[Video] Buat Trend Lagu Raya, Pemilik Pakaikan Anjing Husky Baju Melayu & Baju Kurung Buat Ramai Terhibur
Difahamkan, baju yang disarung merupakan baju raya kanak-kanak yang diubahsuai menepati saiz badan dan bentuk kedua-dua anjing berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali menjelang Aidilfitri, lagu raya baharu sering menjadi pilihan utama pengguna media sosial untuk menghasilkan kandungan kreatif.
Tahun ini, lagu “Meriah Lain Macam” nyanyian Hael Husaini dan Nadeera menjadi salah satu lagu pilihan ramai.
Menariknya, trend ini bukan sahaja disertai oleh manusia. Terbaharu, haiwan peliharaan juga dilihat ‘turun padang’ mengikuti trend raya, mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sebabkan Anjing Berteduh Depan Pintu Rumah, Tindakan Lelaki Ini Biarkan Ia Rehat Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anjing Terlepas Naik Tren, Netizen Puji Orang Ramai Tak Panik & Cuba Bawa Ia Keluar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!
Anjing Husky Berbaju Raya Lengkap
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok (@novakiarathefurryhuskies), pemilik kepada dua ekor anjing husky menyertai trend lagu raya dengan cara unik.
Kedua-dua anjing tersebut dipakaikan pakaian raya yang lengkap di mana seekor memakai baju Melayu bersamping, manakala seekor lagi memakai baju kurung.
Pakaian mereka juga dihias dengan rapi, menyerupai sepasang suami isteri yang bersiap sedia untuk menyambut Aidilfitri.
Kecomelan mereka dalam busana tradisional itu mencuri perhatian ramai, yang kagum dengan usaha pemilik dalam menghias haiwan peliharaannya.
Netizen Terhibur Dengan Kecomelan Anjing Berbaju Raya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat dua ekor anjing ini dalam pakaian tradisional. Ramai yang menganggapnya sebagai sesuatu yang comel dan unik.
Selain itu, turut ada pengguna yang memuji pemiliknya kerana gigih menyediakan pakaian khas untuk haiwan peliharaan mereka.



Ada juga yang bergurau mengenai betapa cantik dan lengkapnya pakaian anjing tersebut, sehingga dibandingkan dengan pakaian raya mereka sendiri.

Gelagat anjing berbaju raya ini sememangnya menceriakan suasana, menjadikan trend lagu raya tahun ini lebih istimewa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota APM Selamatkan Husky Terjatuh Dalam Longkang, Siap Kena Pujuk & Kendong!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Lelaki Beri Makan Kepada Anjing Terkurung Dalam Rumah Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.