[Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur
Berdasarkan video tersebut, kucing berkenaan dilihat turut berada dalam barisan seakan-akan menunggu giliran untuk bersalaman pada hari pertama Raya Aidilfitri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing sering menjadi haiwan peliharaan pilihan kerana sifatnya yang manja dan mencuit hati. Keakraban dengan pemilik membuatkan mereka bukan sekadar haiwan, malah dianggap sebahagian daripada keluarga.
Tidak hairanlah ramai yang melayan si bulus seperti anak sendiri, malah ada yang melibatkan mereka dalam pelbagai momen istimewa. Dari menyambut hari lahir hinggalah ke suasana perayaan, kucing sering menjadi sebahagian daripada kegembiraan.
Itulah yang terjadi dalam sebuah video tular apabila seekor kucing turut beratur bersama-sama ahli keluarga untuk bersalaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Habis Ramadan Pun Tak Puasa” – Gelagat Bayi & Kucing Minum Susu Botol Sama-Sama Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!
Baca Artikel Berkaitan: “Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur
Si Bulus Beratur Untuk Beraya
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@zaffzatul), video berkenaan memaparkan suasana meriah sebuah keluarga yang sedang beratur untuk bersalaman dengan ibu bapa mereka yang duduk di sofa.
Apa yang mencuit hati, seekor kucing berwarna kelabu turut berada dalam barisan seolah-olah menunggu gilirannya untuk bersalaman.
Kelibat si bulus ini menambahkan lagi warna dalam suasana raya mereka, apatah lagi semua ahli keluarga sedondon mengenakan baju raya berwarna merah manggis (maroon).
Pemilik video turut berjenaka dalam kapsyen yang tertulis, “Begitulah kalau kau banyak salah silap, kau akan beratur salam raya sekali,” membuatkan ramai terhibur dengan gelagat si bulus yang seolah-olah memahami tradisi itu.
Netizen Terhibur Dengan Gelagat Kucing
Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang terhibur melihat aksi spontan kucing tersebut.
Turut bergurau melihat si bulus tidak mengenakan sebarang baju raya yang sedondon dengan ahli keluarganya.

Ada yang berjenaka menyatakan bahawa kucing tersebut sememangnya perlu meminta maaf kerana dia yang paling banyak melakukan kesilapan berbanding ahli keluarga yang lain.


Gelagat si bulus ini bukan sahaja menghiburkan, malah membuktikan betapa rapatnya hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan, lebih-lebih lagi dalam suasana hari raya yang penuh makna.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Kucing Gemuk Kelam-Kabut Tersekat Di Pintu Grill Bikin Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.