Now Reading
“Tekong & Pemancing Mata Helang” – Ramai Teruja Lihat Skil Dua Pemancing Tangkas Pancing Ikan

“Tekong & Pemancing Mata Helang” – Ramai Teruja Lihat Skil Dua Pemancing Tangkas Pancing Ikan

Menerusi video tersebut, kedua-dua lelaki ini sedang berada dalam bot dengan kelajuan laju sebelum kedua-dua mereka terlihat seekor ikan toman di tengah air dan berhenti menangkapnya dengan pantas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang mempunyai hobi tersendiri, ada yang lebih santai dan ada juga yang mencabar. Memancing, misalnya, bukan sekadar menunggu ikan menyambar umpan, tetapi memerlukan kesabaran serta kemahiran tertentu.

Hasil tangkapan pula bergantung kepada rezeki, keadaan cuaca dan teknik yang digunakan. Jika tiada rezeki, terpaksalah pulang dengan tangan kosong.

Namun bagi pemancing yang berpengalaman, kecekapan membaca air dan bertindak dengan cepat boleh menjadi kelebihan. Seperti aksi dua lelaki dalam video ini yang hanya sekilas pandang sudah berjaya mendapatkan hasil.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemancing Jumpa Beg Dalam Sungai, Orang Ramai Saran Laporkan Pada Polis

Sekali Nampak, Terus Strike

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok (@p4km41lf15h1ng), kelihatan dua lelaki menaiki bot dengan kelajuan tinggi menuju ke satu destinasi.

Dalam perjalanan, mereka ternampak kelibat ikan bermain di permukaan air. Tanpa berlengah, “tekong” bot segera memutarkan haluan, sementara seorang lagi terus mengeluarkan joran dan melontarkan umpan dalam satu gerakan.

Apa yang menarik, hanya beberapa saat selepas umpan menyentuh air, ikan terus menyambar. Selepas bertarung selama seminit, mereka berjaya menaikkan hasil tangkapan ke dalam bot.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja Lihat Kecekapan

Menjengah ke ruangan komen, aksi dua lelaki ini nyata menarik perhatian ramai. Netizen kagum melihat bagaimana mereka dapat mengesan ikan dalam sekelip mata dan terus mendapat hasil.

Sumber: TikTok @p4km41lf15h1ng

Selain itu, ramai turut memuji skil tekong bot yang cekap mengendalikan bot dengan lancar.

Tidak kurang juga yang memperingati kedua-dua lelaki ini untuk memakai jaket keselamatan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Sumber: TikTok @p4km41lf15h1ng
Sumber: TikTok @p4km41lf15h1ng

Langkah Keselamatan Sebelum Ke Laut

Bagi anda yang merancang untuk ke laut menggunakan bot, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menasihatkan supaya setiap individu membuat persediaan awal bagi memastikan keselamatan sepanjang pelayaran.

#1. Alat Bantuan Navigasi

Pastikan anda membawa GPS atau kompas, terutamanya jika pelayaran melebihi 2 batu nautika dari persisiran pantai. Ini akan membantu dalam menentukan arah dan mengelakkan risiko sesat di laut.

#2. Peralatan Komunikasi

Sekurang-kurangnya dua peralatan komunikasi perlu dibawa, seperti radio VHF, telefon bimbit, lampu isyarat, atau suar kecemasan. Ini amat penting bagi memastikan anda boleh berhubung jika berlaku kecemasan.

#3. Lampu Suluh

Bawa lampu suluh yang lengkap dengan bateri dan mentol lampu tambahan. Ia sangat berguna dalam keadaan gelap atau kecemasan pada waktu malam.

#4. Jaket Keselamatan

Setiap individu yang menaiki bot perlu memakai jaket keselamatan yang bersesuaian. Jangan hanya membawanya – pastikan ia sentiasa dipakai sepanjang pelayaran.

#5. Peti Kecemasan

Pastikan bot anda dilengkapi dengan peti kecemasan yang mengandungi ubat-ubatan asas serta peralatan untuk merawat kecederaan kecil.

#6. Alat Pemadam Api

Jika bot menggunakan enjin atau terdapat perkakas memasak di atasnya, sediakan alat pemadam api yang sesuai. Pastikan ia dalam keadaan baik dan semua penumpang tahu cara menggunakannya.

#7. Pencangkuk Bot (Boat Hook)

Alat ini berguna untuk mengukur kedalaman air, menolak objek, atau membantu seseorang yang jatuh ke laut. Pastikan ia mudah dicapai sekiranya diperlukan.

Baca Artikel Berkaitan: “Comeback Is Real!” – Lelaki Berjaya Tangkap Ikan Lepas 1 Jam Disakat Rakan Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd