“Kalau Gesel, Jadi Salah Lori” – Kereta Parkir Sesuka Hati Tepi Jalan Di R&R Bikin Ramai Berang
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang memang terkenal menjadi tumpuan orang ramai menyebabkan kebanjiran kenderaan di situ.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika dalam perjalanan, para pemandu bukan sahaja perlu memikirkan kesesakan trafik tetapi juga ketersediaan tempat parkir, terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R).
Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, lebuh raya sesak dan R&R menjadi tumpuan, menyebabkan ruang parkir cepat penuh. Ada yang terpaksa berpusing berkali-kali untuk mencari tempat kosong.
Namun, kekurangan parkir bukan alasan untuk meletakkan kenderaan sesuka hati hingga menghalang laluan dan menyusahkan pengguna lain seperti yang berlaku baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Padah Parking Di Loading Bay, Pemandu Lori Ini ‘Sidai’ Pemandu Kereta Hampir Sejam
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Baca Artikel Berkaitan: “Keluar Buang Air Time Jam Melekat, Sekali..” – Lelaki Tercungap Kejar Kereta Lepas Ditinggal Bikin Dekah
Lori Terperangkap Akibat Kereta Parkir Sembarangan
Menerusi perkongsian di TikTok (@fejaznakadnas), seorang pemandu lori berkongsi situasi di mana dia terperangkap di susur R&R akibat deretan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.
Dalam video itu, dia turut merakam keadaan di belakangnya yang menunjukkan barisan panjang kenderaan lain tersekat kerana lori yang dipandunya tidak dapat bergerak.
Menurutnya, dia sudah membunyikan hon berkali-kali, namun tiada siapa yang peduli. Hanya selepas beberapa lama barulah pemilik kenderaan mengalihkan kereta mereka, tetapi dengan wajah selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Netizen Geram Dengan Tindakan Pemandu Parkir Kereta Sembarangan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang sesuka hati meletakkan kenderaan hingga mengganggu kelancaran trafik.
Seorang pengguna TikTok mempersoalkan sejauh mana kesusahan yang perlu dihadapi oleh pemandu-pemandu kereta berkenaan sekiranya mereka memarkir kereta jauh daripada tempat yang dituju dan berjalan.
Menurutnya, tindakan mereka menghalang laluan kenderaan berat di situ hanya akan menambah kesesakan lebuh raya yang sudah sedia ada.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama ketika dihalang oleh pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di tempat tak sepatutnya.

Turut ada pemandu yang memilih untuk menukar haluan mereka kerana tidak ingin berpening kepala menghadap kerenah pemandu-pemandu di atas jalan.

Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya Adalah Satu Kesalahan
Untuk info, para pengguna jalan raya perlulah meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan trafik berlaku.
Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau mengikut Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Sekumpulan Mat Saleh Angkat & Alihkan Kereta Halang Laluan Bas Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.