Now Reading
Insiden Putra Heights: Penduduk Terjun Ke Sungai Kerana Bahang Api Terlalu Panas

Insiden Putra Heights: Penduduk Terjun Ke Sungai Kerana Bahang Api Terlalu Panas

Menerusi video tular, sekumpulan individu itu melambai-lambaikan tangan mereka bagi meminta bantuan selepas menyelamatkan diri daripada kesan bahang dan udara panas kebakaran di Putra Heights.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam hari ke-2 Syawal (1 April 2025), masyarakat dikejutkan dengan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya Selangor. Penduduk sekitar menyifatkan keadaan api yang begitu marak daripada pagi hingga lewat petang itu sebagai bencana bumi yang begitu dahsyat.

Setakat hari ini (2 April) memetik Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad mengesahkan sebanyak 237 rumah secara keseluruhan yang terjejas dalam kebakaran itu.

Jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 305 orang yang mana kebanyakannya cedera akibat melecur serta tersedut haba panas. Setakat 7.30 pm semalam pula, 349 mangsa daripada 72 keluarga berpidah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Penduduk Sekitar Putra Heights Lari Selamatkan Diri Ke Pinggir Sungai

Bahang daripada api marak sememangnya memberi kesan kepada para penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kejadian. Dalam masa sama tular satu hantaran di laman TikTok (@jalanan_berduri) menyaksikan masyarakat setempat sedang duduk sekitar pinggir sungai di Kampung Tengah Puchong.

Difahamkan keluarga itu telah terjun ke sungai bagi menyelamatkan diri kerana bahang api yang terlalu panas.

“Penduduk berlari turun ke pinggir sungai melambai mohon dibantu,” kata pengendali akaun TikTok.

Menurut salah seorang mangsa di ruangan kapsyen, dia bersama ahli keluarga yang berada di pinggir sungai itu kini sudah dalam keadaan selamat.

@jalanan_berduri Ya Allah panasnya bahang penduduk lari ke pinggir sungai minta pertolongan #bomba #penduduk #kgtengahpuchong #doa #petronas #kebakaran #depo #saluranpaip #puchong #fyp #fypシ゚ ♬ bunyi asal – pinguin cute – 🔱💍it'sMeJannah💍🔱

Tonton video penuh [DI SINI].

Untuk info, bahang api yang sangat panas itu juga menyebabkan banyak kereta penduduk yang diletakkan di berdekatan kawasan kejadian cair dengan teruk.

Ramai Sebak Lihat Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Saluran Paip Gas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat nasib yang menimpa mangsa-mangsa kebakaran ini.

“Sedihnya. Dulu banjir teruk sungai ni juga melimpah dan banjir di kampung situ. Sekarang api (kebakaran) pula. Allah SWT uji mereka,” kata seorang wanita.

Malah segelintir individu berkata penduduk masih turun ke sungai meskipun didakwa terdapat buaya di sana.

Sementara itu, ramai juga tidak terlepas mendoakan agar segala urusan mangsa-mangsa dipermudahkan.

“Kami warga Selangor dan Kedah mendoakan kebaikan serta keselamatan saudara kami yang berdekatan dengan tempat kejadian. Allahuakbar ujian Allah pada Syawal ke-2,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@jalanan_berduri)

Kerajaan Salurkan RM5,000 Untuk Kediaman Yang Musnah Sepenuhnya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa sama meluahkan rasa simpati terhadap rakyat yang terlibat dalam kemusnahan kebakaran luar biasa terbabit.

“Saya dan Azizah amat terkesan tatkala melihat sendiri kesan kemusnahan yang berlaku akibat kebakaran luar biasa di Putra Heights. Kami zahir simpati buat mangsa-mangsa yang cedera dan hilang tempat tinggal kesan tragedi ini.

“Penghargaan tertinggi buat pasukan bomba, polis dan pihak berkuasa tempatan yang telah bertindak sepantas mungkin untuk memadam kebakaran serta memastikan penduduk dipindahkan dari lokasi kejadian,” jelas beliau.

Bagi membantu mangsa-mangsa, kerajaan akan menghulurkan bantuan segera sebanyak RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran ini, manakala RM2,500 bagi kediaman yang terjejas sebahagian.

Mangsa Insiden Kebakaran Putra Heights Layak Terima Zakat

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri menerusi perkongsian di akaun media sosialnya pula berpendapat, mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights layak menerima zakat sekiranya mereka memerlukan wang untuk pemulihan kehidupan dan pembayaran liabiliti yang timbul akibat kejadian itu.

Sumber: Facebook Amirudin Shari

“Dalam hadis riwayat Imam Muslim daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali, Rasulullah SAW mengizinkan individu yang ditimpa musibah untuk meminta bantuan sehingga mereka dapat kembali kepada kehidupan yang stabil.

“Oleh itu, saya menyeru agar institusi zakat, NGO (badan bukan kerajaan) Islam serta individu yang berkemampuan menyalurkan zakat kepada mangsa yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan, atau menanggung hutang akibat insiden ini.

“Bantuan ini boleh diberikan dalam bentuk kewangan bagi membiayai kos pemulihan pasca-bencana dan menyokong kehidupan harian mereka sehingga stabil semula,” seru Dr Zulkifli.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan umat Islam untuk terus menzahirkan solidariti melalui sedekah bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim.

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Paradise Lost: When Putra Heights’ Suburban Dreams Meet Industrial Nightmares

Baca Artikel Berkaitan: Shocking Blast Near Subang Jaya Sends Residents Fleeing


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd