Now Reading
“Macam Tak Rasa Bersalah” – Gadis Selamba Letak Beg Di Zon Keutamaan LRT, Tak Dahulukan Ibu Hamil

“Macam Tak Rasa Bersalah” – Gadis Selamba Letak Beg Di Zon Keutamaan LRT, Tak Dahulukan Ibu Hamil

Menurut penumpang dikenali sebagai Cikja, gadis itu dilihat meletakkan begnya di tempat duduk zon keutamaan dalam LRT meskipun ada individu lain yang berdiri di hadapannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, setiap pengangkutan awam mempunyai panduan dan tatacara penggunaannya. Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang mengabaikan perkara tersebut.

Sebagai contoh pada tahun lalu (2024), tular di laman X (Twitter) menyaksikan seorang wanita yang sedang duduk di tempat zon keutamaan disediakan dalam LRT dan meletakkan begnya di kerusi sebelah.

Menurut pengendali akaun Rapid KL, masih ramai penumpang di koc tersebut yang berkemungkinan lebih memerlukan tempat duduk itu berbanding beg yang diletakkan.

Cakna dengan kejadian itu, Rapid KL turut menasihati orang ramai untuk lebih bertimbang rasa ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selepas ini.

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman

Gadis Letak Beg Di Zon Keutamaan LRT Hingga Halang Ibu Hamil Duduk

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@cikjabahari) apabila seorang wanita dikenali sebagai Cikja berkongsi situasi semasa berada di dalam koc LRT.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang gadis sedang duduk di tempat zon keutamaan disediakan. Namun perkara yang mengundang perhatian adalah terdapat sebiji beg yang diletakkan di tempat duduk sebelah meskipun ramai penumpang tiada tempat duduk pada ketika itu.

Cikja pada awalnya tidak pasti sama ada beg itu milik gadis itu atau sebaliknya. Namun berjaya mengesahkannya selepas penumpang tersebut bertindak memegang dan memeluk beg hitam berkenaan.

“Lepas dua stesen, perempuan yang sibuk bercakap dekat telefon tu letak tangan dia atas beg macam peluk manja. Masa ni dah confirm tu dia punya beg. Tak sabar dah nak tegur perangai tak ada common sense ni.

“Teruslah cakap, ‘Dik bag ni awak punya ke?’. Masa dia pandang terus buat muka blur sambil kata ya,” kata Cikja.

Cikja kemudian meminta gadis berkenaan agar meletakkan beg di atas riba untuk memberi laluan kepada orang lain duduk di sana. Tidak berfikir panjang, gadis itu terus mengikut arahannya.

Jelas Cikja lagi, gadis itu dikatakan seperti tidak rasa bersalah dengan tindakannya.

Untuk pengetahuan semua, tempat duduk zon keutamaan dikhaskan buat penumpang yang lebih memerlukan iaitu individu membawa anak kecil, ibu hamil, warga emas atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumber: Facebook Rapid KL

Cikja Nasihat Golongan Ibu Hamil Untuk Duduk Ketika Berada Dalam Tren

Difahamkan, terdapat seorang ibu hamil yang berdiri di dalam koc tersebut semasa kejadian ini berlaku.

“Kadangkala, hairan juga common sense dah makin hilang zaman ni. Nampak orang mengandung, kita bagi duduk tak nak. Sampai terpaksa cakap, ‘Saya bagi tempat duduk ni untuk bayi awak.’

“Kalau tren brek kecemasan, awak tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada bayi tu. Kita faham ibu-ibu Gen X, Y, Z ni mengandung memang gah tapi letak common sense dulu.

“Kalau perlu minta nak duduk, minta je. Kadang-kadang yang duduk tu tak perasan ada ibu hamil naik tren sebab ralit main telefon,” kata Cikja yang menasihati golongan ibu hamil di luar sana.

@cikjabahari dimana common senses … #anxiety #commonsense #priority #respect #seat #community ♬ Original Sound – Unknown

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Hadap Perkara Sama Dalam Tren

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata situasi sebegitu sering kali berlaku.

“Masuk LRT, nampak tempat duduk keutamaan semua penuh dan orang pura-pura tidur. Saya duduk atas lantai terus, baru ada yang sedar diri bagi duduk,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa dengan orang yang lebih memerlukan.

Sementara itu, segelintir golongan ibu hamil berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi sebegitu semasa berada di dalam kereta api.

“Masa tengah sarat mengandung, pergi kerja naik MRT. Berdiri depan seorang perempuan ni. Dari elok-elok tengah scroll telefon, (dia) nampak perut saya terus pejamkan mata tidur.

“Tapi sebab dah terbiasa macam tu, jadi saya tak kisah pun. Layankan je berdiri hari-hari. Kalau ada kerusi baru duduk,” kata seorang ibu.

Sumber: TikTok (@cikjabahari)

Baca Artikel Berkaitan: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd