Now Reading
“Aidil-Juicy, Seriously?” – Sampul Raya Didakwa Tak Lambangkan Aidilfitri Jadi Topik Bualan

“Aidil-Juicy, Seriously?” – Sampul Raya Didakwa Tak Lambangkan Aidilfitri Jadi Topik Bualan

Menurut wanita itu, ucapan Hari Raya yang diolah pada sampul raya itu tidak melambangkan Aidillfitri yang dikatakan peristiwa penting bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dari tiga hari, umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Orang ramai pun sudah mula mengumpul koleksi sampul raya daripada pelbagai jenama untuk edisi Aidilfitri 2025. Banyak betul yang cantik-cantik. Rekaan minimalis, corak batik, songket, semua ada!

Kebanyakan sampul raya dilihat berkonsepkan warisan dan budaya masyarakat Malaysia ketika menyambut perayaan di bulan Syawal itu. Namun ada juga rekaan dan ‘design’ yang mencetuskan topik hangat di kalangan warganet.

Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2025: BSN, ZUS Coffee & 7 Lagi ‘Design’ Sampul Raya Eksklusif Tahun Ini

Wanita Kecewa Ucapan Hari Raya Pada Sampul Raya Zaman Kini Diolah

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@neeckyeyn) apabila seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas menerima sampul raya percuma daripada sebuah kedai jus.

Kebiasaannya, terdapat ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ pada kebanyakan ruangan sampul raya termasuklah di bahagian depan dan belakang sampul tersebut.

Namun jenama tersebut ingin membuat sedikit kelainan dengan mengolah ucapan raya berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsi, kelihatan sampul raya itu tertulis dengan ucapan, ‘Selamat Hari Raya Aidil-Juicy’ yang diolah dari perkataan Selamat Hari Raya Aidilfitri dipercayai untuk mengaitkan jenamanya.

Sumber: Threads (@neeckyeyn)

Menurut wanita itu, Aidilfitri adalah satu perkara penting bagi para Muslim dan ucapan tersebut tidak berapa menepati konsep sebenar perayaan ini.

“Boleh tak kita jangan normalisasikan ucapan Hari Raya macam ni? Saya dapat sampul ni dari kedai jus popular yang tertulis, ‘Selamat Hari Raya Aidil-Juicy’. Seriously? Tak boleh ke tulis dengan betul? Sekarang ni Hari Raya Aidilfitri.

“Peristiwa penting bagi umat Islam, menandakan sambutan selepas sebulan berpuasa dan melakukan ibadah sepanjang Ramadan,” kata wanita terbabit.

Wanita Ingatkan Hari Raya Bukan Festival ‘Hu-ha’ (Tak Formal)

Bukan sahaja dari penggunaan bahasa, malah wanita ini juga menganggap seni lukisan pada sampul tersebut adalah tidak bersesuaian dengan konsep Aidilfitri.

Dalam foto itu, kelihatan terdapat beberapa animasi yang memakai topi dan baju bertemakan buah-buahan dan bukannya pakaian tradisi Hari Raya.

“Lukisan apa ni? Boleh jadi kreatif tetapi sila berhati-hati. Ingat Hari Raya ni festival ‘hu-ha’ ke? Orang bukan Muslim dan pelancong pun boleh berbaju Melayu/Kurung/Kebaya masa Raya. Hormat!” tegas wanita itu.

Dakwa wanita berkenaan di ruangan balas, ilustrasi yang ditonjolkan pada sampul raya tidak melambangkan penduduk di Malaysia.

“Raya kita ada vibes sendiri. Orang Arab pun suka raya dekat Malaysia sebab ada identiti sendiri. Jadi sayang la kalau anak bangsa tak menghargai konsep Hari Raya. Ilustrasi sampul tu dah macam keleliruan identiti,” dakwanya.

View on Threads

Pandangan Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh wanita terbabit.

“Aidilfitri dan Aidiladha tu ada istilah dan makna spesifik. Tindakan pereka ni tukar jadi Aidil-Juicy sama macam dia tukar istilah asal. Tambah pula, Aidilfitri itu sendiri ada solat sunat Aidilfitri. Dekat situ dah berkait dengan ibadah umat Islam,” kata seorang wanita.

Bagaimanapun, ada juga yang berkata ia bukanlah satu isu memandangkan perayaan Aidilfitri selama sebulan yang disambut oleh masyarakat Malaysia hanyalah tradisi dan bukan tuntutan dalam Islam.

“Aidilfitri hanya sehari sahaja. Lepas kau balik solat raya, (sepatutnya) buat kerja macam biasa. Tak ada istilah perayaan Aidilfitri dalam Islam kalau nak tengok daripada konteks Muslim.

“Semua hanya adat dan tradisi. Untuk sampul ini pula, sampul tu buruk tapi tak ada istilah hina Islam, Melayu mungkin,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berkata tagline Aidil-Juicy adalah agak janggal.

Sumber: Threads (@neeckyeyn)

Baca Artikel Berkaitan: “Respect!” – Mimi Fly Dipuji Tampil Dengan MV Serumpun Versi Baharu Lepas Terima Kritikan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Influencer Luah Rasa Kesal Lihat Wanita Islam Bangga Tidak Puasa, Makan Sewaktu Live


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd