Now Reading
“Aku Sanggup Salah Jalan” – Video Wanita Teruja Terserempak 3 Lamborghini Raih 9 Juta Tontonan!

“Aku Sanggup Salah Jalan” – Video Wanita Teruja Terserempak 3 Lamborghini Raih 9 Juta Tontonan!

Menurut perkongsian wanita terbabit, mereka telah tersalah jalan sebanyak dua kali gara-gara mengekori konvoi kereta Lamborghini Aventador SVJ itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memiliki kereta mewah pasti menjadi impian sesetengah orang. Sama ada kereta klasik mahupun sports, tidak salah memasang angan-angan mana tahu kalau jadi kenyataan kan?

Walaupun tidak memiliknya, dapat bertentang mata dengan kereta mewah impian juga sudah cukup untuk membuat orang ramai berasa teruja.

Itulah yang dirasakan oleh sekumpulan wanita yang sedang berada di dalam sebuah kereta yang dipandu di belakang sebuah kereta sports mewah.

Baca Artikel Berkaitan: Toyota Alphard Top 10 Kereta Terlaris Pada Januari 2025 Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kagum Kereta Axia Jimat Minyak Hingga Nak Beli, Hantaran Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Akhirnya Nampak Pemilik Kereta Penuh Bendera Di Federal Highway

Sekumpulan Wanita Teruja Terserempak Dengan 3 Kereta Lamborghini

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@farahmahisham), kereta yang dipandu oleh seorang wanita dilihat menghampiri sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini di persimpangan.

Kedengaran mereka yang berada di dalam kereta itu berkata mereka sanggup mengikut Lamborghini itu walaupun destinasinya berbeza dengan mereka.

“Kejap korang. Aku tak kira, nak pusing. Ni batman, ni!” kata seorang wanita dengan nada teruja.

Mereka kemudiannya mengekori Lamborghini tadi dengan bunyi deruman enjinnya yang kuat. Siap bagi api eksoz lagi!

Namun apa yang menyebabkan mereka lebih teruja adalah bukan satu, bukan dua, tetapi rupa-rupanya tiga kereta mewah jenama sama yang berada di sana! Dipercayai ketiga-tiganya sedang konvoi bersama.

Melihat pada papan tanda jalan, mereka terserempak dengan tiga kereta mewah itu berhampiran stesen MRT Sungai Besi.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 9 juta tontonan dengan lebih 740 ribu tanda suka!

https://www.tiktok.com/@farahmahisham/video/7484591220501515538

Tonton video penuh [DI SINI].

Wanita Salah Jalan Kali Kedua Sebab Takut Nak Keluar Simpang

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan mereka telah mengekori konvoi Lamborghini itu sehingga ke Lebuhraya Sungai Besi. Salah sebuah kereta turut ‘belanja’ percikan api dari bahagian eksoz!

Menurut pemilik video itu, mereka sepatutnya keluar ke simpang di sebelah kiri tetapi takut kerana perlu memasuki di antara kereta mewah berkenaan.

“Patut kita orang masuk simpang kiri. Takut… So kami sanggup salah jalan lagi bang,” katanya.

@farahmahisham Sanggup Salah Jalan.🤣 Abang Lamborghini Belanja Apiiii😂😂 #lamborghini ♬ MMM – martoven

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Turut Teruja Melihat Situasi Tersebut

Melihat tiga kereta mewah itu bukan sahaja menggembirakan sekumpulan wanita terbabit, tetapi juga orang ramai yang turut mengucapkan terima kasih kerana merakamkan situasi itu.

“Ramai ni tumpang kereta awak semata-mata nak tengok Lamborghini ni. Terima kasih bawa kita orang sekali,” seloroh seorang individu.

Di samping itu, beberapa pengguna media sosial dipercayai peminat kereta mewah juga berkata kereta Lamborghini Aventador SVJ itu berharga lebih RM3 juta!

Bukan sahaja harga kereta itu yang akan membuatkan korang terbeliak biji mata, tetapi nombor pendaftarannya juga dikatakan mececah RM300,000. Fuh!

Orang ramai juga tidak terlepas untuk memuji sikap pemilik Lamborghini berkenaan yang masih memberi signal apabila menukar lorong walaupun memiliki kereta mewah.

Sumber: @farahmahisham/ TikTok

Kereta Bukan Aset, Tetapi Liabiliti

Kereta mewah sememangnya datang dengan harga yang amat tinggi, namun tetap menjadi koleksi dalam kalangan para peminatnya.

Seperti sebelum ini, pempengaruh Moshed Mohamad, turut memiliki sebuah SUV mewah, Mercedes G Wagon yang dibeli pada harga RM1.45 juta tiga tahun dahulu.

Pun begitu, kereta mewah bukanlah instrumen yang bagus bagi membuat pelaburan memandangkan kereta miliknya itu hanya berjaya dijual semula pada harga RM670,000 sahaja.

“Lepas tiga tahun pakai, tak sangka harga jatuh teruk juga. Betul lah macam orang cakap, kereta bukan aset, tapi liabiliti yang mahal,” katanya.

Selain harga kenderaan itu sendiri yang mahal, tidak dilupakan juga bayaran mahal yang dikenakan bagi cukai jalan, servis, petrol dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Rugi” – G Wagon RM1.45 Juta Dibeli Lelaki Ini 3 Tahun Dulu Kini Dapat Dijual RM670,000 Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Owner Kedai Buat Lucky Draw Ke?” – Kereta Wanita Ini ‘Dikepung’ Meja Kedai Makan Curi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd