“Keluar Buang Air Time Jam Melekat, Sekali..” – Lelaki Tercungap Kejar Kereta Lepas Ditinggal Bikin Dekah
Difahamkan, lelaki tersebut keluar daripada kereta untuk membuang air kecil semasa trafik sedang sesak sebelum semuanya bergerak laju menyebabkan dia terpaksa berlari anak mengejar kenderaannya itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan tingkah laku spontan yang menghiburkan. Ada sahaja gelagat dan akal mereka untuk menukar situasi genting kepada jenaka.
Dalam musim perayaan, jalan raya pasti sesak dengan kenderaan yang banyak. Ketika tersekat dalam kesesakan, ada yang mengambil peluang untuk keluar bertegur sapa, berehat di luar kereta, atau kes terpencil seperti tidak tahan untuk membuang air.
Itulah yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia terpaksa mengejar keretanya sendiri selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di tengah-tengah jalan yang mula bergerak laju setelah selesai dengan urusannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Pasrah Tahap Dewa” – Gelagat Sekumpulan Lelaki Lepak Santai Lepas Kereta Terbalik Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Berbuka Atas Motor Ke?” – Trafik Sesak Di Sempadan Malaysia & Singapura Undang Pelbagai Reaksi
Terpaksa Berlari Kejar Kereta
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@leman_469), lelaki tersebut merakam dirinya sedang berlari sambil tercungap-cungap mengejar kereta sendiri selepas ‘tertinggal’ di tengah kesesakan jalan raya.
Menurutnya, dia yang sebelum itu memandu terpaksa menukar “driver” kerana ingin keluar buang air kecil di masjid berdekatan di saat kenderaan mereka berhenti akibat kesesakan.
Namun, sebaik sahaja selesai, dia keluar dan mendapati semua kenderaan sudah mula bergerak laju.
Lebih mencuit hati, pemandu kereta tidak hirau dengan ketiadaannya dan terus memandu, menyebabkan dia terpaksa berlari mengejar keretanya sendiri.
“Tadi lekat (tak bergerak), berhenti buang air kecil, dah keluar ni laju pula jalan. Nak kena kejar kereta pula,” keluhnya sambil tercungap-cungap berlari.
Netizen Terhibur Dengan Gelagat Lelaki Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi lucu yang dialami lelaki berkenaan.
“Semalam nampak abang berlari, mak saya suruh kunci pintu kereta!”



Bukan Kali Pertama Pengguna Jalan Raya Keluar Kereta Ketika Trafik Sesak

Sebelum ini, pernah juga berlaku kes di mana rakyat Malaysia keluar dari kereta dan beramah mesra sesama sendiri sewaktu trafik sedang sesak.
Dalam satu kejadian di Tapah Perak pada 2022, kesesakan selama tiga jam di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akibat sebuah lori treler terbalik menyebabkan pengguna jalan raya mengambil peluang untuk berehat di luar kenderaan mereka.
Menurut perkongsian di TikTok, ada yang mengeluarkan kerusi lipat untuk duduk berborak, malah kanak-kanak juga kelihatan bermain di tepi jalan bersama ibu bapa mereka.
Lebih mencuri perhatian, ada individu yang dilihat sempat bermain badminton sementara menunggu trafik kembali lancar.
Suasana yang seakan-akan kawasan rehat R&R ini menghiburkan netizen, yang menganggapnya sebagai salah satu cara unik rakyat Malaysia menghilangkan bosan ketika berdepan kesesakan lalu lintas.
Baca Artikel Berkiatan: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pantas Wanita Kejar Kereta Terlepas Handbrake Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.