Now Reading
[Video] Keluarga Tampil Sedondon Dengan Baju Raya Tema ‘Hello Kitty’ Raih Perhatian

[Video] Keluarga Tampil Sedondon Dengan Baju Raya Tema ‘Hello Kitty’ Raih Perhatian

Difahamkan, baju raya bertema Hello Kitty berkenaan ditempah dan dijahit khas dari Indonesia untuk keluarga “Kakak Hello Kitty”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali Aidilfitri, pemilihan baju raya sedondon sudah menjadi trend dalam kalangan keluarga. Selain menambahkan kemeriahan, ia juga menjadi simbol kesepakatan antara ahli keluarga.

Kebanyakan orang memilih warna-warna klasik seperti biru, hijau atau pastel. Namun ada juga yang tampil dengan tema unik untuk mencipta kelainan dalam sambutan raya mereka.

Begitulah yang dilakukan oleh sebuah keluarga ini apabila mereka memilih tema yang cukup luar biasa iaitu Hello Kitty.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Indonesia Obses Dengan Hello Kitty, Satu Rumah Warna Pink!

Baca Artikel Berkaitan9 Jenama Buat Kolaborasi Dengan Barbie Di Malaysia. Semua Warna Pink!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buat Trend Lagu Raya, Pemilik Pakaikan Anjing Husky Baju Melayu & Baju Kurung Buat Ramai Terhibur

Keluarga Berbaju Raya Tema Hello Kitty

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@kakakhellokitty), seorang wanita berkongsi keterujaan menyambut raya bersama-sama keluarganya dengan tema Hello Kitty.

Mereka sekeluarga mengenakan pakaian serba pink lengkap dengan perincian watak kartun popular tersebut.

Si suami dan anak lelaki lengkap mengenakan tanjak serta samping bercorak Hello Kitty, manakala anak perempuan pula memakai telinga kucing untuk menyesuaikan diri dengan tema mereka.

Dalam video itu juga, keluarga ini dilihat keluar makan bersama-sama sambil memperagakan pakaian bertema sama yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, ini bukan kali pertama Kakak Hello Kitty dan keluarganya tampil menggayakan baju raya bertemakan Hello Kitty untuk acara-acara besar.Malah sekitar 2021, mereka juga pernah memperagakan baju “Captain America” semasa musim perayaan.

Sumber: KakakHelloKitty

Bercakap kepada The Rakyat Post, pemilik video menjelaskan bahawa baju raya bertemakan Hello Kitty tersebut ditempah daripada Indonesia khas untuk keluarganya.

https://www.tiktok.com/@kakakhellokitty/video/7487919871993416978?_r=1&_t=ZS-8vC3pPToN9T
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Ada Juga Yang Anggap Terlalu Keterlaluan

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keberanian keluarga ini tampil dengan konsep berbeza dan menganggap ia sebagai satu cara meraikan kebahagiaan bersama.

Ramai juga yang memuji sikap “sporting” si suami yang tidak kisah mengenakan pakaian bertema Hello Kitty demi menggembirakan isteri dan anak-anak.

Sumber: TikTok @kakakhellokitty
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

Namun tidak semua memberikan reaksi positif. Ada yang merasakan tema tersebut terlalu keterlaluan untuk dipakai di tempat awam.

Walau demikian, pemilik video dilihat tenang menjawab segala kecaman yang diberi dengan tenang.

Sumber: TikTok @kakakhellokitty
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

Baca Artikel Berkaitan: ‘Barbie Land’ Mendarat Di KL & PJ Sepanjang Julai Ini

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rekaan Baju Raya Dengan Tema Ultraman, Tak Sangka Ramai Pula Yang Berminat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd