ada yang tidak dapat menahan ketawa melihat ahli keluarga di dalam video terus menikmati jamuan Hari Raya tanpa menghiraukan burung tersebut.

Sumber: TikTok @jazli.ai
Sumber: TikTok @jazli.ai

Tidak kurang juga yang terhibur dengan kehadiran pelbagai spesies haiwan dalam rumah itu, menjadikan suasana perayaan lebih unik dan mencuit hati.

Sumber: TikTok @jazli.ai

Bukan Kali Pertama Kes Burung Sesat

Memetik laporan Sinar Harian awal tahun ini, kejadian burung tersasar ke kawasan manusia bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Di Shah Alam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor pernah menyelamatkan seekor burung hereng di jejambat berhampiran pusat beli-belah i-City.

Insiden itu berlaku selepas burung yang biasanya hidup di kawasan pergunungan seperti Kazakhstan dan Nepal dipercayai tersasar dari laluan penerbangannya.

Menurut Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, burung tersebut ditemukan dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Monyet Sesat Masuk Lapangan Terbang Changi, Staf Wanita Dipuji Tenang Uruskan Situasi

Baca Artikel Berkaitan: Penghuni Terkejut Jumpa Biawak ‘Panjat’ Hingga Tingkat 3 Rumah Flat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd