Now Reading
[Video] Kanak-Kanak Baling Batu Pada Anjing Belaan, Tuan Rumah Kesal Ibu Bapa Diam Seribu Bahasa

[Video] Kanak-Kanak Baling Batu Pada Anjing Belaan, Tuan Rumah Kesal Ibu Bapa Diam Seribu Bahasa

Menerusi video tersebut, kanak-kanak berkenaan bukan sahaja melontarkan objek kepada anjing itu, malahan turut menarik perhatiannya untuk datang lebih dekat dengan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Adab yang perlu diterapkan bukan hanya melibatkan hubungan sesama manusia, tetapi juga bagaimana menghormati makhluk lain serta alam sekitar.

Mengajarkan rasa belas ihsan terhadap haiwan adalah asas penting agar mereka memahami konsep empati dan tanggungjawab. Jika tidak melentur buluh dari rebungnya, dikhuatiri mereka akan membesar tanpa rasa hormat terhadap haiwan.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan kanak-kanak tanpa segan silu mengganggu dan mencederakan anjing yang tidak bersalah di dalam sebuah rumah.

Baca Artikel Berkaitan: “Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Ibu Bapa Bayar Ganti Rugi” – Ramai Geram Lihat Budak Lelaki Buat ‘Art’ Pada Kasut Display

Anjing Diganggu, Ibu Bapa Hanya Membisu

Menerusi perkongsian di TikTok (@penduduksgpetani01), satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan kanak-kanak membaling batu dan beberapa objek lain ke arah seekor anjing dari luar rumah.

Difahamkan, mereka merupakan kanak-kanak yang datang beraya di sebuah rumah di kawasan kejiranan tersebut. Pada awal video, kelihatan mereka mengambil sedikit jarak sebelum salah seorang melontar sesuatu ke arah anjing itu.

Anjing berkenaan mula menyalak, berasa terancam dengan tindakan itu. Namun, situasi menjadi lebih merisaukan apabila kanak-kanak tersebut semakin berani mendekati pagar dan mula mencabar haiwan tersebut dengan pelbagai cara.

Kelihatan juga beberapa kanak-kanak seperti sengaja mengusik atau “mengejek” anjing tersebut (taunting) dengan harapan ia bertindak balas.

Salah seorang daripada mereka malah dilihat menendang pagar dan berulang kali cuba menarik perhatian anjing itu supaya mendekati mereka.

Melihat pada reaksi anjing yang hanya menyalak tanpa kelihatan dalam rakaman, dipercayai haiwan itu berada dalam kawasan rumah dan terikat, tidak mampu bergerak untuk melindungi kawasannya.

Pemilik rumah yang berkongsi video ini turut meluahkan kekesalannya di ruangan kapsyen, mendedahkan bahawa dia tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak tersebut berada berdekatan tetapi langsung tidak menegur atau menghentikan tindakan mereka.

Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama keluarganya berdepan gangguan daripada kanak-kanak yang sama, malah pada hari sebelumnya mereka turut bermain mercun di kawasan rumahnya.

“Budak-budak baling batu kat anjing saya.. mak ayah ada sekali tapi tak halang.
Saya tak ada di rumah waktu tu, depan rumah baling, sebelah rumah pun baling.

“Kalau tak suka anjing, tak payah kacau. Kesian sangat dekat anjing saya!” keluhnya.

https://www.tiktok.com/@penduduksgpetani01/video/7488543137879641352?_r=1&_t=ZS-8vD3kaT977n
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kesal Dengan Sikap Ibu Bapa

Menjengah ke ruangan komen, netizen bukan sahaja berang dengan tindakan kanak-kanak tersebut, tetapi lebih kecewa dengan sikap ibu bapa mereka yang tidak memainkan peranan dalam membimbing anak-anak.

Sumber: TikTok @penduduksgpetani01

Seorang pengguna menegaskan bahawa adab bermula dari rumah, dan ibu bapa sepatutnya menjadi contoh utama dalam mendidik anak-anak agar berkelakuan sopan serta menghormati haiwan.

Sumber: TikTok @penduduksgpetani01
Sumber: TikTok @penduduksgpetani01
Sumber: TikTok @penduduksgpetani01

Baca Artikel Berkaitan: Murid Kantoi Bawa Vape & Telefon Ke Sekolah, Orang Ramai Puji Ibu Benarkan Pengetua Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Ibu Bapa Dia?” – Aksi Kanak-kanak Panjat Atas Gelongsor Tinggi Bikin Ramai Kecut Perut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd