Now Reading
“Hero To Zero” – Cubaan Lelaki Halau Beruk Gagal, Lari Lintang Pukang & Jeritan Batin Terkeluar

“Hero To Zero” – Cubaan Lelaki Halau Beruk Gagal, Lari Lintang Pukang & Jeritan Batin Terkeluar

Difahamkan, kanak-kanak itu keluar berjalan untuk beraya dari rumah ke rumah dan akhirnya terhalang kerana beruk yang mengejar mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi penduduk yang tinggal berhampiran hutan, kemunculan haiwan liar di kawasan rumah bukanlah perkara luar biasa. Lebih-lebih lagi haiwan seperti kera, beruk dan monyet.

Kadangkala, haiwan ini datang untuk merosakkan tanaman sekitar rumah kerana tertarik dengan sumber makanan yang ada. Lain pula kisahnya apabila haiwan tersebut bukan sahaja datang untuk makan, tetapi bertindak dengan lebih agresif.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini, apabila niatnya mahu menghalau beruk di tepi jalan yang mengganggu kanak-kanak lalu-lalang sebelum dia sendiri yang akhirnya terpaksa lari lintang-pukang!

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan: “Dari KL Ke TTDI” – Aksi Monyet ‘Tumpang’ Kereta Raih Pelbagai Reaksi

Niat Nak Selamatkan, Diri Sendiri Pula Jadi Mangsa

Sebuah video tular di TikTok (@bangbubesihitam) memaparkan gelagat seorang lelaki yang pada mulanya dengan penuh yakin mahu membantu dua kanak-kanak daripada gangguan seekor beruk.

Namun, situasi bertukar lucu apabila cubaan menghalau haiwan tersebut gagal, malah dia pula menjadi sasaran.

Dalam rakaman yang dipercayai berlaku di kawasan kampung, kelihatan dua kanak-kanak datang mengadu kepada lelaki berkenaan bahawa mereka telah dikejar oleh seekor beruk.

Dengan penuh keyakinan, lelaki itu menuju ke lokasi haiwan tersebut sambil sempat bergurau, “Woi kera, berani kau kacau budak-budak nak pergi beraya.”

Namun, sejurus tiba di lokasi, beruk itu enggan berundur dan sebaliknya terus mengejar lelaki berkenaan. Penyelamat kini sudah bertukar menjadi mangsa. Lelaki itu berlari lintang pukang diiringi dengan jeritan jantannya.

@bangbubesihitam

Saya cuba selamatkan budak-budak nak pergi beraya dari sekumpulan kera tetapi sesuatu yang berlaku.. pakcik dah cuba dik. #sayamestirajin #bangbu #besihitam #raya #budakberaya #lucu

♬ original sound – bangbubesihitam – bangbubesihitam
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Lari Bertempiaran

Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur melihat lelaki itu bertukar daripada penyelamat kepada mangsa dalam sekelip mata.

Banyak yang berkongsi bahawa mereka tidak dapat menahan ketawa mendengar suara ketakutannya yang tiba-tiba keluar begitu sahaja.

Sumber: TikTok @bangbubesihitam
Sumber: TikTok @bangbubesihitam

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka dikejar haiwan liar seperti beruk dan kera.

Sumber: TikTok @bangbubesihitam
Sumber: TikTok @bangbubesihitam

Tips Bila Terserempak Dengan Monyet, Beruk & Cara Untuk Halau

Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai banyak haiwan liar berkenaan, ini merupakan beberapa tips yang perlu dilakukan sekiranya terserempak dengannya:

  • Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
  • Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet.
  • Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
  • Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat. 

Di samping itu, anda juga boleh cuba menghalau monyet menggunakan kaedah berikut:

  • Gunakan alat penghalau ultrasonik.
  • Letakkan patung yang kelihatan realistik seperti harimau atau ular untuk menakutkannya.
  • Pasangkan objek berkilat yang boleh memantulkan cahaya seperti cakera padat (CD).
  • Memasang bunyi yang kuat seperti menerusi speaker atau membunyikan wisel, belon dan sebagainya.
  • Hubungi pihak Perhilitan sekiranya semua usaha di atas tidak berjaya.

Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar

Baca Artikel Berkaitan: “Manusia Yang Ganggu Habitat” – Sekumpulan Monyet Banjiri Kawasan Kampung Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd