[Video] Ramai Persoal Tindakan Wanita Ini Guna Kain Sebagai Penghalang Matahari Semasa Memandu
Menerusi video tersebut, kain hitam yang digunakan untuk mengadang cahaya matahari menyebabkan pemandu terpaksa mengintai ke tepi untuk melihat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjadi seorang pemandu berhemah adalah penting bagi memastikan keselamatan di jalan raya terjamin.
Malangnya, masih ramai yang mengambil ringan aspek keselamatan dan melakukan tindakan yang membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.
Terbaharu, satu lagi kejadian di atas jalan raya mencetuskan perdebatan apabila seorang wanita dilihat menggunakan sehelai kain berwarna gelap untuk menghalang cahaya matahari ketika memandu, sekali gus menjejaskan pandangannya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Pemandu Myvi Menyelit Sebelah Treler Semasa Di Selekoh Buat Ramai Geram
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selfish” – Pemandu Van Jabatan Kerajaan Halang Laluan Kereta Dikecam Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Berang Pemandu Lori Buat Pusingan U Haram, Hampir Sebabkan Rider Kemalangan
Hadang Panas, Tapi Hilang Pandangan
Menerusi perkongsian di TikTok (@vickyyongq), kelihatan seorang pemandu wanita melindung bahagian hadapan dirinya dengan sehelai kain hitam semasa memandu.
Kain tersebut disangkut pada “windshield sunshade” yang sedia ada di dalam kereta dan ditarik hingga ke kepala kerusi pemandu.
Perakam juga kedengaran keliru dengan tindakan wanita itu yang seolah-olah tidak mempedulikan aspek keselamatan dan penglihatannya yang terganggu semasa memandu.
Lebih merisaukan, pemandu wanita itu hanya mengintai dari tepi kain tersebut untuk melihat jalan. Situasi ini menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat mengawal kenderaan dengan baik dalam keadaan sebegitu.
Ramai Keliru Dengan Tindakan Wanita Terbabit
Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan kekeliruan melihat wanita itu bertindak sebegitu rupa hanya untuk menghalang terikan dan panas matahari.
Ada yang mempersoalkan keptusannya itu umpama tidak berfikir panjang.
Namun, di sebalik kritikan, ada juga yang bersimpati dan menawarkan penyelesaian lebih baik. Antaranya mendapatkan cermin mata hitam atau memasang “tinted” pada bahagian cermin hadapan.



Tindakan sebegini bukan sahaja membahayakan pemandu itu sendiri, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Sebarang gangguan terhadap penglihatan semasa memandu boleh membawa risiko kemalangan yang serius.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Selamba ‘Reverse’ Kereta Di Jalan Raya Hanya Kerana Terlepas Simpang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Wanita Didakwa Dipukul 2 Lelaki Ketika Berlaku Perselisihan Faham Di Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: “The Real Dominic Toretto” – Pemandu Bawa Myvi Secara ‘Reverse’ Bikin Ramai Terbeliak Mata
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



