[Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Antara simptom yang ditunjukkan oleh kucing dengan masalah diabetes adalah lebih dahaga, kerap kencing, muntah dan bulu nampak tidak cantik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti manusia, haiwan juga tidak terkecuali daripada terkena sebarang penyakit jika tidak dijaga pemakanannya.
Antara penyakit yang boleh dialami oleh kucing akibat pemakanan tidak sihat ialah obesiti, masalah penghadaman, masalah sendi malah hati berlemak (fatty liver) yang boleh membawa maut.
Akan tetapi dengan kewujudan teknologi klinikal buat haiwan, kebanyakan penyakit dapat dirawat untuk memulihkan kembali kucing terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nak Gaduh Tapi Tak Sihat” – Gelagat Kucing Bersin Sewaktu Gaduh Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Kucing Tiada Kaki Disebabkan Oleh Masalah Diabetes
Satu video yang dimuat naik di TikTok (@_apauu_) menyaksikan seekor kucing gebu di perkarangan sebuah rumah.
Pada mulanya kelihatan biasa sahaja, namun setelah dia berjalan barulah disedari bahawa dia telah kehilangan kaki belakang belah kanannya.
Lebih kasihan lagi apabila dia kelihatan cuba menggaru telinganya menggunakan kaki yang telah tiada, satu keadaan yang digelar sebagai ‘phantom limb syndrome’.
Kebiasaannya apabila melihat kucing berkaki tiga, pasti kita terfikir ia mungkin terlibat kemalangan sehingga memerlukan kakinya dipotong.
Namun, kaki kucing juga sebenarnya boleh dipotong akibat mengalami masalah kencing manis atau diabetes, seperti yang dinyatakan di video tersebut.
Menerusi kapsyen pada video, kucing terbabit mengalami kencing manis kerana gemar memakan makanan manusia sehingga kakinya terpaksa dipotong pada tahun 2017.
@_apauu_ mula mula kesian tgk , mesti kena langgar . sekali owner cerita . dia kena kencing manis sebab suka makan makanan yang manusia makan . makanan manis . kaki kena potong tahun 2017 .. itu yang kepala senget peha je gerak gerak ingat dia garu garu . padahal tak ada kaki , kesian ada geram pun ada .. hai lah kucing kucing #kucinggemoy #kucingkodong
♬ เสียงต้นฉบับ – ไข่ตุ๋นทำไร – ไข่ตุ๋นทำไร
Tonton video penuh [DI SINI].
Kucing Gemuk, Jantan Lebih Berisiko Dapat Diabetes
Untuk info, diabetes mellitus berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan atau bertindak balas terhadap insulin dengan betul, yang menyebabkan berlakunya kadar glukosa tinggi dalam darah.
Merujuk kepada Cornell University College of Veterinary Medicine, dianggarkan antara 1 hingga 1,000 kucing akan mengalami masalah diabetes dalam hidupnya.
Antara risiko penting diabetes dalam kucing termasuklah obesiti, penuaan, tidak aktif secara fizikal, kucing jantan, dan penggunaan steroid glucocorticoids untuk merawat penyakit lain seperti asma.

Malah, kucing dengan masalah obesiti adalah empat kali ganda lebih berkemungkinan mengalami diabetes berbanding mereka dengan berat badan ideal.
Di sesetengah negara pula, kucing burma dilihat mempunyai risiko lebih tinggi berbanding baka lain.
Lebih Dahaga & Kerap Kencing Antara Simptom Diabetes Dalam Kucing
Jika anda mempunyai kucing dengan risiko di atas, ketahuilah bahawa masalah diabetes dalam kucing boleh dikenalpasti menerusi simptom tertentu antaranya:
- Lebih dahaga (polydipsia).
- Lebih kerap dan banyak kencing (polyuria).
- Kencing di luar tempat membuang air.
- Selera makan meningkat pada mulanya, tetapi berkurangan kemudian.
- Kehilangan berat badan walaupun diberi makanan seimbang.
- Muntah.
- Kehilangan otot.
- Nampak lemah.
- Bulu nampak tidak cantik seperti berminyak dan mempunyai kelemumur.
- Perubahan tingkah laku.
- Plantigrade stance iaitu berdiri sepenuhnya di atas kaki berbanding hanya tapaknya. Ini terjadi akibat kerosakan saraf.

Rawatan Perlu Diberi Untuk Pulihkan Kadar Glukosa Jika Kucing Alami Diabetes
Sekiranya kucing anda mempunyai simptom di atas, segera bawa ke klinik haiwan bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan jika diperlukan.
Rawatan yang diberikan kepada kucing dengan masalah diabetes bertujuan untuk memulihkan kadar glukosa dalam darah.
Selain itu, rawatan juga penting bagi menghalang atau mengawal pengurangan berat badan, menghalang atau mengurangkan dahaga dan kencing, serta mengelakkan kadar glukosa terlalu rendah (hypoglycemia).
Terdapat tiga kaedah rawatan yang boleh diberikan kepada kucing diabetik iaitu:
- Terapi insulin.
- Terapi diet.
- Ubat-ubatan oral.

Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri
Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



