[Video] Disangka Lopak Air Biasa, Axia ‘Terjongket’ Masuk Lubang Jalan
Menerusi video tersebut, orang ramai telah meletakkan perlbagai objek sekeliling lubang di atas jalanraya itu bagi menghalang kenderaan lain ‘terbenam’ di dalamnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keadaan jalan yang selamat penting untuk mengelakkan kemalangan, namun jalan berlubang masih lagi menjadi isu di Malaysia.
Masalah ini sering dirungutkan kerana boleh merosakkan kenderaan dan membahayakan nyawa pengguna. Malah, pengembara luar negara turut membandingkan jalan di Malaysia dengan negara lain.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi membaiki jalan rosak demi keselamatan pengguna.
Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Orang Awam Guna Duit Sendiri Turap Jalan Berlubang, Ini Respon ADUN Sentosa
Baca Artikel Berkaitan: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang
Bahagian Tayar Hadapan Axia “Terbenam” Dalam Lubang
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@si_epol), sebuah kereta model Perodua Axia mengalami insiden ‘terjongket’ selepas melanggar lubang jalan yang disangka lopak air biasa.
Di awal video, perakam berkongsi kejadian tersebut sambil memberi amaran kepada pengguna jalan lain agar berhati-hati.
“Persiaran Desa Cemerlang, berdekatan ‘roundabout’. Ni lubang dalam tau, tadi sebuah kereta dah masuk dalam. Berhati-hatilah,” katanya.
Dalam usaha membantu pemandu lain agar lebih peka, dia meletakkan beberapa objek di sekeliling lubang yang dipenuhi air itu.
Dia turut mengukur kedalamannya dengan membenamkan sebatang tiang pembatas jalan beranggaran semeter lebih (1m) dan mengejutkan apabila separuh tiang itu tenggelam hampir sepenuhnya.
Ramai Berang, Jalan Berlubang Undang Bahaya
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan yang berlubang dan tidak diselenggara dengan baik kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Ada yang menyarankan pihak berwajib menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, ada juga yang menjelaskan bahawa kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang boleh diklaim melalui saluran yang betul.

Mengenali rakyat Malaysia yang tidak pernah serius walaupun dalam keadaan cemas, seorang pengguna TikTok bergurau dengan mengatakan ia kelihatan seperti kolam kecil di tengah jalan.

Segera Buat Laporan Jika Terlihat Kerosakan Jalan Raya
Kerosakan struktur jalan raya boleh membahayakan para pengguna. Oleh itu, jika anda terlihat sebarang kerosakan berlaku, segera buat laporan dengan menghubungi talian Jabatan Kerja Raya (JKR) di 1800 88 5004 atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800 88 7752.
Selain itu, anda juga boleh membuat laporan atau aduan menerusi aplikasi Waze dan pihak berkuasa tempatan negeri akan membaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh terdekat.
Diharapkan, kejadian yang berlaku ini boleh ‘membuka mata’ pihak berkuasa untuk memandang serius perkara tersebut bagi memastikan keselamatan masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: KKR Nafi Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.