“Orang Kampung Tak Nak Kiss” – Keluarga Hanya Ketawa & Tak Tegur Adab Si Kecil Ketika Salam Raya Jadi Perhatian
Menerusi video tular, kanak-kanak lelaki itu berkata dia enggan mencium pipi seoramg wanita yang dipercayai ahli keluarganya ketika salam raya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umat Islam seluruh dunia kini sedang meraikan bulan Syawal selepas selesai menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini boleh dirasai selepas orang ramai berkongsi suasana bersama ahli keluarga di kampung halaman.
Budaya Hari Raya di Malaysia juga dilihat masih berterusan sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, menyediakan hidangan ‘wajib’ Aidilfitri iaitu ketupat dan rendang, memasang pelita di sekeliling rumah, menyaji kuih raya serta memberi sampul raya.
Untuk golongan kanak-kanak, waktu inilah mereka boleh sampul raya ‘hunting’ daripada individu lebih dewasa.
Kanak-kanak Enggan Cium Pipi ‘Orang Kampung’ Ketika Bersalaman
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) menyaksikan sebuah keluarga yang sedang berkumpul di ruang tamu kampung di Kelantan.
Dalam video perkongsian, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berdiri dalam barisan bagi menunggu giliran bersalam dan mendapatkan duit raya daripada orang dewasa di sana.
Namun perkara yang mengundang perhatian apabila tiba giliran seorang kanak-kanak lelaki yang memakai Baju Melayu berwarna biru. Dalam klip berkenaan, si kecil enggan mencium pipi wanita itu apabila disuruh ketika bersalaman.
Selepas menerima sampul duit raya, kanak-kanak tersebut berkata, “Orang kampung saya tak nak kiss (cium).”
“POV: Budak bandar balik raya dekat Kelantan,” kata pengendali akaun di ruangan kaspyen.
Kelihatan ahli keluarga yang lain pula terbahak-bahak ketawa dan tercengang sebaik mendengar respon kanak-kanak berkenaan.
Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Ragam & Perangai Anak Perlu Ditegur Oleh Ibu Bapa
Seorang individu dikenali sebagai Fazri Hassan berkata aksi kanak-kanak yang menjawab sebegitu bukannya disebabkan masalah generasi sekarang tetapi berpunca daripada golongan ibu bapa yang tidak menegur anak sendiri.

Ramai Anggap Kata-kata Sebegitu Adalah Gurauan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berkata golongan dewasa seharusnya memainkan peranan penting dalam mendidik adab kanak-kanak yang sedang membesar.
“Saya setuju. Anak aku naik suara dekat makcik diorang pun aku dah naik suara. Berani la kau nak kata macam ni. Lantaklah yang kata aku singa ke apa, tetapi diorang kena belajar adab dari kecil. Sebab tu ada pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” kata seorang wanita.
Malah ada juga yang kecewa apabila segelintir individu khususnya golongan ibu bapa beranggapan bahawa aksi sebegitu adalah lawak dan tidak serius.
“Semua jadi benda lawak. Tengok la tak ada siapa yang tegur. Semua gelak,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir individu meluahkan rasa bimbang terhadap tingkah laku si kecil pada masa akan datang jika perkara ini tidak dibendung daripada awal.
“Takut dah besar nanti, mak bapak dia pun dia tak takut. Bukan apa, ada contoh terdekat biadap dia tahap melampau,” kata seorang pengguna X.




Baca Artikel Berkaitan: “RM2 Je?” – Wanita Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Duit Raya Depan Si Pemberi
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Main Terjah Rumah Orang” – Ini Senarai Nasihat Berguna Sempena Aidilfitri 2024
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



