Now Reading
“Nak Pinjam Untuk Mekap” – Aksi Lotong Cuba Bawa Lari Cermin Cecah 6.7 Juta Tontonan!

“Nak Pinjam Untuk Mekap” – Aksi Lotong Cuba Bawa Lari Cermin Cecah 6.7 Juta Tontonan!

Lotong tersebut bagaimanapun tidak berjaya membawa lari cermin berkenaan setelah dihalau keluar dari rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Orang ramai sedia maklum bahawa monyet merupakan seekor haiwan yang boleh dikatakan buas kerana sering menceroboh masuk ke dalam kawasan kediaman dan mengambil barangan serta makanan yang ditinggalkan.

Seperti sebelum ini, seekor monyet telah mencuri dan mencuba sedikit ubat gastrik Gaviscon dari bilik seorang pelajar di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bukan sahaja makanan, monyet-monyet yang menceroboh masuk turut mengambil harta benda termasuklah pakaian.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Hilangkan Asid Perut Tu” – Monyet Curi Gaviscon Ketika ‘Lawat’ Pelajar Di Kolej Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Nak Tutup Aurat” – Gelagat 2 Monyet Rebut Tudung Di Ampaian Jiran Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Dari KL Ke TTDI” – Aksi Monyet ‘Tumpang’ Kereta Raih Pelbagai Reaksi

Lelaki Baling Bantal Untuk Halau Lotong Dari Dalam Rumah

Dalam ‘keganasan’ kebanyakan spesies monyet, ada juga yang dikenali dengan sifatnya yang lebih jinak seperti monyet lotong.

Namun ternyata lotong ini bukanlah sebaik yang disangka apabila turut menceroboh masuk ke dalam rumah seperti yang disaksikan dalam satu video tular di TikTok (@aunivthrh).

Menerusi video terbabit, kelihatan seorang lelaki cuba untuk menghalau seekor lotong yang masuk ke dalam rumah dengan membaling bantal ke arahnya.

Lotong Cuba Bawa Lari Cermin Muka

Namun apa yang mencuit hati adalah apabila lotong terbabit menceroboh kediaman itu bukan untuk mencuri makanan, sebaliknya cermin muka!

Walaupun setelah dihalau, dia dilihat masih cuba membawa lari cermin tersebut bersama-sama walaupun kelihatan agak berat dengan saiznya yang besar.

Dia bagaimanapun tidak berjaya mengambil cermin berkenaan kerana telah dihalau keluar dari rumah.

Video tersebut telah meraih 6.7 juta tontonan dengan lebih 200 ribu tanda suka setakat artikel ini dihasilkan.

@aunivthrh cermin pun dah takselamat sekarang 😔 #fyp #rayacore #foryoupage #4u ♬ QKThr – Aphex Twin

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Terhibur Lihat Telatah Lotong

Gelagat lotong comel itu yang cuba mencuri cermin ternyata menarik perhatian orang ramai yang membanjiri ruangan komen.

Mereka berseloroh bahawa haiwan itu hadir ke rumah tersebut kerana mahu memenuhi jemputan beraya. Tidak kurang juga yang berjenaka dia mahu meminjam cermin tersebut untuk bersiap ketika raya.

Beberapa pengguna media sosial pula berpendapat mungkin lotong tersebut menganggap pantulan wajahnya sebagai seekor lotong lain yang terperangkap dan cuba menyelamatkannya.

Dalam masa sama, terdapat individu yang berkata bahawa lotong adalah haiwan yang jinak dan comel, membuatkan mereka teringin untuk memeliharanya.

Pun begitu, seorang pengguna media sosial berkata lotong bukanlah jinak dan ada juga sisinya yang agresif.

”Ini sekali keluar taring, lagi ganas. Ni mood dia tengah baik tu,” katanya yang pernah berdepan dengan lotong agresif.

Sumber: @aunivthrh/ TikTok

Lotong Spesies Terancam Di Bawah Senarai Merah IUCN

Bagi anda yang tidak tahu, lotong sebenarnya merupakan haiwan yang terancam. Antara spesies lotong yang terdapat di Semenanjung Malaysia ialah Lotong Kelabu, Lotong Cengkung/Celak, dan Lotong Ceneka.

Spesis Lotong Cengkung dikategorikan sebagai Terancam (EN), manakala Lotong Cenekah pula Terancam Teruk (CR) di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa (IUCN). Kedua-duanya dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Spesies Lotong Cenekah sebelum ni hanya direkodkan di Johor dengan anggaran 500 ekor, sebelum ditemui oleh sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di negeri Pahang pada tahun lepas.

Walaupun ada individu yang memelihara lotong, namun mereka perlu mendapatkan lesen atau permit sah. Menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 61 Aka Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 jika menyimpan haiwan liar tanpa kebenaran, dan boleh didenda sehingga RM100,000 serta hukuman penjara sehingga lima tahun.

Spesies Lotong Cengkung. (Sumber gambar: Perhilitan).

Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Mandi Sekali Ada Lotong Teman, Ramai Terkejut Tak Tahu Ini Binatang Apa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Baby, Cepat Cari Kutu” – Lelaki Berkawan Dengan Lotong Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd